March 26, 2019

MEMBANTU MERINGANKAN KESEMPITAN PELAJAR


MEMBANTU MERINGANKAN KESEMPITAN PELAJAR
(Fikrah Bangi 185),
BBB,  19 Rejab 1440H. = 28 Mac 2019M. (Selasa):
Rakyat dan penjawat awan kena ikat perut dan bersabar. Nampaknya negara sekarang benar-benar di dalam kesempitan. Negara bertungkus lumus untuk membayar hutang, kata Tun Dr. Mahathir. (UM, 26.3.2019: 1 &2).  Sebelum daripada itu pernahdibincangkan tentang kesempitan mahasiswa di dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan peningkatan kos hidup mereka. Sebahagian daripada mereka memang telah mengikat perut dan berdikit-dikit dalam perbelanjaan. Akibat darinya ada yang mencadangkan agar bantuan makanan dihulurkan kepada mereka sebagaimana bantuan yang disampaikan kepada kalangan gelandangan di Chow Kit di Kuala Lumpur. Ada pengajian tinggi yang mendakwa telah menyampaikan bantuan sedemikian kepada pelajar-pelajar mereka , mendahului dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Tetapi dipersoalkan, sejauhmanakah cara bantuan sedemikian,  setakat untuk mengalas perut dapat diteruskan ? Bantuan sedemikian mungkin dapat dilakukan dalam tempoh terhad, tetapi mekanisme yang dapat membantu para pelajar miskin menringankan beban mereka dan dapat meneruskan pengajian hendaklah dicari.
Perlu diingat bahawa tidak semua pelajar berada di dalam kategori kesempitan melampau. Kerana sebahagian daripada mereka adalah dari keluarga yang dapat membiyayai pengajian. Setengah daripada mereka mendapat biasiswa atau mendapat tunjangan kewangan yang mencukupi bagi pengajian mereka. Tumpuan bantuan hendaklah dituju kepada pelajar-pelajar susah dan miskin. Mengenalpasti mereka hendaklah diberi perhatian oleh universiti melalui Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Mahasiswa di universiti. Bantuan yang mau disampaikan bukan di dalam bentuk kewangan secara langsung dan pelajar-pelajar juga tidak digalakkan memohon kewangan secara langsung dari pihak-pihak berkenaan. Antara kaedah yang sesuai bagi para pelajar mendapat sumber kewangan, termasuk tambahan,ialah melalui khidmat kerja. Kerja yang dimaksudkan bukan sepenuh masa, kerana jika demikian akan mengganggu masa bagi menumpukan pada pengajian. Dalam kata lain  mereka diberi perhatian dengan menawarkan kerja-kerja sementara, di luar masa pengajian dan tidak mengganggu masa pengajian.
Untuk membantu pelajar mendapat kerja sementara atau sambilan, hendaklah dilihat keadaan keliling setempat yang mempunyai peluang mendapat kerja sambilan.
Sebagai contoh bagi Bandar Baru Bangi terdapat peluang-peluang kerja sambilan seperti di tempat-tempat berikut:
1)    Di berbagai-bagai kilang- industri.
2)    Pasar-pasar raya, restoran-restoran dan kedai-kedai.
3)    Pasar-pasar petang,  malam dan uptown.
4)    Taman rekreasi, permainan dan laman-laman.
5)    Masjid-masjid dan surau-surau yang mendirikan solat juma`at.
6)    Rumah-rumah kediaman yang memerlukan khidmat pencucian
7)    Khidmat gotong royong ditawarkan di tempat-tempat diperlukan.
8)    Rumah penjagaan anak-anak dan lanjut umur
9)    Khidmat `online` dan penghantaran.
10)                       Menganjurkan kelas tambahan, kursus, pengajian Al-Qur`an  dan bimbingan
Dan berbagai lagi kemungkinan peluang.
Sekian ... bersambung (Kaeadah Operasi).

No comments:

Post a Comment