March 18, 2019

KUTUK SERANGAN SIMPATI DENGAN KEMATIAN


KUTUK SERANGAN SIMPATI DENGAN KEMATIAN
(Fikrah Bangi: 177):
BBB, 11 Rejab 1440H. = 18 Mac 2019M. (Isnin).
Peristiwa menembak para jamaah Masjid Al-Noor dan Masjid Khadijah di Christchurch New Zealand pada hari Jumaat 15 Mac 2019 lepas perlu dikutuk oleh semua pihak tidak mengira agama dan tempat. Sejumlah 50  jama`ah telah terkorban dan 48 lagi cedera dan antara mereka parah. Jenayah ini dikatakan telah dirancang sejak dua tahun lepas dan dikatakan kumpulan ini pernah datang sebelumnya dalam rangka persiapan untuk melakukan jenayah terkutuk. Anehnya yang melakukan pembunuhan ini bukannya dari rakayat New Zealand, tetapi mereka adalah pengganas kulit putih yang datangnya dari Australia. Empat suspek telah ditahan, antaranya seorang wanita. Mereka ini adalah dari kalangan  yang dipengaruhi pihak Islamaphobia di Barat yang anti Islam. Mereka tidak senang dengan dakwah Islam yang bertapak di New Zealand. Mereka juga tidak menyenangi  orang-orang Asia  yang bertapak di New Zealand. Adalah difahami bahawa antara mangsa-mangsa adalah datang dai Malaysia, Turki, Bangladesh, Arab, Tunisia dan rakyat tempatan.
Rakyat tempatan sebagaimana digambarkan oleh Imam Shazli Khan dari Masjid Khadijah adalah bersifat mesra dengan  orang-orang Islam yang datang menetap di Christchurch.  Umat Islam di sini dikatakan sejumlah 10,000 orang dan mereka berada di dalam keadaan harmoni dengan  penduduk  tempatan. Pihak pemerintah memberi kerjasama yang baik. Berita kemalangan yang diterima mendapat respond dari pihak bomba dalam masa enam minit. Dan pihak polis berjaya menangkap segera dan membawa pejenayah ke pihak pengadilan pada keesokan harinya.
Peristiwa yang menyayat hati mendapat simpati penduduk di New Zealand,  mereka berpusu-pusu datang  menziarah dan mengucapkan takziah dan membawa jambangan-jambangan bunga. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berjanji untuk membela  keluarga mereka terkorban dan menyemak kebebasan memiliki senjata api di New Zealand. Pihak rakyat New Zealand antara mereka menderma sehingga sejumlah NZ5.5 juta yang dikira dengan wang Malaysia adalah berjumlah sebanyak RM15.5 juta.
Ditanya kepada Imam Shazli Khan, adakah dengan peristiwa itu menjadikan beliau dan umat Islam New Zealand lebih berhati-hati.
Menurut Imam Shazli  Khan. Peristiwa tidak merencatkan dakwah dan kegiatan umat Islam di New Zealand, sebaliknya ianya mendekatkan penduduk New Zealand memahami tentang Islam dan memberi ruang untuk mendakwahkan mereka. Mereka bertanya tentang Islam dan cuba memakai pakaian muslimat bagi mengikuti solat jenazah.
Sementara itu hubungan antara rakyat Malaysia dan New Zaland telah berlangsung sejak sekian lama. Australia dan New Zealand antara dua pilihan bagi rakyat Malaysia berhijrah kerana mencari pengalaman dan pulangan yang lebih lumayan terutama dari segi pertanian dan  ternakan. Ramai ke New Zealand bagi memetik  buah dengan upah yang menarik, juga terlibat di dalam bidang ternakan dan penyembelihan halal..
Satu lagi  bidany yang diminati penduduk di Malaysia, ialah menyambung pengajain  di universiti-niversita  sama ada di New Zealand, maupun di Australia. Belanja  pengajian dikedua-dua tempat lebih murah dan kualiti pengajiam adala bermutu. Antara  yang menjadi mangsa tembakan di Masjid Khadijah adalah pelajar-pelajar-pelajar  yang  menyambung pengajian pada peringkat t inggi  di sana. Antara mereka menjadi mangsa tembakan. Mereka,
Mohamad Rahimi yang masih dirawat di ICU. Manakala Mohamad Tarmizi Shuib (42) dan Mohamad Nazril Hisham (46) masih di dalam rawatan dan  sudah stabil Manalaka seorang lagi iaitu Mohamad Haziq bin Mohamad Tarmizi dikatakan hilang dan masih dicari.
Kita berharap mereka yang luka akan sembuh dan kes pembunuhan di Masjid ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan New Zealand sebaik mungkin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment