LOGIK DAN BUDAYA POLITIK
(Fikrah Bangi: 172)
BBB, 4
Rejab 1440H. = 11 Mac 2019M. (Isnin).
Keresahan di kalangan pemerhati politik,
khususnya bagi PH yang memerintah terhadap kerjasama antara UMNO dan PAS adalah
tidak berasas. Ia adalah logik, bahkan budaya politik yang diakibatkan oleh
sikap dan tindakan pemerintah PH itu
sendiri. Politik adalah dinamik, bahkan dikatakan adalah alat bagimendapat
kekuasaan. Bagi tujuan ini dalam politik kawan boleh bertukar jadi lawan,
kadang-kadang orang yang paling rapat sebenarnya musuh yang paling dekat mencari
peluang menjatuhkan kawan.
Semasa BN berkuasa, parti ini dilihat amat
kuat, parti-parti lawan berusaha menjatuhkannya sehingga apa yang dianggap kini
PAS dan DAP sebagai musuh politik menjadi kawan. Sekitar 1999 berlaku
persepakatan antara PKR, PAS dan DAP. Dengan kerjasama ini mereka mulai
memenangi kerusi parlimen dan negeri, walaupun tidak memerintah. Kerjasama
diteruskan sehingga 2008 hingga kini mereka memerintah sebahagian negeri
(Selangor dan Pulau Pinang), di sambung dengan pemerintahan yang kini dikenali
sebagai PH. Kecuali PAS bersendirian bersama dengan PH menentang pemerintahan
UMNO-BN. PH menguasai pemerintahan Federal dan menguasai sebahagian besar
negeri, manakala PAS menguasai Kelantan dan Terengganu dan BN hanya dapat
mempertahankan Pahang dan Perlis.
PAS mendapat pengajaran dengan bersendirian
PAS tidak mampu menguasai pemerintahan peringkat Federal. UMNO (BN) ditempelak
oleh pemimpin PH sebagai parti yang akan berkubur dan menyeru supaya
wakil-wakil rakyat UMNO dan BN meninggalkan UMNO dan BN. Dan penghijrahan dan
perlompatan memang berlaku yang melemahkan UMNO dan BN.
UMNO dan BN dibuli, mereka kehilangan pimpinan
dan menghadapi berbagai tekanan. Orang yang dalam kesusahan dan ketenatan yang
dibuli dan ia adalah sebahagian dari tindakan PH, maka UMNO terutama terpaksa
mencari kekuatan dengan apa cara untuk bangkit. Adalah logik semasa dan yang
paling dekat sama pembangkang tidak lain dari PAS, Logiknya UMNO mencari
kekuatan dari pertolongan dari PAS dan PAS juga menyedari dengan persendirian
tidak akan ke mana. Maka adalah suasana dan logik semasa UMNO yang mendapat
pimpinan baharu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Hasan sebagai Timbalan
Presisiden yang menjalankani tugas-tugas Presiden dan pemimpin bersamanya `berpegangan tangan` dengan PAS bangkit mencari kekuatan. Soal sama
Melayu, bukan persoalan. Melayu PAS pernah bersama dengan Melayu UMNO sebelum
ini bekerjasama, maka kali ini hanya
UMNO dan PAS yang ditekan dan tertekan. Adalah
logik dalam keadaan sedemikian mereka berkerjasama dan berjaya
mengalahkan PH di Cameron Highlands dan Semenyih dengan sokongan rakyat yang
telah mengenali watak PH setelah 9 bulan
memerintah.
Adalah logik juga, melihat kepada prestasi
kerjasama antara UMNO dan PAS, maka komponan di dalam BN yang bercadang untuk
keluar BN, khususnya MCA dan MIC tidak jadi keluar BN. Ini sebenarnya memberi
nafas dan kekuatan baru bagi BN dan PAS yang mau mengukuhkan kerjasama. Peluang
UMNO bangkit dengan kerjasama dengan PAS dan pengekalan BN adalah disebabkan
oleh PH yang membuli parti itu dan `mencuri` ahli-ahli parlimen dari UMNO bagi
mendapat kekuatan bagi PH. Seharusnya PH merasa malu dan tidak cemburu terhadap
kerjasama antara UMNO dan PAS dan pulih kembalinya BN yang mulai kembali mencabar
PH. Seharusnya PH menilai diri mengapa berlaku `Arus Balik` sokongan rakyat dari PH kepada BN, khususnya dengan kerjasama PAS. Kini mereka berura-ura
untuk menubuhkan `Kerajaan Pakatan` dengan kemungkinan Perak dan Kedah menjadi
sebahagian. Ini adalah logik bagi mengukuhkan kedudukan.
Sebenarnya bertukar rakan kongsi dalam pemerintahan semacam
budaya politik negera. PAS yang dianggap musuh ketat dengan DAP adalah ,merupakan
rakan politik rapat dalam Pakatan Rakyat. PKR juga adalah menjadi rakan sama
memerintah di dalam Pakatan Rakyat. Kini menjadi musuh politik. Begitu juga
sebelum ini PAS adalah musuh ketat UMNO dan BN, kini bekerjasama. Semua ini
ialah untuk survival dan mendapat kuasa. Bumiputra Bersatu dan Amanah tidaklah
terjamin terus di dalam memerintah. Perubahan mungkin berlaku dan musuh menjadi
kawan dan sebaliknya. Soal bangsa atau kaum bukan menjadi kiraan utama. Ianya
menjadi kebetulan oleh tuntutan keadaan dan logik semasa. Ianya seolah-olah menjadi sebahagian budaya politik di Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment