March 28, 2019

RANTAU YANG SEPI, APA ERTI ?


RANTAU YANG SEPI, APA ERTI ?
(Fikrah Bangi: 187),
BBB, 21`Rejab 1440H. = 28 Mac 2019M. (Khamis).
Berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas pilihanraya ke 14 (Mei 2018), PRK Rantau adalah paling sepi dari segi ulasan dan publisiti. Menurut jadual yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),hari penamaan calon ialah pada Sabtu 30 Mac 2019 – hanya dua hari lagi termasuk hari ini.. Tarikh mengundi awal ialah 9 April dan hari mengundi biasa ialah pada 13 April 2019. Hingga kini pilihanraya ini tidak seheboh seperti PRK-PRK yang lain. Tiada tulisan dan analisa di dalam akhbar-akhbar secara rancak sebagaimana PRK-PRK yang lepas. Mengapa terjadi sedemikian ?
Adalah dijangka calon bagi Umno (BN) ialah Dato` Seri Mohamad Hasan yang mempertahankan kerusi Rantau yang dibatalkan kemenangannya. Manakala pencabarnya ialah Dr. Streram calon yang dijangka bertanding menentang Muhammad sebelum dibatalkan. Kini apabila dijangka Mohamad akan bertanding, maka selayaknya beliau dikemukakan kembali dan ia telah diumumkan Presiden PKR Dato` Sei Anwar Ibrahim.
Adakah sebab kesuraman dari memperkatakan PRK Rantau kerana kebimbangan PH berulangnya keputusan sebagaimana berlaku di Semenyih pada 7 Februari 2019 lepas. Kerusi yang dimenangi PH pada pilihanraya ke 14 dengan majoriti besar dapat dikalahkan oleh Umno dengan majoriti besar juga. Aspakah kebimbangan terhadap keputusan seperti ini menggerunkan PH ? Lebih daripada itu Tok Mat adalah merupakan anak tempatan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan adalah Timbalan Presiden Umnio yang menjalankan tugas-tugas Presiden. Kewibawaan Tok Mat menggerunkan PH. Apa lagi dilhat Umno dibawah pimpinan Tok Mat telah kembali pulih. Imej Tok Mat dan Umno melonjak naik selepas kemenangan pilihanraya Cameron Highlands  dan Semenyih. Umno yang disifatkan oleh pimpinan PH parti yang akan mati dan akan berkubur membuktikan dirinya tidak akan mati dan kembali mengumpulkan kekuatannya bagi mencabar PH.
Dengan pemulihan Umno dan keyakinan rakyat, menjadikan MCA dan MIC yang bercadang keluar dari BN dan menubuhkan pakatan baru, tidak jadi keluar dan kekal di dalam BN. Ini memberi kekuatan  bagi Umno dan BN. Dari satu segi yang menggerunkan PH bahawa Umno terus mendapat sokongan dan jaminan dari Pas untuk bekerjasama. Bahkan Umno dan Pas berusaha bagi mendapat kemenangan secara hetrik di dalam pilihanraya Rantau nanti. Rantau adalah kawasan majoriti Melayu dengan jumlah pengundi sebanyak 20,926 yang dijangka sejumlah besar pengundi, khususnya dari kalangan pengundi Melayu yang jauh hati dari PH, kerana mendapati banyak kehilangan dialami Melayu akan memberi sokongan kepada Tok Mat.
Kebimbangan PH juga ialah disebabkan oleh `Kelemahan` parti itu sendiri. Sesudah hampir setahun memerintah, sepatutnya parti itu semakin kukuh, tetapi adalah sebaliknya. PKR yang berpecah di dalam parti itu, tidak ngam dengan Bersatu. Usaha Bersatu dengan memugut mereka yang melompat tidak disetujui oleh PKR dan juga DAP. Pemberontakan kecil dilakukan oleh Nurul Izzah terhadap kepimpinan Bersatu dan PH. Pendirian Nurul Izzah ini mendapat sokongan dari sebahagian dari pimpinan PKR. Perbalahan di dalam PKR dan perpecahan di dalam PH melemahkan kedudukan PH dan menjauhkan rakyat dari parti itu.
Kegagalan ketara PH, bahawa hampir setahun memerintah,  PH masih tidak dapat menunaikan janji-janji pilihanraya dan belum dapat memulihkan ekonomi negara. Pengangguran bertambah dan trakyat makin susah. Kedudukan Malaysia yang pernah berada pada ranking ke 35 negara Bahagia turun mendadak kepada kedudukan ke 80. Malaysia dikenali sebagai negara yang korup di dunia, saban hari mereka yang dijangka terlibat rasuah digereng ke Mahkamah. Dengan keadaan dan imej negara sedemikian rakyat makin gelisah. Tidak ada ertinya dikatakan zaman baru yang sebenarnya mengelirukan.
Kita tunggu penilaian rakyat dari keputusan PRK Rantau.
Sekian.

No comments:

Post a Comment