PERKUKUH BENTENG UMAT ISLAM PERKUKUH BENTENG UMAT ISLAM
(Fikrah Bangi:
169),
BBB, 29 Jamadil-Akhir 1440H. = 06 Mac 2019M.
(Rabu).
Dalam masa umat Islam menghadapi ancaman dari
luar dan dalam, maka pendekatan yang paling baik ialah memperkukuhkan pegangan
umat. Kini menjadi-jadi penghinaan terhadap Nabi dan terhadap Islam itu
sendiri. Bentuk serangan yang lain ialah untuk merosakkan pegangan Islam
melalui suntikan fahaman misalnya liberal yang melihat dan menekankan
bahawa misalnya dikatakan ``Semua agama adalah sama.``Tidak ada agama
yang menerima kejahatan, sebab itu tujuan agama adalah sama, bahkan betul.``
Demikian dengan pandangan yang bersifat pluralisme, misalnya kepelbagaian faham
dan kepercayaan dapat disatukan dan tiada batas-batas pemisahan dan halangan.``
Sewajarnya tiada halangan di bawah satu bumbung dan dalam satu keluarga bebas
menganut kepelbagaian agama dan boleh berlaku perkahwinan antara agama dan kekal dengan kepercayaan
masing-masing. Dan boleh pula tidak beragama, sebagai kehidupan pluralisme dan
liberalisme. Pada akhirnya berlaku kacau
bilau dan kerosakan dari segi sistem pengibadatan, kekeluargaan dan hukum
hakam. Serangan yang dilakukan ialah dengan
tujuan untuk melemahkan umat Islam. Kiranya kelemahan dapat dilakukan, maka
mudahlah memecahbelah dan melemahkan umat Islam. Kalau boleh mereka bukan lagi
dikenali sebagai umat Islam. Semuanya bebas dan tiada ikatan keagamaan. Pada
masa itu, tiada lagi sistem kekeluargaan, tiada sistem nilai berasaskan agama,
dan tiada nilai keakhlakan yang kukuh.
Menengkis serangan dari faham liberal,
pluralisme dan kebebesan beragama dan
tidak beragama (etheis) tidak lain daripada mengukuhkan pegangan umat Islam
terhadap Islam. Benteng yang paling utama ialah memperkukuhkan pegangan akidah
dengan memahami rukun iman dan rukun Islam. Pengajian akidah hendaklah diajar
terhadap anak-anak sejak dari sekolah. Pengajian ini dapat diikuti pada
kebiasaannya diajar di masjid dan surau. Dalam pengajian hendaklah mengikut
kaedah dan pengajian yang sama di dalam Ahlu al-Sunnah dan jama`ah. Misalnya
akidah mengikut pendekatan Ash`ari atau Maturidi yang berasaskan Al-Qur`an dan
Al-Hadith dan jangan dibiarkan, ianya dicampuradukkan dengan faham misalnya
Shi`ah, Wahabi dan sebagainya agar tidak
berlaku kekeliruan dari segi pegangan akidah.
Penyelarasan juga dilakukan dari segi
syari`at. Pegangan hendaklah menurut mazhab yang diikuti umum seperti pegangan
terhadap pendekatan Imam Shafie yang menjadi panduan ibadat di kalangan umat
Islam di negara ini. Ianya juga jangan dikeliru dengan mazhab yang lain seperti
Shi`ah, Wahabi, bahkan dengan imam mazhab yang lain agar tidak berlaku
kecelaruan di dalam amalan ibadat
sehingga tidak berlaku perbalahan amalan misalnya tentang tidak membaca qunut pada solat subuh di masjid. Tidak
dipersoalkan dari kaedah bersolat diakhir dengan wirid, tahlil dan sebagainya.
Ianya adalah merupakan budaya beribadat
yang telah diamalkan sejak dulu. Ianya
satu kebaikan yang diasaskan berdasarkan ayat Al-Qur`an dan Al-Hadith.
Pendekatan ini sudah diamalkan di
kalangan masyarakat Islam di negara kini. Acara-acara keagamaan ini
biarlah terus hidup dan merupakan pendekatan yang diterima dan diamalkan oleh
masyarakat Islam di negara ini, bahkan dirantau ini. Ianya adalah kemurnian
yang baik dan indah dan sesuai dari segi
kerohanian.
Kelangsungan benteng akidah amalan ibadat di
kalangan umat, adalah berlaku di masajid-masjid dan surau-surau yang
dipimpin oleh imam-imam dan guru-guru yang berpengalaman. Masjid-masjid dan surau-surau adalah
institusi penting bagi umat Islam. Masjid dan surau adalah tempat ibadat, tempat pengajian dan
kegiatan kemasyarakatan.
Institusi ini hendaklah dipertingkatkan dari
segi kegiatan,pengajian akidah, ibadat dan kegiatan kemasyarakatan, Ianya
hendaklah diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terancang dan jangan
dibiarkan dimasuki unsur luar yang
mengelirukan. Sebab itu institusi masjid dan surau perlu dikawal dan dipantau.
Masjid dan surau hendaklah menjadi pusat memperkukuhkan
benteng akidah, mempertingkat ibadat dan pengajian dan membentuk penyatuan dan
menghendar dari perpecahan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment