March 19, 2019

MASALAH KESEMPITAN SISWA: MEREKA BUKAN GELANDANGAN !


MASALAH KESEMPITAN SISWA: MEREKA BUKAN GELANDANGAN !
(Fikrah Bangi:  178),
BBB:  12 Rejab 1440H. = 19 Mac 2019M. (Selasa).
Masalah kesempitan hidup mahasiswa di kampus Universiti Malaya  dan juga di kampus-kampus yang lain ditimbulkan oleh Berita Harian semalam dan hari ini termasuk  oleh The Star. Nampaknya model menyampaikan makanan seperti kalangan gelandangan di Chow Kit mau diaplikasikan kepada kampus-kampus, mungkin satu cara mengatasi kelaparan bagi mereka yang makan nasi hanya sekali sehari atau yang hidup bergantung pada mee maggie. Perlu diingat mahasiswa tidak saja perlu pada makanan, tetapi kesempitan diakibatkan oleh berbagai-bagai tekanan seperti tidak cukup pinjaman, tidak mendapat pinjaman, sewa kediaman yang tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pihak Kerajaan, Kementerian Pendidikan, kalangan ahli agama, dermawan dan orang ramai perlu dihidup dan digalakkan dengan amal-amal kebajikan. Antara pendekatan yang boleh diambil:
1)      Memberi subsidi kepada kantin-kantin di universiti dengan menjual makanan terutama nasi dan makanan pagi dengan  separuh harga. Hanya siswa yang layak diberi kad potongan harga oleh pihak universiti sahaja dapat menikmati harga murah.
2)      Suburkan amalan waqaf. Misalnya pihak zakat mendirikan asrama bagi sesebuah universiti dan diberi sewa secara murah kepada pelajar-pelajar universiti yang layak. Waqaf juga menyediakan kenderaan percuma bagi pelajar-pelajatr yang berulang alik.
3)      Syarikat-syarikat menaja sejumlah anak angkat kepada pelajar-pelajar secara tajaan dan apabila mereka keluar mereka dapat diserapkan ke dalam syarikat menurut bidang yang ditaja yang berhunungan dengan syarikat.
4)      Syarikat atau kerajaan negeri mendirikan rumah-rumah negeri untuk pelajarnya yang belajar di luar negara seperti di Mesir, Jordan, London dan sebagainya. Pentadbiran juga diurus oleh syarikat atau negeri. Bila mereka lulus mereka boleh berkhidmat dengan syarikat atau kerajaan negeri.
5)      Secara tradisi  kerajaan, syarikat m badan tertentu boleh menajakan biasiswa dan dermasiswa. Ianya ditadbir melalui pihak yang dilantik
6)      Sediakan konsep pengajian terbuka yang pelajar-pelajar dapat membuat kerja sambilan sambil belajar. Pihak universiti misalnya mendapatkan maklumat pekerjaan yang diperlukan syarikat dan badan-badan tertentu yang dapat mahasiswa bekerja sambil belajar.
7)      Banyakkan kaedah pengajian jarak jauh yang dapat diikuti pelajar pada tempat masing-masing . Pensyarah datang ke tempat mereka. Sebahagian pengajian dapat diikuti secara `online.
8)      Pihak kerajaan mewajibkan setiap anak masuk sekolah  membuka akaun simpanan bagi pengajian tinggi. Kerajaan menanggung kos permulaan pembukaan dan menambahkan sejumlah yang dimasukkan oleh ibubapa dan anak. Akaun tidak dibenar dikeluaran, kecuali dalam keadaan benar-benar memerlukan  dan direkomen oleh pihak-pihak berkenaan.
9)      Mewujudkan pengajian yang sepenuhnya bergantung pada harta waqaf dari berbagai pihak. Pengajian adalah percuma – Contoh seperti Universiti Al-Azhar, Mesir.
10)   Berbagai  cara yang difikirkan perlu.
Pendek kata negara perlu memberi perhatian utama terhadap[ pelajaran. Sistem pengajian hendaklah dirangka sedemikian rupa yang melayakkan pelajar-pelajar  dapat melanjutkan pengajian serama i mungkin. Mutu pengajian hendaklah tinggi. [i]Semua pihak digalak ke pengajian tinggi dengan peluang dan kemudahan yang disediakan hingga menjadikan warga negara adalah masyarakat berilmu.
Sekian.




No comments:

Post a Comment