TITAH SULTAN SELANGOR – NASIHAT KEPADA
NAZIR & IMAM
(Fikrah Bang:
167).
BBB, 26 Jamadil-Akhir 1440H. = 03 Mac 2019M.
(Ahad).
Pagi ini bertempat di Balai Rong Seri, Istana
Kelang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mengurniakan wathikah kepada
nazir-nazir dan Imam-imam masjid seluruh Selangor berjumlah 382 nazir dan 833 imam masjid. Majlis pengurniaan wathikah
bermula dari jam 9.30 pagi itu dihadiri
oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Tengku Mahkota Selangor, Y.A.B.
Dato` Menteri Besar Selangor Y.A.B. Tuan Amirudin Shari dan pegawai-pegawai
dari MAIS dan JAIS.
Istiadat pengurniaan diadakan selepas berlaku
pemilihan nazir dan imam oleh ahli
kariah pada akhir tahun 2018. Mereka mula berkhidmat mulai awal 2019 hingga
akhir 2021 – selama sepenggal (tiga tahun).
Sebelum istiadat pengurniaan wathikah Baginda
Sultan menyampaikan titah menasihatkan para nazir dan imam. Baginda mau
pegawai-pegawai masjid mentadbirkan masjid secara profesional dan melakukan
tugas secara ikhlas dan tidak mementingkan diri. Baginda mau nazir dan imam
menjalankan tugas berpandukan Anekmen Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau
Negeri Selangor (2017). Beliau mau dijadikan masjid tempat perpaduan dan
mengelak dari perpecahan. Pentadbir masjid perlu waspada dari diresapi ajaran
salah yang setakat ini dikenal pasti di
Selangor sebanyak 45 golongan ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Jabatan
Mufti, Kerajaan Negei Selangor.. Masjid juga diminta menyekat dari ajaran dan
fikiran liberalisme dan LGBT. Bagi membasmi ajaran sesat dan pemikiran bercanggah dengan Islam, maka pengajaran
akidah menurut pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah hendaklah dititikberatkan. Pihak nazir dinasihat supaya
tidak menjemput orang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan berceramah.
Penceramah-penceramah dari luar negara juga dilarang dijemput, kecuali untuk
beberapa buah masjid tertentu (Masjid Salahuddin, Tengku Ampuan Jama`ah
dan Masjid Sultan Sulaiman Kelang) -
itupun selepas mendapat kebenaran dengan tauliah sementara.
Antara larangan yang lain, bahawa khatib yang
menyampaikan khutbah hendaklah mempunyai tauliah dan tidak membaca lain dari
teks khutbah yang dikeluarkan oleh JAIS setiap minggu yang dapat diambil dari
laman web atau portal JAIS. Masjid juga adalah bebas politik. Tidak dibenarkan orang politik
sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang berucap di masjid.
Pada akhirnya Baginda mau agar dengan penyampaian
tauliah akan lebih memberi semangat dan dedikasi bagi menjadikan masjid pusat kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Akhinya Baginda
mengucapkan Selamat Berkhidmat Kepada Nazir dan Imam Masjid.
Di dalam wathikah yang disampaikan antaranya mencatatkan:
a) Tugas Nazir
·
Mengetuai
pengurusan dan pentadbiran masjid.
·
Memastikan
semua aktiviti masjid tidak bercanggah dengan pegangan Ahlu al- Sunnah wa
al-Jama`ah.
·
Mempengerusikan
mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa ahli kariah
·
Bertanggungjawab
mengawal urusan kewangan
·
Menjadi Penasihat
bagi surau-surau di bawah masjid
b) Tugas Imam:
·
Mengimamkan
sembahyang fardhu atau apa-apa sembahyang berjama`ah.
·
Membacakan
teks-teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis.
·
Memberikan
nasihat tentang perkara agama, pembangunan dan keluarga ahli kariah.
·
Mengajar ahli
kariah ilmu fardhu `ain dan kifayah.
·
Menerima dan
mematuhi aturan yang dikeluarkan oleh nazir
·
Dan beberapa
yang lain.
Majlis berakhir jam 12.00 tengahari diikuti
dengan jamuan yang turut dihadiri Tuanku Sultan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment