RANTAU TIDAK LAGI SUNYI
(Foikrah Bangi: 190),
BBB, 24 Rejab 1440H. = 31 Mac 2019M.
(Ahad).
`Rantau` yang konotasinya `Jauh` untuk
dikunjungi dan sebelum ini walaupun diketahui akan diadakan PRK, tetapi kurang
diperkatakan, tetapi kelmarin `Rantau` mulai sebok dikunjungi dan mulai
diperkatakan di akhbar-akhbar dan berbagai media. Rantau menjadi PRK ketujuh
yang menguji populariti ahli-ahli politik. Empat PRK peringkat awal kesemuanya
di Selangor keculai Port Dickson semuanya di menangi oleh PH. Dua terakhir di
Cameron Highlands dan Semenyih mulai berlaku `Arus Balik` BN mulai kembali
bertenaga. Dua-dua kerusi berturut-turut, iaitu di Cameron Highlands dan
Semenyik BN menang melalui Umno - menang dengan majoriti yang besar. Apakah
`Arus Balik` akan menggulung dan melemaskan PH buat kali ketiga akibat
berubahnya keyakinan rakyat terhadap PH dalam masa sepuluh bulan selepas PH
menang dalam pilihanraya ke 14 pada Mei 2018 yang lepas ?
PRK Rantau ada kesamaan dengan Semenyih dan
ada kelainan. SPR yang mengumumkan pencalonan PRK Rantau semalam. Empat orang
calon bertanding, iaitu:
Datuk Seri Mohamad Hasan calon dari BN
Dr. S. Streram calon dari PH,
Mohd. Nor Yassin calon dari Bebas, dan
R. Malar juga calon dari Bebas.
Dari segi jumlah calon ada persamaan dengan
PRK Semenyih (2 Mac 2019), iaitu empt calon bertanding. Tetapi di Semenyih
pertandingan utama antara BN dan PH serta seorang dari PRM dengan seorang
bebas. Di Rantau pertandingan utama ialah antara BN dengan PH, tetapi kedua-dua
calon yang lain adalah bebas. Kelainan yang dapat dilihat bahawa Rantau adalah
lebih bersifat multi-rasial dari Semenyih. Jika di Semenyih majoriti pengundi
Melayu hampir 70% peratus dan peranan Pas dilihat dominan bagi membantu calon
BN, tetapi di Rantau:
Pengundi
Melayu Cuma 55.11 peratus
Pengundi India 26.06 peratus
Pengundi Cina 18.80
Lain-lain selebihnya.
Di dalam pilihanraya ini Melayu tidak
tinggi dari segi majoriti dan penyokong Pas yang memberi undi pada pilihanraya yang lepas
tidak sampai seribu undi. Dalam hal ini Tok M pada masa itu menjadi mangsa kekalahan. Walau
bagaimana dengan pembatalan kemenangan percuma Tok Mat, adalah dilihat sebagai
rahmat bagi Tok Mat dan berpeluang mempertahankan kerusi Rantau dalam suasana
`Arus Balik` sedang berlaku. Namun perlu bekerja keras.
Dengan majoriti Melayu, walaupun kecil, dengan sokongan Pas dan diharap pengaruh MCA
dan MIC masih wujud dan aura Tok Mat Masih kuat dan jasanya sebagai Bekas MB
Negeri Sembilan selama empat penggal dan tidak dapat ditutup oleh PH yang baru
memerintah 10 bulan dan dengan keudujkannya sebagai Timbalan Presiden Umno yang
menjalankan tugas-tugas Presiden memeberi kelebihan pada TokMat mendapat
sokongan dari pengundi-pengundi di Rantau.
Rantau meriah dengan pengundian dan pemilihan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment