RANTAU: UJI PENGARUH ANWAR DAN TOK MAT
(Fikrah Bangi:
181),
BBB, 25 Rejab 1440H. = 01 April 2019M.
(Isnin).
Sebagai Presiden PKR, dan diberi kepercayaan
bertanding di Parlimen PD sebagai calon PKR dan menang besar di sana pada
14.10.2018 dan kini yang bertanding di DUN Rantau – Dr. Streram adalah dari
PKR, maka perhatian diberi terhadap Anwar sejauhmanakah pengaruhnya bagi
memenangi kerusi DUN Rantau. Anwar diberi mandat di PD dengan harapan beliau
dapat mengisi jawatan Perdana Menteri yang disebut-sebut bakal diserah
kepadanya, tetapi hingga kini tidak menjadi realiti. Sebagai ahli Parlimen PD
tidaklah kita melihat apakah peranan
beliau di dalam memajukan PD, bahkan sebagai ahli Parlimen tidaklah kita
melihat apakah gagasan dan perubahan yang dapat dibawa di Parlimen. Beliau akan
dinilai di PRK Rantau.
Bagi Tok Mat, sebagai Timbalan Presiden Umno
yang menjalankan tugas-tugas Presiden, adalah dilihat ini adalah peluang bagi
beliau menonjolkan kekuatan Umno bersama dengan komponan BN terutama MCA dan
MIC di Rantau. Jika di Semenyih Umno menunjukkan kekuatan Melayu bersama Pas,
di Rantau, walaupun kerjasama dengan Pas berterusan, tetapi sebagai Dun yang
mempunyai pengundi multirasial yang terdiri dari Melayu, India dan Cina, maka
ia adalah ujian sebenar di antara pengaruh PKR dari PH yang mau merebut kerusi
Rantau dan antara Umno yang mempertahankan kerusi Rantau. PKR mempunyai
kekuatan, kerana ia adalah dari parti kerajaan yang memerintah sekarang.
Sebagai parti pemerintah calon dari parti ini Dr. Streram mendapat publisiti
lebih terutama di dalam media letronik berbanding dengan Tok Mat adalah dari
parti pembangkang.
Walau bagaimana parti PKR dari PH yang baru
memerintah sepuluh bulan tidak dapat mendakwa bahawa pembangunan yang berlaku
di Rantau secara khusus dan Negeri Sembilanm secara umum adalah dari jasanya,
kerana sebelum dari itu Tok Mat selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan Adun
Rantau sejak tiga penggal yang lepas adalah benar-benar orang yang
bertanggungjawab memajukan Negeri Sembilan dan Rantau. Apa yang disebut oleh
calon PKR di Rantau adalah perkara-perkara yang dicadangkan untuk diambil
tindakan jika dipilih pada PRK Rantau.
Tok Mat mempunyai aura yang kuat di Rantau,
imejnya meningkat sejak diberi tugas sebagai Timbalan Presiden Umno dan berjaya
membawa kemenangan bagi Umno di Cameron Highlands dan Semenyih.. Dengan
momentum ini beliau berusaha bagi mencapat kemenangan Umno dan dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap
Umno dan BN..
Adalah dilihat, bahawa di samping meneruskan
kerjasama dengan Pas, inilah peluang bagi Tok Mat dan Umno memulih dan
memperkukuhkan BN. Pada piulihanraya ini adalah diharapkan MCA dan MIC yang
masing-masing mempunyai pengaruh di
kalangan orang Cina dan India dapat menarik pengundi-pengundi Cina dan India
dapat menyokong Tok Mat yang juga berert menyokong BN. Adalah diharapkan jika
pada PRK Semenyih Umno dengan kerjasama dengan Pas dapat menunjukkan kekuatan
Melayu bila bersatu, maka pada PRK Rantau ini Umno bersama MCA dan MIC
benar-benar dapat menunujukkan kekuatan BN.
Sebenarnya mulai dari sekarang Umno seharusnya
telah berbincang dengan MCA dan MIC setelah kedua-dua parti itu tidak jadi
keluar dari BN. Umno dan parti-parti komponan yang lain seharusnya telah berbincang mengenai Gagasan BN, dan
kalau boleh diikut serta oleh Pas bagi kerjasama bagi menghadapi PH, bukan saja
di Rantau, bahkan pada masa hadapan secara keseluruhan. Masalah-masalah yang
lalu yang tidak disetujui rakyat haruslah dibaiki. Apa yang tidak dingini
rakyat yang dalam masa sepuluh bulan terjadi `Arus Balik` tidak menyokong PH
hendaklah diambil iktibar dan dijauhi
Umno bersama komponan dan kerjasama dengan Pas
perlu berbincang bagi mengambil pendekatan, merangka gagasan , prinsip-prinsip
yang segar dan menarik yang dapat menarik sokongan rakyat pada
pemilihan-pemilihan yang akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment