USUL KEMBALIKAN HAK SABAH SARAWAK
(Fikrah Bangi: 190),
BBB:
04 Sha`ban 1440H. = 10 April 2019M. (Rabu).
Sebagai satu usaha dari pihak Kerajaan PH, Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia
mengemukakan usul pindaan Fasal 2, perkara (1) dikatakan akan mengembalikan hak
Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu sama dengan Semenanjung Tanah Melayu, sebagaimana perjanjian
Malaysia 1963 (MA 63). Perubahan dikatakan tidak akan merubah konsep
Federalisme, tetapi rakyat Sabah dan Sarawak akan lebih menikmati faedah dari
perubahan sebagaimana di dalam perjanjian asal (1963).
Sepatutnya Semenanjung, Sabah dan Sarawak
adalah tiga wilayah yang sama taraf, tetapi dari segi amalan Sabah dan Sarawak
dilihat sebagai setaraf dan seperti negeri-negeri di dalam Semenanjung.. Ini
bercanggah dengan perjanjian Asal 1963. Pindaan bertujuan mengembalikan hak
Sabah dan Sarawak yang setaraf dengan Semenanjung.
Usul yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dibahaskan
di Parlimen. Bong Mpkhtar ahli Parlimen Kinabatangan berpendapat, tindakan mau
mengubah perlembagaan adalah bersifat terburu-buru. Perkara sebegitu penting
perlu kepada penelitian, sebaiknya misalnya melalui select committe yang
memperhaluskan terlebih dahulu sebelum usul untuk kelulusan dikemukakan. Datuk
Seri Anwar Ibrahim ahli Parlimen Port Dicksom memyifatkan langkah – Usul meminda
Perlembagaan sesuatu yang bersejarah yang sebelum ini diabaikan oleh BN, bertujuan mau meningkatkan peluang bagi rakyat
Sabah dan Sarawak menikmati hak-hak
mereka. Demikian juga Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau mau
memastikan hak-hak rakyat Sabah terpelihara dan terjaga. Pada dasarnya tidak
ada yang menentang apa yang dianggap baik bagi rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi
pendekatan hendaklah dilakukan sebaik mungkin.
Turut membahaskan usul pindaan perlembagaan
adalah seramai 46 orang - bertambah sebanyak 10 orang dari jumlah yang dihadkan
pada awalnya (36).
Keperluan bagi menerima pindaan
Perlembagaan ialah dua pertiga sokongan.
Pada akhirnya setelah seharian berbahas,
jam 10.00 malam Yang Dipertua Dewan Datuk Mohamed Ariff Md. Yusof menjalankan
pengundian belah bahagi.
Keperluan bagi dua pertiga bagi kelulusan
ialah 148 daripada 221 kerusi.
Setelah diundi.
Bersetuju 138
Tak setuju
00
Tak undi 59
Keputusan tidak lulus dan tidak diteruskan
bagi bacaan kedua. Sidang tamat jam 19.30 malam.
Daripada keputusan di atas tidak ada yang
tidak setuju perkara-perkara yang dapat membawa kebaikan bagi Sabah dan
Sarawak, juga Semenanjung, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan teliti dan
perlu kepada komiti yang menghalusi secara mantap sebelum dibawa kepada
perbahasan dan persetujuan. Tidak lulus dari segi pengundian tidak menghalang
kepada pemerintah menjalankan apa yang termaktub dalam perjanjian asal 1963.
Rundingan-rundingan bagi kebaikan dapat diteruskan, misalnya soal royalti,
sumbangan Pusat dari segi pembangunan dan sebagainya.
Sebenarnya tidak timbul jika mau dituduh
ada pihak yang mau menekan atau menyekat pihak yang lain. Dalam minda rakyat
memang menyedari bahawa tahap negeri-negeri dan rakyat adal;ah sama dan
berpeluang sama. Cuma perkara-perkara yang kontroversi ditimbulkan oleh
orang-orang politik. Jika sudah diketahui apa yang termaktub di dalam
perjanjian asal - 1963, maka sepatutnya tiada halangan dari melaksanakannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment