TILAWAH AL-QUR`AN: VISI TENGKU
(Fikrah Bangi: 199),
BBB:13 Sha`ban 1440H. = 19 April 2019M.
(Juma`at).
Kebiasaan selepas solat Isya` pada malam
Juma`at dan pulang dari masjid Al-Umm (dulu Surau al-Umm), Penulis pulang untuk
mengikuti Forum Perdana yang memang popular dan
rancangan popular TV satu yang diikuti ramai peminat di dalam, bahkan
dari luar negara. Tetapi pada malam tadi dan sejak beberapa malam yang lepas,
slot selepas Isya` untuk beberapa hari pada bulan Sha`ban ini diisi dengan Majlis
Tilkawah Al-Qur`an pada peringkat antarabagsa. Ia adalah program yang juga
diikuti ramai yang diadakan menjelang Ramadhan selepas majlis peringkat
nasional diadakan sebelumnya.
Mengikuti Majlis Tilawah pada peringkat
antarabangsa ini, ternyata mutunya sudah meningkat jauh dari sebelum ini. Kalau
dulu diketahui jika program peringkat antarabangsa adalah jauh lebih rendah
mutunya dari peringkat kebangsaan. Setengah wakil dari negeri luar ini membaca
semacam `burung` dan tidak menarik langsung. Secara kebetulan sejak Majlis
Tilawah peringkat Nasional hingga ke peringkat antarabangsa ini Penulis mengikuti,
jika tidak semua, sebahagian daripadanya, maka didapati mutu pembacaan pada
peringkat antarabangsa ini jauh meningkat dengan setara pembacaan antara
mereka.
Dalam hal ini, kita teringat kepada Tengku
Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama, orang yang mula-mula mencetus idea mengadakan tilawah yang pada
peringkat permulaan dikenali dengan `Musabaqah` itu. Hingga kini sudah lebih
dari 50 tahun diadakan musabaqah dan hasilnya hingga kini, Pembacaan Al-Qur`an
terus popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan selepas dibuka pertandingan
pada peringkat antarabangsa meningkatkan juga mutu bacaan Al-Qur`an pada peringkat
antarabangsa. Malaysia terkenal di kalangan negara-negara Islam sebagai
penganjur musabaqah pada peringkat nasional dan antarabangsa yang banyak pula
diikuti oleh negara-negara Islam yang lain di dunia. Secata tidak langsung
Malaysia berjaya mengadakan hubungan baik dengan berbagai-bagai mehara di dunia
Islam. Malaysia dikenali dan dihormati oleh negara-negera Islam didunia.
Hasil dari pertandiingan Malaysia telah
melahirkan tokoh-tokoh qari terkenal, seperti Ustaz Ismail Hashim, Haji Mat Pergau
dan ramai lagi, manakala qari`ah seperti Faridah Mohd. Saman, Hajah Rugayah
Sulung dan Hajah Rahmah dan ramai lagi. Qari-qari dari luar negara turut
menjadi tokoh seperti dari Iran, Indonesia, Thailad dan beberapa negara yang
lain.. Majlis tilawah kini disertai dengan pertandingan hafal Al-Qur`an. Kini
lahir ma`had-ma`had tahfiz baik oleh pihak kerajaan, maupun pada peringkat
swasta yang menekankan pengajian Al-Qur`an dan hafalan. Bahkan pengajian
sedemikian diadakan di universiti-universiti seperti mengadakan Jabatan
Pengajian Al-Qur`an dan Al-Sunnah dan nama-nama lain. Pihak kerajaan juga
mengadakan Pusat Pengajian Al-Qur`an di
Kuala Kubu Baharu yang melahirkan ramai hafiz dan mereka yang mendalam di dalam
pembacaan dan pengajian Al-Qur`an. Ada negeri-negeri yang menubuhkan semacam
Institut atau ma`had Pengajian Al-Qur`an. Kita kagum kini lahir satu bidang pengajian
Tarannum bagi membaca Al-Qur`an secara berlagu dan popular dipelajari mereka
yang meminatinya. Kini pengajian Al-Qur`an, lagu-lagu dan hafalan menjadi
popular dan menjadi bidang yang diminati,. Antaranya mengkombinasikannya dengan
sains. Lantaran itu ramai lahir saintis yang hafiz atau doktor yang hafiz dan
sebagainya.
Setelah lebih dari setengah abad Malaysia
memimpin dari segi tilawah Al-Qur`an yang melahirkan berbagai-bagai pengajian
yang berhubung dengan Al-Qur`an, sudah tiba
masanya selepas setengah abad menganjur Tilawah Al-Qur`an, Malaysia
seharusnya menubuhkan Akademi atau Universiti Pengajian Al-Qur`an pada
peringkat antarabangsa dengan kerjasama dengan negara-negara luar.
Pengajian Al-Qur`an pada peringkat
antarabangsa ini boleh didirikan satu yang baru atau meningkatkan institusi
yang sedia ada seperti di Kuala Kubu dan sebagainya. Pengajian hendaklah
disusun sedemikian rupa – kobinasii berbagai ilmu. Pensyarah-pensyarah terbaik
diisi dan pelajar-pelajar diterima dari peringkat antarabangsa.
Malaysia telah mengadakan tilawah dan
musabaqah sejak setengah abad yang lepas, maka amatlah wajar Malaysia menjadi
pemimpin keilmuan Al-Qur`an pada peringkat antarabangsa sesuai dengan Malaysia
diakui sebagai Negara Islam Contoh pada peringkat antarabangsa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment