PENAMBAHBAIKAN POLITIK DAN PENTADBIRAN
NEGARA
(Fikrah Bangi: 193),
BBB,
07 Sha`ban 1440H. = 13 April 2019M. (Sabtu):
Berikut dari usul mengembalikan hak Sabah
dan Sarawak sebagaimana dalam Pejanjian Pembentukan Malaysia 1963, walaupun
gagal mendapat kelulusan dua pertiga di Parlimen (8 April 2019), tetapi
tuntutan menjadikan status semua negeri dan wilayat di Malaysia `SAMA` adalah sesuatu
yang wajar. Namun dalam masa berlakunya pertembungan kuasa politik dan Diraja,
dan berbagai-bagai masalah politik yang lain, adalah wajar dibincangkan tentang
penambahbaikan kaedah politik dan pemerintahan negara dengan mengambil kira
perkara-perkara utama berikut:
1) Meniadakan Dewan Negara. Cukup dengan hanya
Dewan Rakyat.
2) Pengurangan kuasa politik semata-mata yang berhak
memerintah.
3) Mengembalikan sebahagian dari hak dan kuasa
negeri, termasuk hak Raja Berperlembagaan.
4) Pemilihan Perdana Menteri dan Timbalan secara
bebas dan terbuka, bukan mewakili satu parti politik tertentu.
5) Mempertahan dan memperkasakan Perlembagaan
Negara yang pada puncaknya Yang Di Pertuan Agung sebagai Raja Berperlembagaan.
Penjelasan:
Perkara pertama
adalah jelas. Dapat mengurangkan perbelanjaan dan segera membuat keputusan.
Perkara 2.
Rakyat memilih
wakil rakyat hanya 50% ahli Parlimen dan ADUN melalui pilihanraya.. 50% dipilih
secara `Tanpa Pilihanraya – Melalui seleksi sidang`. (25% dari kalangan
pentadbir yang sedia ada di dalam setiap negeri dan 25% lagi ialah dari
kalangan profesional seperti pensyarah, ulama`, ahli koperat, ahli ekonomi, jurutera,
pakar undang-undang, Ngo dan berbagai profesional yang lain. Mereka dipilih
mewakili berdasarkan negeri. Dengan demikian orang politik tidak diberi kuasa
sepenuh. Sebarang peralihan kekuasaan berlaku dengan licin kerana separuh dari
pemerintah ditunjuk oleh negeri (Penentuan juga dari Dewan Diraja). Berpolitik
tidak terbuka sepanjang masa, tetapi politik berparti hanya aktif pada tahun
akhir dari lima tahun. Ini menyelamatkan masa dari tertumpu kepada politik dan
mengelak dari konflik perbalahan berterusan.
Fakta tiga, bila
dilakukan pengurangan hak politik dan sebahagian kuasa memilih diberi kepada
negeri dan Kuasa Diraja, bererti kuasa negeri bertambah.
Fakta 4.
Pemilihan Perdana Menteri dan Timbalan hendaklah dilakukan dalam pilihanraya
lima tahun sekali itu bebas dari berpihak kepada parti. Ia dipihak berdasarkan
profesional, keilmuan dan berkelayakan (berwibawa). Bila Perdana Menteri dan
Timbalan yang sedemikian adalah bebas
dan tidak mengikut telunjuk satu parti dan lebih adil kepada semua.
Pemilihan calon
yang layak ini adalah dari pandangan negeri, kalangan pentadbir dan profesional
yang diperkatakan di atas. Mereka lebih patuh kepada perlembagaan Negara dan
bukan dari parti. Kabinet adalah campuran berimbang antara orang politik,
pegawai-pegawai Tadbir dan kalangan profesional.
Pemilihan Yang Di
Pertuan Agong (Fakta 5) adalah menurut kaedah pemilihan yang ada sekarang
dengan unsur-unsur penambahbaikan jika
perlu.
Apa yang
dibicarakan ialah berasaskan lima prinsip utama. Perkara-perkara yang lain
sebagai penambaikan perlulah dibincang secara lebih detail dan mendalam.
Pendekatan di
atas dapat mengurangkan kuasa politik melampau (berubah 100%). Dapat
memantapkan pemerintahan dengan pegawai-pegawai berpengalaman, lebih-lebih lagi
diperkukuhkan dengan kalangan profesional yang juga dipilih lima tahun sekali
atau ditukar jika difikirkan lebih baik. Dengan demikian kuasa negeri dapat
ditambah dan mengurangkan kongkongan Federal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment