ECRL MENCERIAKAN SEMUA
(Fikrah Bangi: 197),
BBB, 11 Sha`ban 1440H. = 17April 2019M.
(Rabu):
Satu yang menggembirakan di tengah tekanan kenaikan harga barang dan kesempitan hidup kalangan
bawahan, ialah berita penerusan Projek Laluan Rel ke Pantai Timur. Kedudukan
tentang penarikan balik projek ini terlerai bila pengumuman dibuat tentang
penerusan projek. Dengan demikian dapat mengelak dari pampasan yang terpaksa
dibayar hampir satu pertiga kos, kalau projek tidak jadi. Yang menggembirakan
bahawa melalui rundingan yang diketuai
oleh Tun Daim Zainuddin kos projek yang asalnya RM65.5 bilion itu dapat
dikurangkan kepada RM44 bilion. Projek ini merapatkan kembali hubungan dengan
Cina yang agak renggang bila dikatakan projek ditarik. Lebih menggembirakan
apabila dikatakan, bahawa antara kos yang akan dibayar ialah melalui penukaran
minyak kelapa sawit sebagai sebagahagian dari biaya pembinaan. Ini tentulah
memberi harapan kepada pekerja-pekerja kelapa sawit yang memberi kesan kenaikan
harga komoditi itu apabila pemasarannya dapat dialirkan ke Cina selepas
mendapat tentangan dari negara-negara Barat.
Penerusan Projek ECRL selepas membuat
revisi yang mengurangkan kos. Antaranya mengubah laluan dari Gombak ke Negeri
Sembilan melalui Jelebu dan Kuala Klawang. Ini dapat mengelak dari mengorbankan
khazanah hutan negara dan bukit quars di Banjaran Titiwangsa dari dikorban dan
dirosakkan. Juga menyelamatkan hutan-hutan yang berharga di situ. Dengan
mrngubah laluan dari Gombak ke Jelebu dan Kuala Klawang, memberi peluang
kawasan yang kurang membangun ini untuk dimajukan. Penaikan taraf bandar dan
kawasan kependudukan di Negeri Sembilan yang asalnya tidak masuk di dalam
jajaran laluan ECRL memberi peluang sama Negeri Sembilan menikmati pembangunan.
Jika sebelum hanya Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan menjadi laluan
akan bertambah peluang kepada sebuah negeri lagi, iaitu negeri Sembilan.
Bagi menyelamatkan kos terpaksa dikurangkan
station hentian. Tetapi penambahan kelak dapat dilakukan bila kemampuan
meningkat dan tambahan diperlukan. Apa yang diharapkan bahawa projek ini akan
dapat menggunakan bahan-bahan tempatan dan menggunakan pekerja-pekerja
tempatan. Maka dengan itu faedah bukan saja didapati oleh Cina, tetapi sama
melempahkan kemakmuran kepada rakyat jelata.
Bagi sebahagian negeri-negeri, iaitu
Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah di bawah pembangkang, jangan menganggap
ini adalah projek kerajaan PH, semata-mata tetapi ia sebenarnya asalnya pojek
BN. Sebelum kalah Datuk Seri Najib membina legasinya sebagai arkitek
Pembangunan hubungan jalan seperti MRT dari Kajang ke Sungai Buluh, Lebuhraya
Pan Borneo dan ECRL, > Penerusan ECRL tidak menghapuskan legasi Najib sebagai
Pembangun Perhubungan Jalan. Bagi negeri-negeri hendaklah merangka pendekatan
terbaik bagaimana dapat digunakan hubungan jalan rel ini dapat membangunkan
negeri-negeri masing-masing. Negeri-negeri tidak seharusnya bersifat menerima
semata-mata, tetapi peluang bagi meningkat sektor ekonomi, pertanian, pelancungan,
pendidikan dan apa jua peluang hendaklah digunakan agar negeri-negeri di Pantai
Timur tidak jauh ketinggalan dari segi kemajuan.
Penulis dapat bayangkan, apabila Projek
laluan Rel Pantai Timur itu dap[at disiapkan pada tahun 2026 nanti, jika
panjang umur dengan mudah dapat bertolak dari rumah di Bandar Baru Bangi dan
dalam beberapa jam dapat tiba di tepi tangga di kampung halaman di Dungun. Jika
urusan perlu segera dapat pulang kembali ke Bangi pada hari yang sama dalam
keadaan yang selamat.
Adalah diharapkan juga dengan siapnya
Laluan Rel ke Pantai Timur ini apabila tiba Hariraya dan hari-hari kebesaran
dan tutup sekolah nanti tidak berlaku jem sepanjang jalan kereta biasa dan
dapat mengurangkan kemalangan jalanraya.
Projek ECRL dilihat begitu banyak manfaat
yang dapat digunakan oleh orang ramai sebagai perjalanan termurah dan digemari ramai – Insya Allah.
Sekian
No comments:
Post a Comment