AKHIRNYA ECRL DITERUSKAN: KEJAYAAN BAGI
SEMUA
(Fikrah Bangi: 195),
BBB,
09 Sha`ban 1440H. = 15 April 2019M. (Isnin).
Setelah mengalami ketidaktentuan projek
ECRL yang diusahakan pada zaman pemerintahan
Datuk Seri Najib yang dijangka salah satu legasi Najib yang menumpukan
banyak perhatian kepada pembangunan jalan perhubungan seperti MRT antara Kajang
ke Sungai Buluh, Pan Borneo dan ECRL, akhirnya ECRL diteruskan. Pada asalnya
selepas kemenangan PH projek ini (yang lain sudah dan sedang berjalan) mau
ditiadakan dengan alasan cost tinggi, tetapi antara lain kerana sindrom untuk
menolak apa yang dbuat oleh kerajaan sebelum PH.
Dalam hal inilah kita berpendapat kuasa
negara jangan hanya diserahkan kepada orang politik sepenuhnya. Sebahagian
daripada mereka hendaklah dipilih dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
dari berbagai sektor dan para profesional dalam satu kerajaan yang dikuasai
oleh politik. Sebagai contoh kenaikan PH yang menguasai politik Federal telah
melantik sebahagian dari kabinet menteri dari kalangan yang tidak berpengalaman
dan diragui kelulusan dan kelayakan. Akibatnya setelah sepuluh bulan memerintah
masih tidak setabil dan makin kehilangan sokongan rakyat. Tun Daim Zainuddin
sejak awal menyedari hal ini dan semalam memberi amaran lagi,
``Beri PH 6 bulan lagi, sebaik sahaja
kerajaan dapat laksanakan janji-janji mereka (manifesto), ia akan dapat
meyakinkan rakyat, tapi kalau tidak capai juga, rakyat masih diberi peluang,
iaitu untuk tukar kerajaan. Itu hak rakyat.`` (Sinar, 15.4.2019: 1).
Ini adalah pendapat profesional dan
konsisten dengan pandangan yang bersifat profesional. Daim tidak melihat ECRL
sebagai projek BN, sebagaimana Menteri Kewangan dan ekonomi menolak, tetapi
Daim membawa soal ECRL berunding dengan kerajaan Cina dan melakukan perubahan
dan penyesuaian dan akhirnya ECRL diumum diteruskan. Hasil dari bijaksana rundingan
antara berbagai pihak, kemenangan dicapai semua. Projek ECRL diteruskan, jimat
RM21.5 bilion, iaitu dengan kos RM44 bilion berbanding dengan kos asal RM65.5
bilion. Antaranya dengan perubahan sebahagian dari jalur yang dilalui dan
pengurangan station bagi hentian ECRL.
Dengan keputusan secara profesional ini
semua pihak merasa gembira. Rakyat keseluruhan merasa senang hati, kerana kos
dapat diturunkan dan dapat mengelak dari penalti bayaran jika projek tidak
diteruskan. Yang paling bergembira
dengan projek berkenaan ialah negeri negeri yang dapat menerima nikmat
pembangunan infrastruktur perhubungan berkenaan, iaitu Selangor, Negeri Semilan
(mula tidak termasuk di dalam jajaran, dengan perubahan jalur jajaran negeri ini termasuk menerima nikmat
projek berkenaan), Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kemudahan komunikasi dan
lempahan pembangunan akan lebih dirasai secara khusus ialah tempat-tempat singgahan
(station) yang dilalui ECRL, bermula dari;
Kota Bharu, Tol Bali, Kampung Raja, Kuala
Terengganu, Pangkalan Berangan, Dungun, Kemasik, Cukai, Cerating, Kuantan Port
City, 1 & 2, , Kota SAS, Gambang, Maran, Mentakab, Jelebu/Kuala Kelawang,
Bangi/Kajang, Putrajaya dan Pelabuhan Kelang. (BH, 13.4.2019: 1).
Tentulah tempat-tempat berkenaan secara
khusus dan negeri-negeri berkenaan akan mengalami lempahan pembangunan.
Kawasan-kawasan yang dilalui, khususnya station-station singgahan akan maju dan
tanah-tanah akan diteroka dan pemasaran dan aliran barangan akan mudah
diedarkan.
Hasil kemajuan yang akan dinikmati tidaklah
boleh didakwa sebagai pembangunan yang dilakukan oleh PH, tetapi juga dari
hasil kerajaan sebelumnya. Bahkan hasil pembangunan negara untuk rakyat semua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment