ENAM BULAN UNTUK TINDAKAN BERKESAN
(Fikrah Bangi: 198),
BBB, 12 Sha`ban 1440H. = 18 April 2019M.
(Khamis):
Amaran Tun Daim Zainuddin Penasihat Ekonomi
Negara, bahawa PH Pemerintah Negara sekarang diberi tempoh enam bulan untuk
menunjukkan tindakan berkesan selepas ditolak rakyat dalam tiga PRK
berturut-turut, jika tidak rakyat berhak tukar kerajaan memberi kejutan bagi
pemerintah PH. Dua hari berturut-turut ( hari ini dan semalam) The Star memberi
ulasan dan analisa terhadap amaran yang
dilontarkan oleh Tun Daim Zainuddin.
Menurut akhbar The Star mencatat rumusan, bahawa PH seharusnya memberi penekanan kepada
tiga perkara, iaitu terus dengan reformasi (slogan PKR), menukarkan
polisi-polisi yang lemah dan jangan lupa menunaikan janji yang telah dibuat.
Demikian kata Laurence Todd Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan. Todd juga
mengingatkan bahawa tumpuan harus diberi terhadap kenaikan harga barang
dan taraf hidup yang terus mencengkam
kehidupan rakyat. Menurutnya, memberi kenaikan pendapatan adalah lebih penting dan
lebih berkesan dari usaha untuk menyekat kenaikan harga barangan.
Dr. Barjoyai Bardai Pakar Ekonomi dari
Universiti Tun Abdul Raxzak berpendapat bahawa, kerajaan PH mungkin tidak dapat
menunaikan semua janji yang dibuat, tetapi kerajaan PH perlu menunjukkan arah
yang jelas bagaimana usaha bagi mengatasi
masalah ekonomi negara dilakukan. Menurutnya plan ekonomi yang diambil
kerajaan, katanya `masih tidak jelas`.
Sementara itu setelah 10 bulan memerintah,
antara kejayaan yang telah dilakukan oleh PH. Antaranya
·
Menghapuskan
services tax (GST)
·
Memperkenalkan
service tax baru (SST)
·
Memperbaharui
dan menyusun kembali BRIM
·
Memperkenalkan
pengangkutan awam dengan pass berharga RM100
·
Memperkenalkan
konsep Rumah Mampu Milik.
Belum dilakukan:
·
Memberi
keutamaan kepada belia dari segi membeli atau menyewa rumah mampu milik
·
Ambilalih
maintenance terhadap rumah cost rendah
·
Insentif
membantu barangan keperluan kepada mereka yang susah
·
Jagaan
anak-anak bagi ibu bekerja oleh private company.
·
Mengukuhkan
Ringgit Negara oleh Bank Negara.
Dipersoalkan
·
Mau bina
satu milion rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal
·
Mewujudkan
rumah mampu milik secara sewa beli, khususnya bagi kalangan belia.
·
Insentif
kepada swasta menyediakan rumah mampu milik khususnya di kalangan anak muda.
·
Jaminan
kepada petani, nelayan dan buruh untuk mendapat pendapatan dalam musim tiada pendapatan
·
Mengurangkan
pekerja asing dari jumlah 6 milion kepada empat milion.
Apa yang diharap dari PH bukan setakat apa
yang diperkatakan di atas, lebih dari itu persoalan-persoalan lain yang penting
ialah prestasi wakil rakyat PH,
kemampuan ahli kabinet, imej negara, reformasi Parlimen, keutuhan budaya, dasar
komunikasi negara, kedudukan bahasa
Kebangsaan, imej orang Melayu, imej Islam, ketinggalan bumiputra termasuk di
Sabah dan Sarawak, peluang pelajaran (pinjaman), tol, Felda, Tabung Haji dan
berbagai-bagai lagi perlu diperbaiki, diselesaikan permasalahan dan diukur
prestasi.
Secara keseluruhan dapat dikatakan, bahawa
sejak sepuluh bulan kerajaan PH memeintah masih gagal menunaikan janji. Inilah
yang membawa kepada Tun Daim membuat
cabaran. Walau bagaimana tidak harus bagi
satu-satu pihak menuding jari mana-mana pihak lain tentang kegagalan. Ianya
adalah cabaran bagi PH untuk bekerja lebih keras. Kita menunggu apakah yang
bakal dilakukan oleh PH dalam tempoh enam bulan yang diberikan yang relatifnya
amat pendek.
Sekian.
No comments:
Post a Comment