PENCERAHAN ISU UEC OLEH TUN M
(Fikrah Bangi: 185),
BBB: 29 Rejab 1440H. = 05 April 2019M.
(Juma`at).
Jawapan Tun Mahathir terhadap pertanyaan
tentang pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) hanya ditentukan
oleh Kabinet, dan bukan sebagaimana
diamalkan selama ini oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB).
Jawapan ini mencerahkan kedudukan persoalan. Apa yang diamalkan selama ini
sebagaimana dilakukan oleh (LBQB) adalah baik, terutama bagi menjagi mutu dan
kualiti perundangan termasuklah mutu UEC
bagi memasuki peperiksaan bagi
Sijil Am Guaman (CLP), namun dari satu segi, ianya menjadi sekatan bagi
setengah institusi yang menawarkan bidang perundangan, seperti tidak mendapat pengiktirafan dan ini
menghalang pelajar-pelajar dari peluang memasuki peperiksaan UEC berkenaan.
Keadaan yang sama sebenarnya berlaku pada profesion arkiteks, engineering dan
sebagainya. Ini membantutkan perkembantutkan peluang dan perkembangan bidang
berkenaan. Sebab itu sebaik-baiknya penilaian dan pengiktirafan hendaklah dilakukan
oleh pihak kerajaan dan badan-badan profesion seperti undang-undang, arkiteks,
engineering dan sebagainya memberi kerjasama terhadap institusi kerajaan yang
menjalankan penilaian.
Harapan kita konsep Penilaian oleh Kabinet,
bukan setakat diluluskan melalui mesyuarat oleh ahli kabinet, tetapi melalui
institusi berwibawa kerajaan yang mengangkatkan keputusan kepada Kabinet.
Bermaksud ianya melalui mekanisme yang berwibawa dan teratur.
Penulis berpengalaman lebih satu dekad menjadi
Ahli Lembaga Peperiksaan STPM sejak awal 1990 hingga akhir 1990an dan pernah
menjadi Ketua bagi Kertas Bahasa dan Sastera Melayu bagi STPM, tetapi menarik
diri bila jadi ahli politik . Ketua Lembaga Peperiksaan pada masa Penulis ialah Tuan Haji Isa dan
berikutnya Tuan Haji Turmizi. Penulis berpendapat Lembaga Peperiksaan Malaysia
perlu diperluaskan peranannya, tidak sahaja menjaga dari segi peperiksaan SPM
dan STPM, tetap dimasukkan ke bawahnya peperiksaan bidang-bidang profesional
seperti peperiksaan UEC bagi
undang-undang, peperiksaan bagi kelayakan bidang profesional bagi Arkiteks,
Engineering dan sebagainya. Untuk mengiktiraf perlu ada mekanismenya.
Dengan bidang perundangan, arkiteks dan
lain-lain ianya menjadi didang-bidang di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tiap-tiap bidang ada pegawai-pegawai berkelayakan. Mereka dikehendaki misalnya:
1) Mewujudkan
kurikulum bagi bidang undang-undang, arkiteks dan lain-lain. Tentulah dengan
kerjasa bidang-bidang profesional dan fakulti-fakulti unoversiti yang ada
bidang berkenaan.
2) Menyusun buku teks yang dapat dijadikan rujukan
utama.
3) Mensenaraikan buku-buku tambahan yang dapat
dijadikan rujukan.
4) Mewujudkan pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah
bagi menyampaikan kaedah pengajaran.
5) Melantik penggubal-penggubal soalan-soalan
peperiksaan
6) Ada bank soalan sebagai bahan rahsia dan
dikendalikan secara amanah.
7) Melatih kumpulan pemeriksa yang berkelayakan dan
menerima latihan.
8) Ada penyelarasan dalam kumpulan pemeriksa dan
seterusnya pada peringkat akhir.
9) Penilaian dan perbandingan dengan kualiti
pemeriksaan dan keputusan yang lepas. Graf naik dan menurun.
10) Pengumuman oleh Menteri Pendidikan atau Pengarah
Lembaga peperiksaan.
Adalah diharap dengan kaedah di bawah Lembaga
Peperiksaan Malaysia, ianya berjalan dengan teratur dan profesional dan tidak timbul sekatan terhadap satu pihak oleh kerana
penilaian dan tidak iktiraf yang dipersoalkkan. Dengan peperiksaan dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Negara, ianya meyakinkan semua pihak dan
penilaian tidak diragukan.
Jadi jika pihak Kabinet mau menerima dan
mengiktiraf UEC ianya hendaklah melalui mekanisme teratur yang salurannya ialah
Kementerian Pendidikan yang di bawahnya ialah Lembaga PeperiksaanMalaysia yang
perlu diperluas dan dipertingkatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment