MENCARI
UNGGUL PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 203),
BBB, 17 Sha`ban 1440H. = 23 April 2019M.
(Selasa).
Pergolakan politik baik di negeri Johor
yang membawa kepada pertukaran Menteri Besarnya, maupun di Perak yang ada usaha
membawa kepada perubahan tapi tak jadi (Star, 23.4.2019L 1), maupun pergolakan
pada peringkat parti pada hakikatnya adalah proses mencari yang terlebih baik
dari segi kepimpinan. Ia bergantung pada potensi pimpinan yang ada pada
seseorang yang dapat menarik kepercayaan yang lain ke arah menyokongnya.
Seorang pemimpin dia seharusnya dia sekurang-kurangnya
sedikit terkedepan dari yang dipimpinnya, tanpa penonjolan kebolehan, maka ia
tidak berpotensi untuk menjadi pemimpin. Terkedepan ini bergantung kepada
banyak segi yang kombinasi darinya menyerlahkan kebolehan dan kepimpinan. Faktor yang dominan di dalam kepimpinan yang
diterima umum ialah `Berilmu`. Dengan berilmu banyak permasalahan dapat
diselesaikan. Dengan berilmu menunjukkan kematangan di dalam sesuatu keputusan
dan tindakan yang diambil. Kepimpinan tidak saja bergantung pada ilmu
semata-mata, tetapi pemimpin hendaklah seorang
yang inovatif dan kreatif. Dia dapat mencetuskan sesuatu yang baru,
segar dan menarik minat yang lain terhadap idea inovatif dan kreatifnya..
Dengan ilmu, inovasi dan kreativiti yang berterusan menonjolkan kepimpinan
seseorang pemimpin dan dia tidak mampu dicabar oleh yang lain tentang kemampuan
pimpinannya.
Sebaliknya jika seseorang itu dilantik
bukan didasarkan pada keilmuan – tersilap, dan tidak ada daya inovasi dan
kreativiti, maka dia dilihat bukan berkelayakan sebagai pemimpin dan jika dia
sering terserlah dengan kelemahan, maka akan timbul ketidakpuasan di dalam
kelompok yang dipimpin, Dalam masa yang sama dilihat ada atau ramai lagi yang
lebih berkelayakan darinya, maka lambat laun akan timbul tidakpuas hati dan dia
akan dikesampingkan atau disingkir. Sesungguhnya
situasi seperti ini berlaku di dalam kelompok pimpinan. Ini kita lihat berlaku
di dalam kelompok pimpinan negeri, bahkan di dalam parti.
Cuma di dalam pimpinan di dalam parti ada
mekanisme yang membenar untuk disaring secara teratur Di dalam kelompok bagi
kepimpinan parti biasanya ada lebih dari seorang, bahkan ada beberapa orang
yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin. Maka antara yang layak dan kurang
layak bukan diangkat atau disingker begitu sahaja. Ia adalah melalui mekanisme
pemilihan yang dinamakan kaedah secara demokrasi. Kelompok mencalonkan yang dianggap
paling layak dan kelompok yang lain mencalonkan yang lain yang bagi mereka
melihat yang dicalonkan itu paling layak. Maka berlakulah proses pencalonan,
kempen dan pertandingan dari peringkat ke peringkat bagi mengumpul jumlah
sokongan tertinggi yang dimuktamadkan sebagai pilihan terbaik. Ini misalnya
dapat dilihat kepada proses pimpinan PKR pada akhir 2018 ke awal 2019 yang
lepas yang mnemilih kepimpinan parti itu yang ada kini.
Walau bagaimana kemenangan yang diberi ahli
tidak mutlak. Pemimpin sebenarnya berterusan mau dilihat yang dipimpin terus menunjukkan kewibawaan di dalam
kepimpinan, bersifat inovatif dan kreatif. Sebarang kemunduran dan kelemahan
yang terserlah, maka ianya akan dinilai kembali di dalam prosese pemilihan pimpinan
yang akan dilakukan dari masa ke masa. Ini adalah dinamika dari segi kepimpinan.
Proses kepimpinan ini terus dinilai. Akibat
dari penilaian yang sedemikian kita menyaksikan ada pemimpin yang dilantik
terpaksa diturunkan kerana tidak berkelayakan, semnentara yang lain dalam
proses penilaian dan ada gugatan dari penilaian ini yang menungkin saeseorang
pemimpin kekal atau disingkirkan.
Wibawa kepimpinan terus menjadi pilihan.
Hanya yang layak menjadi pemimpin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment