ISU, KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN
(Fikrah Bangi 209),
BBB, 23 Sha`ban 1440H. = 29 April 2019M.
(Isnin).
Mesyuarat adalah mekanisme penyatuan idea
dan pendapat yang boleh membawa kepada tindakan seperti menubuhkan persatuan
penduduk, menubuhkan khaiirat kematian, menubuhkan koperasi, mendirikan masjid
dan sebagainya. Melalui mesyuarat dirumuskan pendapat untuk dijadiikan tindakan
bagi mencapai apa yang dihasratkan. Sesuatu keputusan apa lagi yang memerlukan
masa perlaksanaan yang berterusan memerlukan
tenaga kerja. Sebab itu sebagai salah
satu agenda ialah penubuhan jawatankuasa bagi melaksanakan resolusi. Jawatankuasa terdiri dari pengerusi timbalan pengerusi setiausaha, penolong
setiausaha, bendahari dan sejumlah jawatankuasa.. Melalui jawatankuasa ini
mesyuarat akan terus diadakan biasanya bersifat bulanan. Dalam masa tersebut
kerja-kerja dijalankan. Misalnya mendaftarkan penubuhan. Kegiatan-kegiatan
diadakan yang bersesuaian dengan
persaatuan penduduk misalnya menjalankan kegiatan gotong royong pembersihan
kawasan, mengadakan sambutan-sambutan seperti hari-hariraya, memohon dari pihak
berkuasa misalnya mendirikan sekolah jika sekolah belum ada, meminta diadakan
balai polis bagi menjamin keselamatan kawasan dan sebagainya. Melalui persatuan
misalnya menuintut dari pihak berkuasa menyediakan tapak perkuburan, mewujudkan
unit khairat kematian, Bagi mengukuhkan ekonomi penduduk, persatuan penduduk
melalui mesyuarat mencadangkan agar ditubuhkan koperasi penduduk, maka
mesyuarat khas diadakan bagi melantik jawatankuasa koperasi yang kemudian
berusaha mendaftarkan koperasi berkenaan dengan pendaftar pertubuhan yang
melayakkannya bergerak. Di samping itu kerja mendaftar ahli-ahli dilakukan
Kemudian saham-saham keahlian dilancarkan. Dari kegiatan berkenaan modal dapat
dihimpunkan. Ianya menjadi modal kepada koperasi yang menjalankan kegiatan
seperti membeli aset-aset bagi koperasi seperti
membeli rumah-rumah kedai bagi disewakan. Di samping mendapat modal dari
ahli, koperasi misalnya menyediakan kemudaha pinjaman bagi ahli-ahli dan
sebagainya. Melalui koperasi penduduk dapat memiliki harta setempat yang jika
tidak melalui koperasi penduduk secara individu tidak dapat memiliki harta setempat.
Dalam sesuatu kawasan baru yang penduduknya
bertambah, tentu memikirkan bahawa kariah tidak sempurna tanpa ada masjid.
Penduduk merasa tidak sempurna bila mau mendirikan solat Juma`at terpaksa pergi
menumpang solat di tempat-tempat yang lain, di luar dari kawasan kariah.
Keperluan kepada masjid seharusnya ada di dalam perancangan pihak yang membuka
kawasan penempatan atau paling tidak ialah menyediakan tapak bagi masjid.
Pada kebiasaannya penduduk bagi suatu
kawasan perumahan sebelum ada masjid beruaha mendirikan surau di
kawasan-kawasan masing-masing hingga di dalam sesuatu kawasan itu terdapat
surau-surau. Tetapi wujudnya surau-surau tidak dapat didirikan solat Juma`at. Jika pada peringkat
permulaan masjid tidak dapat didirikan dengan segera, kerana terpaksa melalui
berbagai procedure bagi membolehkan sesebuah masjid didirikan, maka salah satu
cara ialah dengan memohon dari pihak berkuasa keizinan bagi menaikkan taraf
surau yang agak besar bagi mendirikan Juma`at, kaedah ini banyak digunakan
misalnya di Bandar Baru Bangi. Daripada sini penduduk berusaha bagi mendapatkan
masjid. Masjid sama ada didirikan oleh pihak berkuasa dengan peruntukan
kerajaan. Bila masjid diadakan, kadang-kadang tidak dapat menampung jumlah
penduduk yang bertambah. Lantaran itu surau, bahkan lebih dari satu surau
mendapat keizinan mendirikan Juma`at.
Dalam pada itu jika difikirkan perlu didirikan lebih dari satu
masjid dan ada tapak yang disediakan, maka jika kerajaan tidakl dapat
mendirikan masjid, kerana sudah didirikan, maka penduduk melalui permesyuaratan
surau-surau berusaha mendirikan masjid. Jawatankuasa perlu ditubuhkan. Urusan
keizinan dari pihak berkuasa dilakukan, termasuk keizinan memungut derma. Kaedah
ini memakan masa yang lama, tetapi melalui permuafakatan dan bermesyuarat
secara berterusan dilakukan- antaranya hampir seratus kali mesyuarat, maka
akhirnya berkat melalui permuafakatan dan permesyuaratan akhirnya masjid
sempurna digunakan.
Mekanisme mesyuarat dan permuafakatan
merealisasikan sesuatu tujuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment