MESYUARAT MEKANISME PENTING BAGI PEMIMPIN
(Fikrah Bangi: 205),
BBB:
19 Sha`ban 1440H. = 25 April 2019M. (Khamis).
Seorang pemimpin unggul adalah seorang yang
bijaksana dan seharusnya berilmu dan terkedepan dari segi pemikiran dan
kebolehan bertindak. Pemimpim seperti ini dilihat menonjol di dalam masayarakat
di mana dia berada, maka dengan keilmuan dan kebolehannya diterima dan
kehedapankan oleh masyarakat. Tetapi pemimpin berkebolehan ada kalanyta
terpendam. Ianya tertonjol oleh kerana isu-isu tertentu yang dengan keilmuan
dan kebijaksanaannya ia dapat menyelesaikan permasalahan, maka ianya ditonjol
dan dikedepankan oleh masyarakat.
Darihal kepimpinan, walau berilmu dan
berkeolehan, khususnya dari segi pemerintahan, maka ianya tidak dapat dilakukan
secara individu. Apa lagi sebagus mana seseorang itu, tidak sunyi dari
kekhilapan. Memerintah memerlulan kumpulan, kerja berpasukan. Di dalam politik
kerja berpasukan ini dikenali dengan parti. Parti perlu ada kepimpinan dan
perlu ada jawatankuasa bagi peringkat tertinggi membawalah kepada cawangan-cawangan.
Pemimpin tertinggi sebagaimana telah dibincangkan perlu berwibawa (unggul)
berilmu dan berkemampuan memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku
di dalam kepimpinan yang dilihat sebagai bermutu sesuai sebagai pemimpin.
Sebagaimana disebut pemimpin tidak sunyi dari kesilapan. Kepentingan kelompok
adalah:
·
Membantu
kepimpinan melaksanakan tugas
·
Memberi
pandangan mengenai perkara-perkara yang dipimpin.
·
Meringankan
beban kepimpinan yang ditanggung.
·
Membuat
keputusan secara kolektif
·
Menasihat
dan memperbaiki kekhilapan, sebaiknya sebelum dilakukan.
Antara mekanisme penting di dalam
kepimpinan,bagi menjaga wibawa pemimpin yang jika membuat keputusan dan
bertindak tidak dilihat sebagai silap ialah
melalui `Mesyuarat. Di dalam organisasi, baik dari peringkat
jawatankuasa kecil, membawa kepada peringkat daerah, negeri dan pusat ada
mekanisme bagi mendapat keputusan ialah melalui mesyuarat.
Di dalam Islam konsep mesyuarat amat
ditekankan. Firman Alla bermaksud:
`` Segala perkara di kalangan mereka adalah
diputuskan melalui mesyuaray (Shura: 38).
Dan
ayat bermaksud: ``Hendaklah dilakukan mesyuarat di kalangan mereka bagi
mengambil keputusan berhubung dengan sesuatu perkara. (Ali Imran: 159).
Pentingnya mesyuarat sehingga ia diadakan
di dalam berbagai organisasi dari peringkat cawangan, kawasan, negeri, bahkan
hingga ke pusat, bahkanParlimen bagi mengambil keputusan secara tepat. Pemimpin
seharusnya teliti di dalam percakapan apa lagi berhubung dengan polisi, ia
tidak diucapkan, melainkan berdasarkan apa yang diputus. Pemimpin juga tidak
mengeluarkan pendapat yang dilihat tidak betul dan tidak wajar, kerana ianya
jika tidak betul akan dipersoallkan.
Sebagai contoh yang baik pada pagi ini (25.4.2019)
keluar berita pada muka hadapan Utusan Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan
empat ahli akademik yang membentangkan hasil kajian mereka kepada Raja-Raja
Melayu sebagai `Profesor Kangkong` sebagai cakap-cakap yang tidak teliti dari
seorang pemimpin yang menimbulkan kemarahan kalangan ahli akdemik dan juga
rakyat jelata. Sikap ini mencerminkan keangkohan seorang yang baru berkuasa.
Ungkapan tidak teliti ini tentulah bukan diambil dari keputusan mesyuarat.
Ianya dapat diibaratkan kata pepatah,
`Sebab pulut santan binasa, sebab mulut
badan binasa.``
Sekian.
No comments:
Post a Comment