MEKANISME KEPIMPINAN: UJIAN MENYERLAHKAN
(Fikrah Bangi: 204),
BBB, 18 Sha`ban 1440H. = 24 April 2019M.
(Rabu).
Telah kita bincangkan bahawa unggul utama
kepimpinan, bahkan apa juga bidang adalah keilmuan. Tanpa ilmu tiada kesedaran
dan tiada kegiatan, statik dan tidak
maju. Ilmu adalah aset utama bagi kepimpinan., Tetapi berilmu saja tanpa
karisma kepimpinan dia tidak menjadi pemimpin. Dia mungkin jadi guru atau
pensyarah dan sebagainya.
Karisme adalah anugerah semula jadi yang
ada pada seseorang individu yang di dalam suasana tertentu menyerlahkan watak
kepimpinan seseorang individu. Sebagai contoh Anwar Ibrahim semasa menjadi
mahasiswa di Universiti Malaya terdedah pada perjuangan kemahasiswaan yang berjuang misalnya bagi menegakkan Islam
di kalangan pelajar-pelajar dan perjuangan memartabatkan bahasa Kebangsaan
antara isunya ialah mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai
mekanisme perjuangannya beliau melibatkan diri di dalam PKPIM (Persatuan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia) yang pada akhir 1960an beliau adalah
menjadi Presiden. Karisme kepimpinannya menyerlah ditambah dengan kepetahannya
berpidato dan menarik perhatian khalayak. Bila keluar dari UM beliau menggunakan
platform perjuangannya dengan menubuhkan Angkatan Belia Islam (ABIM) awal
1970an yang sudah tentulah cita-cita perjuangannya – Pada masa iti, bagi
menegakkan Islam, iaitu melalui dua pendekatan, pendekatan pendidikan dengan
tertubuh rangkaian pendidikan di bawah Yayasan Anda dan melalui perjuangan politik.
Pada puncak perjuangan beliau membuat keputusan memilih bidang politik – masuk Umno
(ramai dari pengiukutnya tidak setuju. Demikianlah Anwar Ibrahim dengan karisme
meningkat dalam politik hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri, kemudian
ditangkap atas tuduhan terhadapnya. Dalam tahanan berlaku peristiwa beliau
dipukul `Mata Lebam` (29.9.1998). Anwar yang mempunyai pengikut yang ramai,
mendapat simpati tinggi dan pembelaan rakyat. Bagi membelanya tertubuhlah Parti
Keadilan Rakyat pada 4 April 1999 yang
menjadi platform bagi perjuangan Anwar, Wan Azizah dan ahli PKR keseluruhannya.
Ada kepimpinan yang tidak disedari
mempunyai karisme kepimpinan, melainkan selepas melalui episod-episod ujian politik
tertentu. Misalnya Mohamad bin Hasan, sudah lama terlibat di dalam politik
sehingga menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sejak tiga penggal yang lepas.
Tapi selama ini dia dianggap sebagai pemimpin peringkat negeri dan tidak lebih
dari beberapa Menteri Besar Negeri Sembilan yang lepas dan menteri-menteri
besar di negeri-negeri yang lain.. Peristiwa yang mencetus dan menyerlahkan
kepimpinan Tok Mat ialah berikutan dari penarikan diri NajibTun Razak dari pimpinan
Umno dan membawa kepada terlantiknya Zahid Hamidi Menjadi Presiden dengan Tok
Mat menjadi Timbalan Presiden (30 Jun 2018). Berikut dari permasalahan yang dihadapi Zahid, maka Tok
Mat memangku Jawatan Presiden Umno di samping beliau juga adalah Timbalan
Presiden. Oleh kerana Tok Mat sebelum ini kurang diexpos, ada ketidakyakinan
terhadap pimpinannya yang selama ini terhad kepada Negeri Sembilan.
Kepimpinan Tok Mat adalah terserlah melalui
kejayaannya memimpin Umno menghadapi pilihanraya kecil mengalah PH
berturut-turutm iaitu di:
Cameron Highlands (28 Januari 2019).
Semenyih
(02 Mac 2019) dan
Rantau
13.4.2019
Dengan kemenangan ini menyerlahkan
kepimpinan Tok Mat. Keyakinan terhadapnya sebagai pemimpin meningkat
Namun kenaikan kepimpinan akan terus diuji
dengan isu-isu yang terus berlaku dan sejauhmanakah pemimpin berkenaan dapat
mengekalkan prestasi kepimpinan dan kejayaan yang kedua-dua kepimpinan yang
menjadi contoh mempunyai peluang untuk lebih meningkat pada masa depan.
Mereka seharusnya terus kreatif dan
inovatif dalam kepimpinan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment