KEMASUKAN BERSATU KE SABAH MENGUNDANG LEBIH
BANYAK KONFLIK ?
(Fikrah Bangi: 188),
BBB, 02 Rejab 1440H. = 08 April 2019M.
(Isnin).
Shafie Apdal terus menerus menghadapi ujian.
Bekas Menteri Luar Bandar pada Kabinet Bekas Perdana Menteri Datuk Ser Najib
Tun Razak itu tidak berputus asa apabila dipecat beliau kembali ke Sabah, dengan segala susah
payah beliau menubuhkan parti Warisan yang berorientasikan rakyat Sabah. Dalam
pilihanraya ke 14, Umno yang masih menguasai Sabah di bawah pimpinan Musa
Aman, menghadapi ancaman `Keluar Parti`.
Antaranya masuk Warisan parti yang dianggap pembela Rakyat Sabah. Musa Aman
yang telah mengangkat sumpah Ketua Menteri menghadapi cabaran dari Shafie Apdal
yang mendakwa mendapat majoriti sokongan. Akhirnya Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah dengan 31 (Warisan) daripada 60 kerusi di Dewan
Undangan Negeri:
Warisan
31 kerusi Dap 6, PKR 2, dan UPKO 4 yang berpihak kepada Wqarisan.
Warisan mengambil pendekatan berbaik-baik dengan PH di bawah pimpinan yang
menguasai kerajaan Pusat dan berharap Warisan tidak diganggu dari segi pemerintahan
di Sabah.
Namun satu sikap – kelainan Bersatu di dalam
PH, berbeza dari parti-parti yang lain dalam PH, bahawa Bersatu yang kurang
dari segi kerusi di Parlimen, PH hanya mempunyai 16 kerusi, sedangkan PKR 50,
Dap 42, Amanah 11 dan Warisan 9. Kecenderungan timbul untuk menambahkan jumlah
kerusi Parlimen Bersatu di Parlimen, sehingga sanggup menerima ahli-ahli
parlimen yang melompat dari Umno 6 orang.
Tindakan yang dilakukan ini menerima kecaman dari parti komponan di
dalam PH. Dap mengancam tidak teragak-agak keluar dari PH. PKR juga melahirkan
penentangan , termasuk Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR, meletakkan
jawatan dari Naib Presiden dan meletak jawatan dari Ketua Perhubungan PKR di
Pulau Pinang. Koflik beliau dengan Tun Mahathir bukan lagi suatu yang
tersembunyi.
Kemasukan Bersatu ke Sabah satu lagi menunjukkan
keghairahan dan tidak sabar Bersatu dalam rangka berlumba-lumba bagi
mendapatkan pengaruh yang dikatakan, Bersatu ke Sabah bagi menyambut seruan 120,000 ahli Bersatu di
Sabah yang masuk secara serentak dengan pelancaran Bersatu di Sabah pada 7
April 2019. Benar bahawa kemasukan Bersatu ke Sabah bukan untuk mengancam dan
mengambil alih pemerintahan di Sabah.
Tetapi tindakan Bersatu ini amat melukai Shafie dan anggota-anggota
Warisan yang memerintah Sabah. Untuk masa depan apabila Bersatu, PKR, Dap an beberapa parti yang lain menambah pengaruh
di Sabah, tiada jaminan Warisan akan kekal nenerintah Sabah. Konflik akan
timbul misalnya tentang pembahagian kerusi bagi peringkat Dun dan Parlimen bila
tiba musim pilihanraya ke 15 dan seterusnya.
Parti Warisan tidak selamanya dapat
mempertahankan pemerintahan dengan sentimen pemerintahan oleh parti yang
disokong rakyat tempatan, sedangkan panggilan peluang lebih banyak bersama
parti yang mempunyai kekuasaan pada peringkat Pusat. Inilah yang terjadi kini,
bahawa, sebahagian dari rakyat Sabah dan sebahagian Wakil Rakyatnya melihat
peluang lebih cerah dari segi politik adalah bersama-sama dengan pimpinan pada
peringkat Pusat. Akhirnya kemungkinan Warisan akan menjadi sebuah parti kecil dan
pupus sebagaimana parti-parti tempatan yang lain yang pernah lahir di Sabah.
Shafie dapat dikatakan terdesak dan terpaksa
menerima kehadiran Bersatu, sebagaimana kehadiran PKR dan lain-lain parti.
Shafie perlu memikirkan kaedah terbaik bagi menjamin penerusan pemerintahan di
bawah Warisan, agar beliau tidaklah dilihat sebagai Wita Sepenggal dari
Warisan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment