FELDA: IMPLIKASI SALAH TADBIR URUS
(Fikrah Bangi: 191),
BBB, 05 Sha`ban 1440H. = 11 April 2019M.
(Khamis).
Terima kasih di atas pembentangan Kertas
Putih mengenai Felda oleh YB Azmin Menteri Ekonomi yang banyak menyingkap
permasalahan yang dihadapi Felda. Salah tadbir urus yang dilakukan oleh
pengurus sebelum ini mewariskan masalah yang terpaksa ditanggung oleh
pemerintah kini. Felda yamg menumpukan kepada penanaman kelapa sawit
menggantikan getah pernah menjadi hasil kedua negara selepas minyak, kini menjadi beban negara yang perlu
diatasi.
Sebelum dari pembentangan kertas putih kita
diberitahu. ``Pihak Felda tak hapus hutang peneroka.``. Hutang Felda meningkat
kepada RM779 bilion. Peneroka berjumlah
112,635 orang menanggung hutang berkenaan. (BH, 6.12, 2018). Bagi
mengurangkan beban hutang antaranya dengan menjual aset Felda di luar dan di
dalam negeri seperti di London, Sabah dan Sarawak, tetapi tidak dapat
menghapuskan hutang. (UM, 16 Disember 2018: 1).
Kertas Putih memberitahu bahawa pihak Felda
menanggung hutang yang tinggi kerana membuat pinjaman dari institusi kewangan
dengan faedah antara empat hingga enam peratus dan memindahkan hutang ini
kepada peneroka – antaranya tanpa disedari mereka dengan kadar 3.8%. Dengan demikian peneroka yang
menganggap bahawa mereka hanya berkait dengan lot bahagian mereka dan darinya mereka
bergantung pendapatan, tanpa disedari mereka dikenakan sama tanggungan hutang akibat dari hutang dilakukan oleh pihak
pentadbiran. Pihak peneroka menghadapi tekanan dan akibat dari salah tadbir, sebahagian dari peneroka – 20,000 orang
daripada mereka merampas tanah ladang mereka dan tidak berurus dengan Felda,
sebaliknya menjual hasil mereka kepada pihak swasta. Kelemahan pentadbiran yang sedemikian
menyebabkan kerugian bagi Felda.
Akibat dari hutang berkenaan hasil yamg
mereka dapat berkurangan, bahkan mereka terpaksa mengikat perut.
Kertas Putih menyebut, bahawa bagi
meringankan beban yang dihadapi oleh peneroka
Felda,kerajaan PH yang memerintah kini terpaksa mengambil langkah jangka pendek
dan panjang bagfi mengembalikan Felda di atas landasan yang betul.
Tindakan awal bahawa pihak kerajaan bersetuju memperuntukkan
sebanyak RM6.23 bilion bagi membantu
memulihkan Felda dan membantu 112.535 peneroka yang hidup dalam kesempitan
Bagi meringan bebanan dan menghapuskan
tindakan tidak wajar dilakukan oleh pentadbir dulu ialah dengan menghapuskan beban hutang pinjaman yang dilakukan oleh pihak
pengurusan dan peratus faedah dikenakan terhadap penerola dihapuskan.
Bagi meringankan peneroka kerajaan
menyediakan sejumlah peruntukan bagi meringankan beban hdup dengan
memperuntukkan sebanyak RM 2 bilom.
Kerajaan juga berjanji untuk menyiapkan
sebanyak 4,794 unit rumah dengan
peruntukan bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak RM250 juta.
Sementara tindakan jangka pendek dan
panjang. Antaranya menyewa tanah Selda kepada pihak tertentu, pembangunan
peneroka bagi mendapat hasil baru seperti tanaman sampingan dan sebagainya
pegurusan ladang oleh pihak koperasi Felda, penggunaan teknologi terkini,. Mewujudkan
infra struktur sosial dan fizikal. Meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan
peneroka dan generasi mereka dan sebagainya.
Diharap
perancangan yang diatur dalam Kertas Putih akan memulihkan Felda dan
melahirkan masyarakat yang berkualiti d an berdaya ekonomi.
Sekian..
No comments:
Post a Comment