April 30, 2019

KHAIRY JAMALUDDIN PEMIMPIN MALAYSIA AKAN DATANG


KHAIRY PEMIMPIN MALAYSIA AKAN DATANG
(Fikrah Bangi> 210),
BBB,  24 Sha`ban 1440H. = 30 April 2019M. (Selasa):
Khairy Jamaluddin tidak silap membuat keputusan bertanding jawatan Presiden Umno pada 30 Jun 2018. Cuma masa itu Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden yang belum dikaitkan dengan isu yang membawanya menyerahkan jawatan Presiden untuk dipangku oleh Mohammad Hasan yang dipilih sebagai Timbalan Presiden pada 19 Disember 2018.
Dapatlah difahami bahawa Khairy berhasrat mau menyelamatkan Umno akibat  dari skandal 1MBF dan GST yang menumbangkan Umno dan BN dari tampuk pemerintahan. Pada masa itu Zahid adalah sebagai Timbalan Presiden, maka selayaknya dia dipertanggungfjawab dengan jawatan Presiden. Khairy Bekas Ketua Umno tidak mempunyai apa-apa jawatan.
Khairy adalah dilihat  pemimpin Umno dan Malaysia pada masa hadapan. Ini tidak memperkecilkan Tok Mat yang memangku Jawatan Presiden dan telah membawa kepada kejayaan Umno di dalam tiga siri pilihanraya secara berturut-turut. Tok Mat tetap diperlukan memimpin sehingga kepada pilihanraya ke 15 kelak. Tetapi Umno dan BN diharap tidak mengkesampingkan Khairy dalam menghadapi PH sehingga pilihanraya ke 15 kelak.
Sebenarnya Umno memerlukan pemimpin muda, termasuklah Khairy, walaupun tidaklah tergolong sebagai pemuda lagi, bagi menggerakkan Umno, khususnya di dalam mencetuskan visi dan misi baru. Umno boleh bekerjasama dengan Pas, tetapi tidak seharusnya melabelkan dirinya sebagai satu parti yang bergantung pada sokongan satu kaum sahaja. Dengan realiti Malaysia sebagai negara yang mempunyai berbagai kaum haruslah mendapat dokongan dari berbagai kaum. Perkara ini amat penting jika Umno mau dilihat sebagai parti yang mesra semua kaum, sekurang-lkurang sebagaimana imejnya di dalam BN, tetapi Umno dan BN tidak seharusnya berimej lama. BN seharusnya mempunyai visi dan misi yang baharu yang segar dan dapat menarik sokongan berbagai kaum di samping berteraskan Melayu.
Khairy menggariskan pandangan dalam wawancaea oleh Tan Sri Johan Jaaffar semalam melalui saluran tv 501, bahawa dia berpendirian, Umno haruslah berada pada garis tengah, tidak terlampau kanan seperti Pas dan tidak pula ke kiri sebagaimana pejuang-pejuang kiri. Dalam kata lain ia mau mesra dan bekerjasama dengan semua.
Bagi merangka pendekatan baru bagi Umno dan BN, Umno perlu kepada pemikir-pemikir dan strategis-strategis muda yang mampu memberi imej dan kekuatan baru di dalam BN, Khairy adalah dilihat salah seorang yang mempunyai potensi yang diharapkan. Dalam masa generasi muda meninggalkan PH, kerana hilang kepercayaan, maka pada masa ini Umno dan BN perlu mengambil kesempatan menggembleng tenaga, antaranya dengan menjemput kalangan muda dari berbagai kaum untuk duduk semeja  bagi memikirkan pendekatan dan kaedah terbaik yang patut diambil oleh Umno dan BN. Pemimpin Umno kini yang dipimpin oleh Tok Mat telah mendapat kepercayaan kembali dari masyarakat. Dalam masa kepercayaan didapati hendaklah direbut peluang mendapat kerjasama dari golongan muda dengan pemimpin yang sedia ada bagi mengukuhkan Umno bersama BN.
Pada masa ini adalah dilihat sesuai diadakan konvensyen BN dengan anjuran Umno dengan komponan BN yang lain. Khairy Jamaluddin diharap dapat sama bekerja  bersama kepimpinan yang ada bagi mencari jalan mengukuhkan Umno dan dalam masa yang sama memperkasakan BN.
Sekian.

No comments:

Post a Comment