MENINJAU PRK RANTAU
(Fikrah Bangi: 194),
BBB, 08 Sha`ban 1440H. = 14 April 2019M.
(Ahad):
Bagi mengalami dan merasai debar dan getar
PRK Rantau, maka pada hari mengundi
semalam Penulis bersama saudara Azizi ke Rantau. Kami bertolak dari Bangi jam
9.45 pagi melalui highway Plus ke
Seremban, tetapi oleh kerana jem teruk (ada kemalangan), kami mengambil jalan
Nilai ke Labu hingga ke Seremban 2 dan tiba di Sri Sendayan. Di sini melihat
lambang-lambang Umno dan PH begitu banyak di kawasan berkenaan yang di dalam
pagar ada bangunan besar. Rupanya di situlah tempat perkiraan undi dan
pengumuman akan berlangsung pada malam
nanti.
Pada kawasan bangunan berkenaan tiada
tempat mengundi, kami mencari tempat pengundian sedang berjalan, sambil itu saudara
Azizi berhenti di beberapa tempat dan bertanya mereka yang ada di lokasi tempat
mengundi. Saudara Azizi juga sempat meninjau pendapat, tentang calon mana yang
menjadi pilihan rakyat. Jawapan yang diterima sama dengan jangkaan banyak
pihak, termasuk sebahagian daripada media, bahawa Tok Mat dijangka memenangi
PRK Rantau berkenaan. Dilihat kepada postar-postar di jalan dan di
lokasi-lokasi penting, nampaknya bendera BN mengatasi bendera-bendera PH.
Dari pemerhatian kami Rantau ini adalah
kawasan membangun yang bersambung dengan Seremban Dua, banyak bangunan-bangunan
baru yang telah naik dan sedang naik. Pendeknya, selain dari kawasan kampung di
pinggiran Rantau dapat disimpulkan bahawa ianya adalah kawasan yang sedang
pesat membangun. Ini bererti ianya adalah hasil dari jasa Tok Mat yang menjadi
Menteri Besar sejak tiga penggal yang lalu dan bukan dari jasa PH yang baru
sepuluh bulan berkuasa. Jadi tepatlah dengan pendapat, bahawa penduduk adalah
terhutang budi dan menghormati kepimpinan Tok Mat.
Dalam pencarian kami, kami sampai ke Pusat
mengundi yang dikatakan oleh pihak Polis adalah tempat mengundi terbesar. Ada
ramai pengundi yang datang dan ramai penyokong dari kedua belah pihak. Tetapi
tidaklah sehangat pada pilihanraya yang disaksikan yang lepas, Penyokong berada
di luar dengan bendera dan sepanduk calon, tetapi mereka agak sopan dan tidak
terjerit atau mengungkapkan sesuatu dengan cara bersemangat. Saudara Azizi dan
penulis turun dan meninjau dari dekat, termasuklah saudara Azizi mengambil
gambar.
Selepas menyaksikan pusat mengundi di Sekolah
Tamil, kami ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan yang dikatakan kedua terbesar.
Kami melihat tempat ini kurang meriah berbanding dengan Sekolah Tamil. Lantaran
itu kami meninjau dari dalam kenderaan sahaja. Selepas itu kami meninjau
beberapa lokasi sambil mencari jalan ke luar ke Highway untuk pulang. Dapatlah
dikatakan lokasi PRK Rantau tidaklah luas.
Penyokong-penyokong parti tidaklah
di luar kawalan. Mereka beradab dan segalanya berjalan lancar. Kami
pulang dan tiba kembali ke Bangi jam 1.00 tengahari.
Pulang selepas solat Isya` dari Masjid
Al-Umm keputusan didapati sebagaimana
berikut:
Datuk Sei Mohamad Hasan BN 10,397
Datuk Sei Mohamad Hasan BN 10,397
Dr. Streram PH 5,887
Mohd Nor Yassin Bebas 79
R. Malar
Bebas 83
Majoriti:
4,510
Tahniah kepada Tok Mat yang dapat mencapai
undi tinggi dalam kawasan multirasial.
Kemenangan mengukuhkan kedudukan Tok Mat,
Umno dan BN, bukan saja di Rantau, tetapi BN sebagai parti terkenal di tanahair
dan diharap ianya makin memantapkan BN.
Tugas utama Tok Mat ialah memperkasakan
Umno dan BN bersama-sama pasukan yang diamanahkan oleh ahli.
PRK Rantau membuktikan bahawa Unno dan BN
bukan parti yang pernah dianggap pihak lawan sebagai parti yang akan mati,
tetapi parti yang sedang bangkit menyanggah lawan. Mereka sedang bangkit
menyusun barisan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment