April 28, 2019

PRESTASI MENURUN - SINDROM MALAYSIA BARU !


PRESTASI MENURUN - SINDROM MALAYSIA BARU !
(Fikrah Bangi: 208),
BBB. 22 Sha`ban 1440H. =  28 April 2019M. (Ahad).
Dapatan Merdeka Centre yang dilaporkan oleh kebanyakan  akhbar semalam, bahawa  prestasi PH terus merosot dalam mana populariti Dr. Mahathir pada peringkat perrmulaan kemenangan PH sebanyak 83% dan kini menurun kepada 46% dan lebih teruk PH yang pada peringkat permulaan kemenangan  79% menurun kepada 39% kini, amat mengejutkan.
Star melihat kebimbangan rakyat tentang ekonomi dan pendapatan rakyat yang terus tertekan menjadi faktor utama kehilangan kepercayaan. Di sana banyak lagi faktor . Antara yang menjadi imej ketara PH ialah ``Tidak Tunaikan Janji.` Banyak kalangan yang mengharapkan pekerjaan antaranya ramai mahasiswa yang menganggur selepas berhutang. Lepasan perubatan masih menunggu posting. Kalangan yang telah tamat kursus perguruan antara mereka masih menunggu posting dan terpaksa membuat berbagai-bagai pekerjaan bagi menampung penghidupan. Ini tidak termasuk mereka yang tidak mempunyai kelulusan yang terus menganggur.
Ada dua sindrom yang ketara demi memperlihatkan bahawa zaman PH memerintah adalah dipanggil zaman  `Malaysia Baru`, maka `Demi Baharu`  dilihat ada tindakan yang semacam  kurang wajar, tidak matang dan menikam balik PH. Misalnya `Menghitamkan` apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu miskipun adalah baik. Pada peringkat permulaan kemenangan PH projek-projek penting seperti projek  ECRL, Bandar Malaysia dan beberapa yang lain dihitamkan, tapi semacam meludah ke langit, kedua-dua projek penting di atas disedari berfaedah, maka diteruskan termasuk penerusan tol, manakala Pan-Borneo terpaksa diteruskan kerana projek berkenaan sedang dijalankan.
Kemiskinan idea kadang-kadang lebih teruk dari kemiskinan material. Kemiskinan idea jika tidak dilakukan, maka ianya tidak maju, tetapi jika bertindak dengan idea yang dengkal, maka ianya memperlihatkan mutu dan tahap berfikir yang miskin. Satu yang memperlihatkan kemiskinan idea ialah oleh kerana untuk memperlihatkan `MALAYSIA Baru`, maka dirubahkan banyak perkara, hanya dari segi nama sahaja dan tidak substancenya. Menurut Utusan Malaysia (UM, 21.4.2019: 15) lebih dari 16 institusi dan projek yang telah  dikenali selama ini sengaja dijenamakan semula. Sebagai contoh.
KLIA yang dibuka sejak tahun 2,000 itu sudah established mau ditukarkan kepada SIA (Sepang International Airport). Apa perlu ditukar nama yang sudah terkenal itu ?  Sesungguhnya SIA (Kerja sia-sia).  Bayangkan berapa banyak kos yang terpaksa ditanggung bagi perubahan yang sia-sia ini yang sebenarnya mencerminkan kemiskinan  idea. Berapa pula usaha terpaksa dilakukan bagi mempopularkan nama baru itu ?
Perubahan-perubahan yang lain, antaranya ialah:
Klinik Malaysia  menjadi Klinik Komuniti
Pusat Transformasi Luar Bandar  = Pusat Klomuniti Desa
BRIM = Bantuan Sara Hidup
Kasut Putih (Anak Sekolah) = Kasut Hitam
TVET = (Terbaru dan sedang dicari nama baru !)
Dan banyak lagi yang bakal menerima perubahan. Apakah tak ada kerja lain yang lebih mencerminkan kematangan fikiran ? Lontarkan ideabaru yang segar dan besar yang nyata memanfaatkan.
Ini adalah sebahagian dari contoh bagi mnenunjukkan apa yang dikatakan selama ini bahawa  tidak cekapnya pemerintahan (Pendapat Daim Zainuddin). Sudah beberapa kali cadangan dilontarkan agar disusun kembali kabinet pemerintahan dengan memasukkan  profesional dan mereka yang berpengalaman, biarpun bukan dari ahli politik, tetapi cadangan demikian tidak diberi perhatian.
Jika segala kelemahan sedemikian dan yang lain tidak dibaiki, maka kelak prestasi pemerintah akan terus merudum ! Dan rakyat akan menghukum.
Sekian.

No comments:

Post a Comment