MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN DIDESAK DEDAHKAN
LAPORAN !
(Fikrah Bangi: 182),
BBB. 26 Rejab 1440H. = 02 April 2019M.
(Selasa):
Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di atas
ditubuhkan sejak tiga bulan yang lepas dan diberi tempoh 100 hari untuk
menyiapkan laporan. Ahli majlis diketuai oleh Tun Daim Zainuddin Bekas Menteri
Kewangan yang dipercayai Tun Mahathir. Majlis dianggotai lima tokoh terkenal, selain dari Tun Daim, iaitu Tan Sri Zeti
Akhtar Bekas Govenor Bank Negara, Mohd. Hassan Marican Bekas Tokoh Petronas,
Robert Kuok, Milion Air Gula dan Jomo Kwamie Sundram Tokoh Akademik.
Majlis bertujuan memberi nasihat kepada
kerajaan tentang kepincangan politik-pentadbiran yang lalu, nasihat bagi
mengatasi dan tentulah cadangan-cadangan bagi memperbaiki pentadbiran. Majlis
telah menyiapkan laporan dan harus didedahkan bagi maklumat orang ramai, tetapi
timbul pendapat bahawa laporan berkenaan tidak boleh didedahkan, bahkan laoran
itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan OSA (1972), akibatnya
sebagai reaksi timbul berbagai-bagai bantahan yang mau laporan itu didedahkan.
Antara yang membantah ialah 53 badan bebas (NGO) mendesak supaya laporan itu
didedahkan untuk pengetahuan orang ramai. Bekas Perdana Menteri lepas Najib Tun
Razak, maukan laporan didedahkan, Kerajaan PH mesti telus sebagaimana didakwa
sebagai perjuangan PH. Presiden Gerakan,
Datuk Dominic Lau Hoe Chai bertanya,
`Mengapa laporan mau diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) ? Ini
menurutnya bercanggah dengan janji PH yang mau hapuskan OSA. Turut
mempertikaikannya ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, manakala
Zaid Ibrahim bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertanya, mengapa laporan
diklasifikasi di bawa OSA, sedang OSA ialah mengenai Keselamatan
Walau bagaimana Tun Daim Pengerusi bagi
Jawatankuasa Penasihat berpendapat, laporan perlu didedahkan kepada orang
ramai. Menurut Azmin Ali Menteri Ekonomi, tiada masalah untuk didedahkan.
Menurutnya tiada apa yang hendak disembunyikan. Jomo juga tidak keberatan untuk
didedahkan kepada orang ramai.
Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim, mau
supaya Tun Dr. Mahathir diberi ruang untuk mengkaji sebelum dilaporkan kepada
orang ramai . Menurut Tun Dr. Mahathir ada beberapa perkara perlu diteliti
sebelumi dihebahkan. Ada yang berpendapat laporan berkenaan wajar di keluarkan
secara rasmi melalui parlimen.
Apa yang mau dilihat tentang kepincangan
politik dan pentadbiran kerajaan dahulu sebagaimana diwar-warkan. Sejauh
manakah kebenarannya. Kepincangan ekonomi yang menyebakan dikatakan negara
terhutang satu trilion itu. Masalah IMDB, kes-kes rasuah sebagaimana kes-kes
srdang dibawa ke Mahkamah sekarang.
Kita juga mau tahu sejauhmana keadaan
politik negara yang sedang ditadbir oleh PH. Apakah kalangan mereka tidak layak
mentadbir sehingga ada pihak-pihak mau supaya kabinet di reshuffllkan. Mereka
mempersoalkan ada kalangan mereka tidak jujur dari segi akuan kelulusan. Mereka
mau tahu tentang konsep `Malaysia Bahru` , apakan maksud baharu sebagaimana
disebut Najib bukan baharu, tetapi haru biru. Rakyat juga mau tahu tentang
janji-janji pilihanraya yang dibuat PH, sejauhmanakah telah ditunaikan.
Sejauhmanakah reformasi yang mau dibuat terhadap kementerian-kementerian utama.
Juga apakah reformasi terhadap parlimen yang telah dilakukan ?
Dari segi ekonomi, apakah perancangan PH
mau memulihkan ekonomi ? Mengapa kos hidup makin meningkat dan rakyat dari
petani, nelayan, boroh, peneroka Felda, pelajar-pelajar makin tertekan ? Tol
masih belum dihapuskan ? Dan berbagai-bagai lagi masalah ekonomi berdepan.
Mereka juga ingin tahu mengapa indeks Bahagfia penduduk Malaysia turun mendadak
dari kedudukan 35 di dunia kepada kedudukan 80 dari sejumlah 156.
Pada akhirnya rakyat mau melihat
cadangan-cadangan yang dibuat oleh Majlis Penasihat kepada pihak kerajaan.
Mereka akan menilai terhadap relevansi cadangan yang bererti mereka juga akan
menilai terhadap – Sejauhmana cadangan benar-benar bermutu atau sebaliknya.
Apakah cadangan laporan dapat diaplikasi terhadap masalah negara yang sedang
dihadapi ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment