PERSEDIAAN RAMADHAN
(Fkrah Bangi: 192),
BBB, 06 Sha`ban 1440H. = 12 April 2019M.
(Juma`at).
Hingga hari ini kita sudah lalui minggu
pertama Sha`ban dan tinggal lagi tiga minggu untuk kita mulai menunaikan puasa
Ramadhan yang dijangka jatuh pada 01 Ramadgan 14340H. ialah pada Isnin 06 Mei 2019. Namun negara kita yang sebok
dengan politik sepanjang tahun itu, bagai lupa dengan bakal kehadiran Ramadhan.
Bagi persediaan Ramadhan, biasanya masjid
dan surau-surau mengadakan pengajaran dengan
guru-guru tertentu di masjid-surau atau menjemput guru luar mengajar berhubung
dengan ibadat Ramadhan, kususnya selepas sambutan Isra`-Mi`raj, bukan para
jama`ah tidak faham dengan kaedah menunaikan ibadat puasa, kerana ianya
dilakukan saban tahun, di samping puasa-puasa sunat, tetapi melalui pengajaran, amalan ibadat Ramadhan disegarkan
kembali dengan pengajian. Dengan pengajian
dan perbincangan akan menambahbaikl lagi amalan ibadat Ramadhan.
Ramadhan adalah dilihat sebagai bulan suci
dan kudus, bulan dipertingkatkan ibadat dengan berbagai-bagai pengisian ibadat.
Bagi menyambut kehadiran Ramadhan dan pengisian, masjid-surau membuat persediaan
rapi dua tiga bulan sebelum tiba
Ramadhan, sambutan Ramadhan menjadi agenda dalam mesyuarat jawatankuasa masjid surau. Perkara yang dibincangkan,
misalnya meningkatkan peristasi solat, khususnya solat tarawih. Adalah menjadi kebiasaan kini
masjid-surau mau solat tarawih dan solat-solat yang lain dipimpin oleh imam-imam hafisz yang kancar
bacaan, dan bertarannum, Juga dengan bilal-bilal. Lantaran itu bagi persediaan Ramadhan diiklan dibuat kepada kepada
para hafisz untuk menjadi imam hafiz tambahan bagi tarawih dan solat-solat yang
lain. Juga dibincangkan tentang kumpulan-kumpulan tadarrus dan jangkaan untuk
khatam Qur`an.
Perkara yang penting dibincangkan bagi
persediaan Ramadhan ialah Peruntukan untuk berbuka dan moreh. Setengah masjid
Surau menyediakan juadah berbuka dan diadakan majlis berbuka secara ramai-ramai
dengan peruntukan yang berjumlah tiga ratus orang yang datang disediakan juadah
berbuka secara percuma untuk misalnya 300 orang bagi setiap petang berbuka. Ianya adalah masa paling
meriah yang dihadiri ramai jama`ah.. Persediaan juga untuk qiyam al-Lail –
minggu akhir Ramadhan, setengah menyiadakan sahur bagi yang mendirikan
qiyamullail. Pada bulan Ramadhan juga
disediakan bantuan kepada faqir-miskin di sepanjang bulan Rmadhan. Bahkan
peruntukan bagi menyanut raya juga disediakan.
Bagi melaksanakan berbagai-bagai kegiatan
Ramadhan sebagaimana disebutkan adalah
memerlukan peruntukan yang tinggi, namun pihak jawatankuasa pentadbir masjid
dan surau berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, pada bula Ramadhan
para jama`ah dan orang ramai suka menberma bagi segala kegiatan Ramadhan.
Mereka menderma misalnya untuk sponsor bagi Imam Ramadhan, untuk berbuka, dan
menderma untuk faqir miskin dan anak-anak yatim. Bagi setengah masjid
menyediakan peruntukan bagi Ramadhan melebihi dari seratus ribu. Jumlah
sebanyak ini disumbang oleh para jama`ah, yang setengahnya sponsor khas untuk
elaun iman, penceramah dan pentazkirah,bahkan menyediakan juadah Ramadhan bagi setiap petang - seorang menyediakan peruntukan.
Bulan Ramadhan adalah bulan bagi
mempertingkatkan ibadat dan masing-masing berlomba-lomba menyediakan peruntukan
dan pihak masjid menyediakan program sebaik mungkin. Bulan Ramadhan bulan jama`ah meningkatkan ibadat dan berbagai-bagai
amalan kebajikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment