AMANAHRAYA MENAKUTKAN ORNG RAMAI ?
(Fikrah Bangi: 200),
BBB, 14 Sha`ban 1440H. = 20 April 2019M.
(Sabtu).
Selama ini adalah menjadi sindrom ketakutan orang ramai untuk berurus mengenai
harta pesaka dengan Amanahraya. Bahkan selalu diungkapkan, ``Elak harta pesaka
dari sampai kepada Amanahraya.`` Selesaikan sama ada pada masa masih hidup atau
diwasiatkan atau diselesaikan menurut fara`idh dan jangan sampai kepada
Amanahraya.``
Jika harta smpai ke Amanahraya untuk
diselesaikan, maka antara risikonya
1) Sukar membuat urusan:
2) Pengurusan mengambil masa yang panjang
3) Sebahagian daripada harta akan susut diambil
oleh Amanahraya sehingga 15%.
4) Buat pembahagian dari awal masa hidup dan
wasiat
5) Pembahagian menurut fara`idh.
Untuk kefahaman para jama`ah Masjid Al-Umm,
pihak Jawatankuasa memang sejak bulan Februari 2019 menjemput Pakar Harta
Pesaka,, iaitu pensyarah bidang Wirathah dari Jabatan Syari`ah UKM
menyampaikan kuliah bulanman mulai dari bulan Februari 2019. Pensyarah yang
dimaksudkan ialah Dr. Mohd. Zamro bin Muda.
Beliau telah mengajar mengenai hukum hakam
dan pembahagian harta pesaka menurut fara`idh. Dari penyampaianya menunjukkan
beliau seorang yang mahir di dalam bidang fara`idh. Beliau bukan saja mengajar,
tetapi menjadi Pakar Rujuk mengenai wirathah, dirujuk oleh pengamal undang-undang, jabatan-jabatan agama
negeri dan oleh mereka yang berurusan dengan harta pesaka.. Kuliah masih
berterusan, insya Allah para jama`ah Masjid Al-Umm akan lebih faham mengenai
wirathah.
Secara kebetula pihak Amanahraya datang ke
Pejabat Masjid Al-Umm untuk berbincang, kiranya ada peluang pihak Amanahraya
mau menerangkan peranan Amanahraya di dalam mengendalikan harta-harta orang
Islam. Untuk mendapat kefahaman terutama mengenai ketakutan orang ramai untuk
berurus dengan Amanahraya, maka pihak Masjid menyediakan satu slot waktu pada
hari Juma`at malam pada 19 April. Kita difahamkan pihak Amanahraya sudah
mempunyai Pejabat Caangannya di Bandar Baru Bangi di Seksyen 8, bagi masayarkat
di Bandar Baru berurus. Walau bagaimana seorang saja pegawai – sepatutnya dua,
yang datang pada malam itu, iaitu Ustaz
Hilmi bin Abdul Hadi. Beliau adalah graduan dari Universiti Al-Azhar..
Penerangan yang diberi tidak begitu berbeza
dari apa yag dikuliahkan oleh Dr. Mohd Zamro. Misalnya pra-syarat sebelum
dilakukan pembahagian harta pesaka hendaklah selesai empat syarat:
1) Selesaikan perbelanjaan pengurusan jenazah
dengan menggunakan harta si mati
2) Selesaikan segala hutang si mati
3) Selesaikan bahagian harta sepencarian dengan si
isteri/suami si mati
4) Selesaikan wasiat si mati kepada bukan ahli
waris – tidak melebihi satu pertiga
Selepas itu barulah boleh dibahagikan
menurut fara`idh. Walau bagaimana menurut Ustaz Hilmi, banyak harta pesaka
tidak berselesaian dan tidak dituntut oleh waris. Menurutnya jumlah harta tak
diselesaikan:
1) 2006
sebanyak RM38 bilion
2) 2012
,, RM42 bilion
3) 2016
,, RM60 bilion
4) 2018
, RM 69 bilion.
Begitu banyak harta umat Islam yang beku
dan tidak berkembang. Kita berpendapat ini aset umat Islam yang perlu diurus
dengan baik dan profesional. Ia dapat dijadikan harat Umat Islam seperti Tabung
Haji. Ianya perlu dikenalpasti pemilik dan dapat mengambil faedah darinya,
disamping dijadikan satu lagi institusi kewangan umat Islam.
Adalah dicadangkan iaitu
1) Diadakan kongres harta pesaka Umat Islam
2) Wujudkan kumpulan harta wirathah umat Islam
ditadbir para profesional.
3) Urus harta umat Islam mesra pelanggan, tanpa
potongan, cukup pengurusan dari dividen
4) Keuntungan sama didapati oleh waris yang tidak
mau keluarkan dari harta wirathah
5) Modal
boleh dikembangkan sekianya ada keuntungan.
Kerajaan perlu bertindak untuk kepentingan
ekonomi umat. Jangan biarkan harta umat Islam terus beku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment