PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI: PERLU DIBERI
KEFAHAMAN
(Fikrah Bangi: 206):
BBB,
20 Sha`ban 1440H. = 26 April 2019M. (Juma`at).
Sebelum ini rakyat tidak begitu terdedah
dengan isu-isu perlembagaan dan perundangan sebagaimana kini. Rakyat berdepan
dengan tuntutan Sabah dan Sarawak agar hak kedua-dua negeri tersebut
sebagaimana di dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dihormati dan
dilaksanakan – Hak sama rata dengan Semenanjung Malaysia. Perkara ini
dibahaskan di Parlimen April 2019, meskipun gagal mendapat majoriti dua pertiga
(kurang 10 undi) , tetapi ianya menyedarkan rakyat tentang isu yang selama ini
terpemdam. Isu yang releven ini pasti akan dibangkit lagi dalam Parlimen pada
masa akan datang.
Rakyat juga didedah dengan perjalanan
undang-undang berhubung dengan tuduhan rasuah yang berlansung kes demi kes.
Perkara seperti ini belum pernah berlaku seperti ini. Rakyat didedah dengan isu
rasuah dan perjalanan undang-undang. Baik secara langsung atau tidak langsung
mereka terdedah dengan isu perundangan.
Mutakhir timbul isu perlembagaan negeri
berhubung dengan perlantikan Exco kerajaan Negeri Johor yang dikatakan tidak
mendapat green light dari Perdana Menteri (Star, 25.4.2019: 1).
Apa yang mengejutkan apabila perkara ini
ditanya kepada Dr. Mahathir, beliau menyatakan,
``Perlembagaan Johor Terengganu terbatal
apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk.`` (UM 25.4.2019: 4).
Kenyataan ini amat mengejutkan dan timbul
persoalan, ``Apakah selama ini kedua-dua negeri ini berlangsung tanpa perlembagaan
? Pada hal kita ketahui negeri mempunyai kuasa
sendiri, misalnya mengenai tanah, hasil bumi negeri, air, Hal Ehwal Islam dan lain-lain lagi.
Bagaimanakah dengan undang-undang yang sentiasa digubal di dalam DUN-DUN
kedua-dua negeri tersebut ?
Apa yang mengelirukan di atas terjawab,
apabila Pakar Sejarah Datuk Dr. Ramlah Adam mengingatkan, ``Dr. M perlu
berhati-hati keluar menyataan.`` (UM, 26.4.2019: 4). Beliau merujuk kepada
Fasal 71 Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan terhadap Perlembagaan
Negeri.
Manakala Abdul Aziz Bari, seorang pakar
undang-undang berhubung dengan perlembagaan, menyifatkan apa yang dikatakan
oleh Dr. Mahathir sekadar pendapat peribadi dan tidak penting. Ia bukan keputusan
mahkamah.` ` (UM, 26.4.2019: 4).
Pandangan bahawa perlu dihormati
Perlembagaan negeri, pernah diucapkan dalam media letronik oleh Dr. Sham Rahayu
yang juga Pakar Perlembagaan Negara.
Kita berpedapat selain dari negeri Johor
pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar Negeri itu, patut memberi
respond terhadap pandangan Perdana Menteri terhadap Perlembagaan negeri itu,
agar rakyat tidak dikelirukan dengan pandangan yang dinyatakan oleh Perdana
Menteri. Sikap berdiam diri tidak patut diambil oleh pimpinan di negeri itu,
kerana akan membuka ruang kepada berbagai spekulasi yang negatif.
Lebih dari itu respon berani dari kalangan
ahli akademik dan pakar-pakar perundangan patut dipuji. Sekurang-kurangnya
dapat memberi kefahaman terhadap rakyat mengenai aspek-aspek perundangan yang
penting yang patut diketahui.
Polimik dan perbincangan tentang
undang-undang mengenai isu-isu penting perlu terus dibincangkan dari masa ke
masa bagi kefahaman rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment