APA ITU STATUT ROM ? MENGAPA DIBINCANGKAN ?
(Fikrah Bangi: 187).
BBB, 01 Sha`ban 1440H. = 07 April 2019M.
(Ahad).
Selepas hangat dibicarakan isu ICERD, kini
dimunculkan pula isu Statut Rom. Apa itu Statut Rom ? Ia adalah peruntukan yang boleh menghukum
siapa-siapa yang melakukan jenayah perang dan pembunuhan. Sebagaimana implikasi
ICERD terhadap perundangan negara dan juga agama, sebagai contoh, bercanggah dengan undang-undang Sharia`at yang diamalkan di negara ini dan
juga tidak memberi perlindungan terhadap kedaulatan raja-raja di negara ini,
lagi pula meletakkan undang-undang negara di bawah kawalan luar, maka rakyat
negara ini secara majoriti menolaknya.
Menurut Tun Mahathir, ``
``The Goverment has been forced to retracted
it.``
Menurutnya ``90% menteri kabinet sokong
menerimanya. Orang ramai dikelirukan dengan persoalan, menggambarkan persoalan
sesuatu dengan gambaran buruk.`
(Star, 6 April 2019: 1).
Berita Harian melaporkan bahawa, ``Ada cubaan
mengheret raja-raja menentang kerajaan, yang menyebabkan pihak kerajaan menarik
balik `Ratifikasi Statut Rom` - Mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)
digugurkan, kerana ada pihak yang menjadikannya isu politik untuk memberi
gambaran buruk terhadap Kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk dikatakan
mengheret raja-raja menentang kerajaan. (BH, 6.4.2019: 1).
Kita berpendapat penolakan adalah berdasarkan
pengalaman pahit yang telah berlaku, iaitu `Krisis Perlembagaan yang berlaku
pada tahun 1993, iuaitu hilangnya imuniti Raja-Raja Melayu. Krisis melibatkan
kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir pada masa itu dengan raja-raja Melayu
melibatkan perlembagaan perkara-perkara 32, 38,, 42, 63, 72 dan 181. Dengan
perubahan yang berlaku selepas 1993 menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu.
Selepas dipinda, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Raja-Raja
Melayu yang melakukan kesalahan melalui Mahkamah Khas. (UM, 6.4.2019: 13).
Pengajaran dari krisis Perlembagaan 1993 itu
mengajar terutama Raja-Raja dan rakyat
agar perkara yang sama tidak berulang yang mengikat perundangan negara
di bawah kuasa luar.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Shari`ah dan
Undang-Undang, USIM Dr. Fareed Mohd Hassan,,
``Jika diterima Statut Rom memberi implikasi
terhadap undang-undang dan Perlembagaan
Persekutuan. Pertembungan yang menggoyahkan undang-undang dan
Perlembagaan Persekutuan. (UM, 6.4.19L 1).
Di samping penolakan dari rakyat banyak, Lim
Kit Siang Penasihat DAP melahirkan kekecewaan terhadap Malaysia yang menarik
diri daripada menyertai Statut Rom
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan dilihat sebagai langkah regresif. (MM,
7.4.2019: 9).
Sementara itu menurut seorang Senator (Yusman
Yusof) yang membicarakan soal Statut Rom melalui saluran 501 TV Awani pada
6.4.2019 semalam bahawa persoalan Statut Rom bukan baru,, ianya telah
dibicarakan seawal 1990 dan telah dibuat keputusan menolaknya pada zaman
Kerajaan BN sejak 2011. Beliau menyoal mengapa perkara yang telah diputuskan ini dibawa
kembali ?
Apakah ini mencerminkan perubahan yang mau
dibawa oleh Kerajaan PH dalam rangka Zaman dan Malaysia barunya ? Adakah ini juga ada kaitan dengan PRK
Sandakan yang akan berlangsung pada Mei depan ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment