TOK MAT MEMPUNYAI MISI PENTING
(Fikrah Bangi:186),
BBB,
30 Rejab 1440H. = 06 April 2019M.
(Sabtu).
Apabila Datuk Seri Mohamad Hasan
diserahhkan mandat sebagai Timbalan Presiden Umno dan menjalankan tugas-tugas
Presiden Umno sejak 18 Disember 2018,
kita masih kurang berkeyakinan Tok Mat mampu memimpin bagi memulihkan Umno yang
begitu teruk menghadapi kekalahan pada pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018. Ini
adalah kerana Tok Mat sebelum ini adalah pemimpin peringkat negeri di Negeri
Sembilan,, maklumat tentangnya dan kepimpinannya kurang terdedah.
Tetapi PRK Cameron Hinglands (26 Januari
2019) yang memberi kemenangan kepada BN diikuti dengan kemenangan PRK Semenyih (2
Mac 2019) yang kedua-duanya dengan majoriti yang besar menyerlahkan kepimpinan
Tok Mat. Dia membuat pendekatan kerjasama dengan Pas dan kemudian mengembalikan
kerjasama Umno dengan parti-parti komponan yang lain di dalam BN terutama
dengan MCA dan MIC, khususnya selepas kemenangan PRK Semenyih.
Pertandingan Tok Mat mempertahankan kerusi
Rantau yang tarikh pemilihan (13 April)
seminggu dari sekarang, bukan sekadar mempertahankan kerusi Dun Rantau, tetapi
mempunyai misi yang lebih besar. Tok Mat mempunyai misi bagi memulihkan Umno dan
BN. Kemenangan di Rantau adalah penting bagi meneruskan momentum kemenangan
yang dicapai di Cameron Highlands dan Semenyih. Kemenangan akan memperkukuhkan
Tok Mat sebagai pemimpin di Negeri Sembilan secara khusus dan kepimpinan pada
peringkat negara. Pada peringkat negeri, Tok yang telah berpengalaman memimpin
Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar akan dapat sama memandu dan memberi
bimbingan kepimpinan terhadap MB sekarang yang masih belum berpengalaman. Tok
Mat diakui oleh semua peringkat dan kaum di ngeri Sembilan seorang pemimpin
yang telah berjaya m,embawa pembangunan di Negeri Sembilan, termasuk di Rantau.
Rakyat di Rantau sendiri sama ada India, Cina, lebih-lebihg lagi Melayu
mengakui tentang jasa Tok Mat yang banyak di Rantau.
Kemenangan di Rantau perlu bagi Tok Mat bagi
mengukuhkan keyakinan dan kepimpinannya pada peringkat negara. Beliau yang
memangku jawatan Presiden Umno yang juga mengepalai pimpinan BN akan lebih
berwibawa dengan kemenangan di DUN Rantau. Misi besar Tok Mat bersama
rakan-rakan pimpinan di dalam Umno, BN dan dengan kerjasama Pas ialah bagi
mengembalikan kemenangan BN menguasai tampuk pemerintahan negara. Analisa
mutakhir, bahawa kerjasama antara BN dan Pas memungkinkan Umno dan BN akan
mendapat majoriti dalam pilihanraya ke 15 kelak. Ini ditambah dengan
pertanda-pertanda makin menurunnya sokongan rakyat terhadap PH. Ini diakibatkan
oleh beberapa faktor. Antaranya terjadinya perbalahan dan perpecahan di dalam
PH. Yang ketara antara PKR dengan Bersatu. PKR sendiri bermasalah antara
kepimpinan di dalamnya. Barisan kepimpinan dalam kerajaan sekarang dilihat lemah.
Sebahagian besar tidak berpengalaman dan tidak berkelayakan. Yang paling ketara
ialah janji-janji yang banyak dibuat tidak dapat ditunaikan. Keadaan ekonomi
negara masih lemah. Adalah dipersoalkan bagaimana hutang negara yang berjumlah
satu trilion itu, tiba-tiba mendadak rurun kepada hampir separuh (tinggal 686
bilion), benarkah kerana kenaikan KDNK semata-mata ?
Tok Mat mempunyai misi, andainya tidak
mencapai matlamat menukarkan kerajaan, maka BN dengan kerjasama Pas dapat
memperkukuhkan diri menjadi pembangkang yang kuat yang dengan secara langsung
mewujudkan sistem politik pemerintahan dua komponan parti.
Atas misi memperkukuhkan politik dua sistem pemerintahan dua komponan parti, maka
wajar diberi mandat kepimpinan kepada Tok Mat. Kemenangan di Rantau memperkukuhkan
kedudukannya dan menjadikannya lebih berwibawa sebagai pemimpin kini dan masa
depan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment