ALU-ALUKAN PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH FELDA
(Fikrah Bangi: 184),
BBB,
28 Rejab 1440H. = 04 April 2019M. (Khamis).
Cadangan untuk membentangkan kertas putih
mengenai Felda pada 10 April 2019 dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung
sekarang amat dialu-alukan. Kertas ini pernah ditangguhkan dari sidang yang lalu
atas nasihat Jabatan Peguam Negara,
kerana mungkin memerlukan maklumat yang lebih terperinci dan
pembentangan yang lebih rapi.
Rakyat, lebih-lebih mereka yang terlibat
dan ada hubungan dengan Felda mau tahu, apakah masalah yang dihadapi sebenarnya oleh Felda. Felda pernah
disifatkan sebagai perladangan terbesar pernah dibuka di dunia dan dikendalikan dengan teratur. Mereka yang
terlibat dengan Felda, lebih-lebih lagi peneroka merasa bangga, bahawa warga
Felda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Felda adalah perancangan yang dicetus oleh
Tun Razak, bagi membela nasib rakyat miskin bermula dari Rancangan Lembah Belot
di Pahang pada tahun 1960an dan berkembang ke seluruh negera dan disertai semua
kaum, tetapi banyak daripada mereka orang Melayu. Pembukaan tanah ladang yang
kemudiannya berkembang luas ke seluruh negera dilihat bukan saja sumber ekonomi
kepada peneroka, tetapi sumber utama ekonomi negera dengan pengeluaran kelapa
sawit, sebelum munculnya hasil petroleum mengambil tempat.
Namun zaman kemakmuran yang dinikmati
peneroka dan juga negara menghadapi masalah sesudah sekian lama Felda diurus
dan berjalan dengan baik. Peneroka yang mendapat pulangan yang baik, tiba-tiba
menjadi terbalik.
Felda dikatakan berhutang sebanyak RM779 bilion
! (BH, 6.12.2018: 1).
Manakala peneroka yang seramai 112,635 orang berhutang dengan Felda sebanyak RM5
bikion dan Felda tidak akan menghapuskan hutang ini (BH, 10.12,2018: 12).
Alangkan banyak hutang Felda dan alangkan
terbebannya peneroka yang memberi hasil kepada Feldan dan negara terbeban
demikian rupa. Gerangan apakah terjadi sedemikian. ?
Kini taraf hidup peneroka meosot dan begitu
menderita. Mereka berstatus miskin dan terpaksa
ikat perut. Habuan yang dinikmati selama ini jauh berkurangan dan sebenarnya
hilang jika dikira dengan hutang yang ditanggung.
Bagi meringankan beban mereka kerajaan
bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM577 juta bagi meringankan bebanan yang
ditanggung oleh peneroka Felda. Jumlah ini adalah tidak cukup. Ianya sebagai
memenuhi tuntutan sara hidup harian peneroka yang di dalam keadaan kesempitan.
Walau bagaimana Felda tak dapat dipulihkan dan dianggap semakin tenat.
Menyedari tentang masalah yang dihadapi
Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor yang pernah menjadi Pengerusi Felda menyeru pihak
kerajaan agar menyelamatkan Felda dengan
memberi peruntukan sebanyak RM7 bilion agar Felda dapat kembali
beroperasi. Namun cadangan ini tidak mendapat respond dari pihak pemerintah.
Berang dengan kesempitan peneroka Felda
NGO-NGO dalam Permuafakatan di Feldan yang diketuai oleh Datuk Mazlan Alimin yang juga selaku Pengerusi
Lembaga Peladang Malaysia mendesak kerajaan PH yang berjanji menyelesaikan
masalah Felda agar bertindakdan menunaikan janji.
Kita kira pembentangan kertas putih
mengenai Felda nanti akan mendedahkan penyelewengan di dalam Felda dan tindakan
akan diambil, bahkan sedang diambil. Tetapi yang lebih utama dari mengenal
pasti penyelewengan dan tindakan diambil terhadap penyeleweng, ialah bagaimanakan
plan tindakan yang diambil bagi menyelamat dan memulihkakan Felda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment