March 29, 2019

POLITIK PERLU DINAMIK DAN KREATIF


POLITIK PERLU DINAMIK DAN KREATIF
(Fikrah Bangi 188),
BBB, 22 Rejab 1440H. = 29 Mac 2019M. (Juma`at):
Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK Rantau. Sebagaimana telah diperkatakan bagi PRK Rantau ini agak kurang meriah dan sepi berbanding dengan PRK-PRK sebelum ini. Sebagaimana disebutkan, kemungkinan pihak PH kurang berkeyakinan setelah dua kali berturut-turut kalah dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Apa lagi yang dijangka bertanding di situ yang mempertahankan kerusi ialah Dato` Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno yang mnenjalankan tugas-tugas Presiden yang juga adalah Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Sebagai anak tempatan klemungkinan beliau akan mendapat simpati tinggi dari pengundi-pengundi. Walau bagaimana Tok Mat jangan terlampau yakin, sebaliknya tumpuan seharusnya diberi tak kurang dari apa yang dilakukan di Cameron Highlands dan Semenyih.
Dalam keadaan sekarang kita gembira melihat prestasi Umno dan Bn dengan kerjasama Pas makin pulih dan kembali mendapat kepercayaan rakyat. Walau bagaimana dalam masa rakyat . khususnya dari kalangan Melayu kembali memberi kepercayaan kepada Umno-BN dengan kerjasama Pas, kita berharap ianya menjadi tapak bagi mengukuhkan dua komponan parti yang akan menjadi alternatif bagi memilih parti yang dianggap layak memerintah.
Dalam keadaan sekarang kedua-dua pihak ada kelemahan dan perlu diambil peluang oleh kedua-dua pihak. Pihak pemerintah yang mempunyai kelebihan dari segi kekuasaan, tetapi menghadapi kemerosotan dari sokongan rakyat tentulah dan sepatutnya memperbaiki prestasi PH dimata rakyat. Antara perkara utama perlu menunaikan janji-janji yang  belum ditunaikan. Memperbaiki prestasi ekonomi negara, meringankan beban kehidupan rakyat. Mmemperbaiki prestasi ahli-ahli kabimet yang disifatkan oleh banyak pihak tidak berpengalaman dan setengah tidak berkelayakan. Walaupun banyak kali dicadangkan supaya di reshuffle kabimet dan meletakkan orang-orang yang berwibawa dan tidak semestinya dari kalangan ahli parti, tetapi cadangan sedemikian tidak mendapat respond, kabimet yang sedia ada masih berterusan. Tak kurang penting perbalahan yang berlaku di dalam komponen PH perlu direda dan diselesaikan, kerana ianya memberi imej buruk kepada rakyat. Sikap anti Barat nampaknya kembali bertapak lantaran ianya menjadi sudut pandangan pemmpin dan ianya tidak menguntungkan negara dari segi kerjasama antarabangsa dan dari segi kepentingan ekonomi negara.
Bagi komponan pembangkang yang mulai pulih dan mendapat kembali kepercayaan rakyat tidak seharusnya bergantung kepada perubahan kepercayaan rakyat semata-mata, tetapi dalam masa yang sama seharusnya menampilkan Wawasan Baru dan segar kepada rakyat, tidak bergantung pada pola pendekatan lama yang dianggap lapuk dan ketinggalan zaman – tiada pembaharuan.
Umno dan BN yang mulai pulih dengan kerjasama Pas seharusnya menampilkan Gagasan Baru yang segar yang dapat menarik sokongan rakyat. Yang penting perlu ada `Think Tank` bagi komponan Umno-BN dan kerjasama Pas. Mereka yang berwibawa hendaklah ada di dalam `Think Tank ini bagi memikirkan pendekatan baru dan segar yang harus dikemukakan kepada rakyat. Perkara ini seharusnya mulai dapat diperkatakan kepada rakyat Rantau dan tempat-tempat lain, bahkan menjadi panduan dan visi dan misi masa depan. Persoalan yang penting harus mendapat jawapan.
1)      Umno sebagai parti induk seharusnya tidak semata-mata bersifat Malay Centric, tetapi bersifat Malaysian Centric disamping menjaga kepentingan Melayu.
2)      Bagaimana mengangkat wibawa MCA sebagai parti diyakini bukan saja orang Cina tetapi oleh semua kaum.
3)      Kedaan yang sama dengan MIC, juga mendapat sokongan semua kaum.
4)      Peranan Pas dan bagaimana dengan ideologinya dapat berkrompomi dengan parti-=parti yang lain.
5)      Memberi penjelasan bagaimana konsep kaum  masih releven di dalam politik semasa. Sigmificant dapat dilihat kepada sejarah dan tradisi politik Malaysia yang bersifat toleran yang seharus diteruskan bersesuaian dengan keadaan semasa.
6)      Mencari gagasan dan slogan yang sesuai bagi Komponan BN dan yang bekerjasama – termasuk kesesuaian dengan parti-parti politik di Sabah dan Serawak. Misalnya dengan menampilkan `Konsep Perpaduan Dan Keharmonian – Berdepan dengan gagasan `Parti Harapan`
7)      Menawarkan kepada rakyat Kemajuan Ekonomi disamping mempertahankan tradisi (semua kaum).
8)      Memupuk nial Malaysia yang menekankan kejujuran dan amanah.
9)      Mmempertahankan Perlembagaan Malaysia.
10)   Dasar Luar yang harmoni dengan semua negara dan mempertahankan kepentingan Malaysia.
Di atas sebagai contoh. Tentulah dengan adanya `Think Tank` yang berwibawa banyak lagi output yang bermutu dapat dihasilkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment