KEJUTAN PEMBUNUHAN DI MASJID DI NEW ZEALAND
(Fikrah Bangi:
176),
BBB, 09 Rejab 1440H. = 16 Mac 2019M/ (Sabtu).
Sedang kejutan dalam negara berkenaan racun
kimia di Pasir Gudang, Johor Bharu masih
belum reda, kini kejutan lagi berlaku di luar negara, iaitu berita mengenai
tembakan terhadap jamaah muslimin yang menunaikan Jumaat semalam di
Christchurch, iaitu di Masjid Al-Noor dan Masjid dan Masjid Khadijah Liuwood
Islamic Centre. 49 terbunuh dan 48 tercedera, termasuk tiga rakyat Malaysia.
Seorang daripada mereka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari
tubuhnya dan akan mengalami pembedahan kali kedua. Kini keluarga bagi mangsa
yang cedera ini diusahakan untuk membawa keluarganya – Ibunya Puan Rahimah dan
keluarganya Puan Khadijah dan Rukiah dari
Pulau Pinang bagi menemui mangsa. Dua
lagi mangsa adalah selamat.
Pembunuhan nampaknya bukan dilakukan oleh
pihak yang tidak siuman sebagaimana sering berlaklu di Amerika. Tetapi satu
kesamaan antara New Zealand dan Ameriak, iaitu kebebasan menggunakan senjata
api. Kini selepas peristiwa ini Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden bercadang untuk menyekat dari penggunaan
senjata api automatik sedemikian secara bebas.
Imam-imam di Masjid New Zealand di
Christchurch ini seperti Imam Encik Shazli dan Imam Khan yang kebetulan rakyat
Malaysia yang diinterview oleh TV Awani, menyifatkan bahawa penduduk di
Christchurch khususnya dan penduduk di New Zealand umumnya adalah hidup di
dalam aman damai. Tidak ada perasangka antara penduduk asal – Moari dan kulit
Puteh dan pendatang . Sikap buruk sangka. Mereka tidak ada prasangka buruk
terhadap orang Islam yang datang menetap di New Zealand, bahkan mereka
menghormati kepercayaan beragama, termasuklah orang-orang Islam
Kejadian pembunuhan adalah diluar jangkaan dan
pihak pembunuh – empat orang termasuk seorang perempuan adalah merupkan rakyat
Australia yang datang ke New Zealand dengan motif tertentu. Mereka membawa
bersama mereka motif benci terhadap kaum pendatang termasuklah orang-orang
Islam. Adalah perancangan mereka untuk membunuh. Ini dirancang begitu rapi sejak
bertahun-tahun yang lepas.
Tempat yang paling berkesan untuk melakukan
pembunuhan ialah ketika orang-orang Islam berhimpun dalam jumlah yang ramai.
Waktu perhimpunan bagi orang Islam ialah tidak lain dari waktui solat Jumaat.
Demikianlah yang menjadi sasaran mereka ialah di Masjid Al-Noor dan Masjid
Khadijah di Christ chirch.. Waktu berhimpun secara padat ini, tetatulah tiada
sebarang senjata dibawa oleh para jamaah. Ini ialah bersolat adalah ibadat yang
dilakukan secara aman. Waktu sedemikian mereka menyelinap dengan membawa
senjata rifle automatik dan menembak jamaah yang baru pada peringkat permulaan
dalam menunaikan Jumaat. Ternyata mereka sengaja menggunakan senjata automatik dengan letusan peluru secara
berterusan. Mereka kebanyakan tidak sempat mencari perlindungan dan 49 dari
mereka meninggal dunia – syahid, manakala 48 lagi cedera dan mendapat rawatan
termasuklah seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang yang tercedera dan
terpaksa mengalami pembedahan bagi mengeluarkan peluru.
Ternyata sifat dendam sebahagian dari kalangan kulit putih berterusan. Mereka tidak
menyukai pendatang, khususnya dari kalangan kulit hitam, termasuk dari
Malaysia. Ternyata di New Zealand ramai rakyat dari Malaysia menetap di sana,
kerana ini sesuai dan aman damai.
Imam masjid ketika ditanya reaksi mereka
tentang pembunuhan dan sikap yang diambil, bahawa umat Islam tidak takuit dan
akan terus berdakwah dan hidup dalam keadaan harmoni. Dalam tragedi yang
berlaku semua kaum di sana melahirkan simpati dan datang sama mengucapkan
takziah dan memberi semangat kepada orang Islam. Mereka tidak ditolak,
sebaliknya diterima sebagai komuniti dalam masyarakat di New Zealand.
Sekian.
No comments:
Post a Comment