March 21, 2019

PENCEMARAN DAN PERMAKANAN


PENCEMARAN DAN PERMAKANAN
(Fikrah Bangi: 180).
BBB: 14 Rejab 1440H. = 21 Mac 2019M. (Khamis):
Isu mengenai pencemaran Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang dikesan sejak 7 Mac 2019 yang menyebabkan kesan keracunan terhadap 111 buah sekolah dan lebih 4,000 penduduk telah diperiksa dan kini mulai reda. Namun sekolah-sekolah masih ditutup. Berikut dari peristiwa Sungai Kim Kim yang mengemparkan itu timbul berbagai-bagai aduan tentang pencemaran sungai di berbagai tempat. Kita berharap dari peristiwa Sungai Kim-Kim ini memberi kesedaran pihak berkuasa – terutama kementerian dan jabatan Alam Sekitar dapat memberi perhatian yang serius terhadap sungai-sungai yang tercemar dan bidang-bidang pencemaran yang lain.
Satu bidang yang mau dibangkitkan ialah pencemaran terhadap sumber  permakanan. Di dalam Islam, makanan yang baik adalah makanan yang halal. Orang-orang Islam diharamkan memakan makanan yang haram dan mereka dibenarkan makan makanan yang halal. Lebih daripada halal, makanan tersebut adalah yanfg baik yang dikenali dengan tayyiban, iaitu halalan tayyiban. Makanan yang halal misalnya jika buruk dan rosak dan boleh memudaratkan kesihatan, maka ianya bukan yang tayyiban.
Satu aspek yang mau dibangkitkan, bahawa pengguna mendapat sumber makanan mereka dengan membeli dari pasar-pasar, kedai-kedai dan dari mana sumber makanan boleh didapati dan dibeli. Sebahagian dari barangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mendapat logo halal yang memberi keyakinan pada pengguna tentang halal dan baik.
Namun sebahagian  sumber bahan mentah yang didapat dari misalnya pasar-pasar seperti buah-buahan, sayur-sayura, ikan dan daging kadang-kadang meragukan dari segi tayyiban. Misalnya kemasukan buah-buah dari negara-negara jiran  adalah melalui pemeriksaan teliti bahawa ianya tidak disembur  atau diselam ke dalam bahan-bahan beracun untuk menjadikannya lebih tahan. Keadaan ini juga berlaku kepada sayur-sayuran dari luar, bahkan tempatan setengahnya sengaja menggunakan bahan kimia untuk menjadikannya lebih tahan. Keadaan juga berlaku terhadap ikan-ikan yang dikatakan diawit  terlebih dahulu supaya tidak lekas rosak. Keadaan ini berlaku tidak saja pada sumber ikan dari luas, tetapi juga ikan-ikan tempatan.
Untuk menjamin bahan-bahan makanan yang didapati oleh pengguna-pengguna yang didapati dari pasar-pasar malam, pasar tani dan pasar-pasar biasa dan kedai-kedai yang menjual bahan-bahan tersebut, bagaimanakan mekanisme dilakukan oleh pihak berwajib bagi menjamin  bahan-bahan berkenaan tidak mengandungi racun yang mengancam kesihatan pengguna-pengguna. Ianya melibatkan tahap kemasukan dari luar. Sejauhmanakah bahan-bahan makanan dari luar, khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran diperiksa dan dipastikan ianya tidak mengandungi racun yang membahayakan kesihatan pengguna.
Perkara ini tidak saja melibatkan bahan-bahan makanan yang diimport dari luar, tetapi bahan-bahan tempatan. Sejauhmanakah kawalan dibuat terhadap bahan-bahan makanan tempatan  seperti buah, sayur, ikan dan lain-lain dikawal ? Oleh kerana bahan ini langsung dibawa ke pasar oleh peniaga-peniaga, maka adalah wajar bagi pengutkuasa datang membuat pemeriksaan terus di pasar-pasar, juga pasar malam, bukan saja bagi memastikan harga-harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenang, tetapi lebih penting ianya terselamat dari bahan-bahan kimia yang beracun.
Melihat kepada penyakit-penyakit yang dialami oleh rakyat, kini penyakit kenser dengan berbagai-bagai jenis kanser banyak meragut nyawa penduduk, juga berbagai penyakit kronik yang membunuh adalah dibimbangi penyakit kanser ini diakibatkan oleh permakanan yang beracun.
Nyawa setiap rakyat adalah berharga. Adalah diharap pihak berkuasa mempastikan pencemaran tidak saja dikawal dan dibasmi dari sungai  dan udara, tetapi pencemaran hendaklah tidak berlaku pada sumber-sumber makanan. Sebab itu kuatkuasa dan pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap sumber makanan supaya bebas dari racun berjadual dan tidak berjadual agak rakyat di dalam keadaan sihat dan bebas dari racun perosak.
Sekian.

No comments:

Post a Comment