March 3, 2019

SEMENYIH MENGULANGI KEJAYAAN MENGUKUHKAN KEYAKINAN


SEMENYIH MENGULANGI KEJAYAAN MENGUKUH KEYAKINAN
(Fikrah Bangi: 166),
BBB, 26 Jamail-Awwal 1440HG. = 03 Mac 2019M. (Ahad).
Semenyih menulangi kejayaan selepas memenangi pilihanraya Parlimen Cameron Highlands pada 25 Januari  2019 yang lepas. Ini selepas kekalahan BN kepada PH di dalam beberapa PRK di Selangor sebelumnya,  diikuti dengan kemenangan PH di Port Dickson. Lebih manis pada kali ini, kalau pada pilihanraya di Cameron Highlands adalah bersifat mempertahankan kemenangan sebelumnya kali ini adalah merampas kerusi Semenyih dari tangan PH dengan majoriti yang besar dengan Zakaria Hanafi dari UMNO (BN) mendapat               19.780
Manakala Muhammad Aiman PH   17,866
Majoriti                                                  1,914
Kemenangan di atas adalah kombinasi kerjasama antara Umno dan Pas yang Umno kuat pada kawasan-kawasan tradisional Melayu seperti diBeranang, Rinching, Tasik Kesuma dan Sasapan Kelubi, manakala Pas mempunyai pengaruh – berdasarkan Penulis menjadi ADUN Bangi 2008-2013, iaitu di  Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah kawasan yang kuat dengan Pas pada masa kawasan berkenaan di bawah DUN Bangi..
Menurut The Star kawasan Semenyih yang mempunyai majoriti Melayu yang tinggi itu (69.256%) tidak sabar lagi dengan karinah pimpinan PH yang tidak dapat melunaskan janji-janji yang dibuat pada pilihanraya yang ke 14 lepas (9 Mei 2018).
Nampaknya usaha PH memburukkan Pas dan cuba dikaitkan dana IMDB dengan Pas  menjelang PRK Semenyih tidak berjaya, diikuti dengan pembekuan akaun beberapa pimpinan Pas dan rampasan kereta mewah beberap pimpinan Pas nampaknya tidak memberi kesan. Pengumuman tiada tol di 4 lebuhraya utama mulai dari jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi juga tidak berkesan.
Dengan kemenangan BN secara seturut ini memberi keyakinan terhadap UMNo (BN) dan Pas mendepani PH  pada pilihanraya-pilihanraya yang akan  datang. Rantau adalah kerusi yang akan dipertandingkan pada peringkat Negeri Sembilan yang dijangka PRK Rantau  ini ditandingi dan mempertahankan  kerusi oleh Tok Mat sendiri yang merupakan Timbalan Presiden Umno yang memangku tugas-tugas  Presiden UMNO.
Jika formula kerjasama antara Umno dan Pas dapat diteruskan dan kejayaan dapat dicapai pada pilihanraya akan datang, maka ianya merupaka `Arus Balik` yang mengancam PH yang baru memerintah sembilan bulan itu. Bagi mempertahankan kedudukan PH perlu berusaha menunaikan janji-janji yang dibuat – termasuk janji mau menyerahkan kepimpinan PH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang dibuat pada peringkat permulaan pillihanraya dan pada awal kemenangan PH. PH perlu juga memeriksa, mengapa orang Melayu mulai tidak menyenangi PH. Mereka mungkin merasa kehilangan dan tergugat dari polisi dan tindakan secara langsung atau tidak langsung  PH. Kemarahan mereka terhadap berbagai-bagai perkara perlu  ditangani sebaik mungkin. Bagi Umno dan Pas, kerjasama mereka mendatangkan kejayaan, tetapi bagi masa panjang  Umno dan Pas perlu bekerjasama dengan kaum-kaum lain bagi mendepani PH dan menarik sokongan berbagaibagai kaum pada masa akan datang.
Bagi tujuan di atas Umno dan Pas perlu mencari formula yang dapat menarik sokongan berbagai kaum. Jika kerjasama tidak dapat berjalan dengan MCA dan MIC, Umno dan Pas perlu mendapat rakan dari sebuah parti yang multi rasial bagi mengimbangi PH.  Kalau perlu menaja misalnya `Parti Perpaduan Malaysia (PPM)` yang menjadi komponan atau bertahap kerjaama yang dapat menarik sokongan berbaga-bagai kaum. Umno dan Pas hendaklah sama berusaha untuk memerintah.
Jika PH dan kerjasama Umno, Pas dan parti multirasial dapat diwujudkan, maka ianya akan dapat mengimbangi PH. Untuk masa depan PH dan UMNO-Pas dan parti multirasial dapat mengwujudkan sistem dua komponan parti yang dapat bergilir memerintah menurut pilihan rakyat.
Sekian.

No comments:

Post a Comment