March 9, 2019

ARUS BALIK POLITIK TANAH AIR


ARUS BALIK POLITIK TANAH AIR
(Fikrah Bangi: 170),
BBB,  02 Rejab 1440H. = 09 Mac 2019M. (Sabtu).
Kemenangan PH  pada pilihanraya ke 14 (9 Mei, 2018) adalah tsunami politik Malaysia yang menjatuhkan kerajaan BN.  Seterusnya di dalam beberapa pilihanraya kecil berlaku secara berturut di Selangor memperlihatkan PH begitu utuh dan tak tercabar dan puncak ialah kemenangan pilihanraya parlimen Port Dickson oleh Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2018. Ianya bagai tidak tercabar dan pernah diungkapkan oleh pimpinan PH Umno akan berkubur.
Namun di sebalik tsunami politik, perlahan berlaku `Arus Balik Politik`  diakibat oleh  berbagai faktor. Paling utama dan popular yang menjadi imej ketara bagi PH adalah kerana  PH disifatkan tidak menunaikan janji. Rakyat makin tersepit oleh kerana kos hidup yang makin meningkat. Dari satu segi adalah dilihat banyak polisi dan perubahan baru menjadikan Melayu banyak mengalami kehilangan. Protes pertama ialah dari hasil pilihanraya Parlimen Cameran Hinglands  pada 26 Januari 2019 dalam mana Umno (BN) adalah menang besar dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti 3,238 undi. Antara faktor kemenangan ialah kerjasama antara Umno dan Pas dalam pilihanraya tersebut. Semangat dan kerjasama ini diteruskan kepada PRK Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, hasil dari kerjasama antara Umno dan Pas sekali lagi Umno (BN) melalui calonnya Zakaria Hanafi  menang dengan majoriti tinggi, iaitu 1.914 undi. Ternyata kerjasama antara Umno dan Pas dengan isu-isu yang telah diperkatakan berlaku `Arus Balik Politik`.  Dengan faktor penyatuan ini timbul semacam ketakutan di kalangan pemimpin-pemimpin PH. Ada yang menyifatkan kerjasama antara Umno dan Pas sebagai `Perang` terhadap PH.
Sementara isu-isu yang merapatkan kerjasama antara Umno dan Pas ditingkatkan lagi oleh isu-isu penghinaan terhadap  Islam, penghinaan terhadap Nabi Muhammad,  penghinaan terhadap Agong dan pengabaian dan penghakisan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kian terasa.
Kemenangan Umno (BN) dalam  dua pilihanraya mutakhir memberi semangat yang tinggi terhadap kedua parti itu dan mereka berikrar akan berusaha bermati-matian bagi memenangi PRK Rantau 13 April 2019 yang akan dipertahan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan selaku  Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden.
Sementara itu dengan kemenangan Umno di Cameron Highlands dan Semenyih memberi keyakinan bukan saja kepada Umno dan Pas, tetapi juga kepada parti-parti komponan di dalam BN. Kalau sebelum ini pihak MCA dan MIC bercadang untuk keluar dari BN, maka dengan keyakinan kembali masyarakat terhadap Umno, makapendirian MCA dan MIC turut berubah. Keputusan mesyuarat BN semalam, (8 Mac 2019) menghasilkan keputusan positif, bahawa Barisan Nasional akan terus kekal sebagaimana sebelumnya (The Star, 9.3.2019: 1). Pihak Pas yang selama ini tidak disetujui  oleh MCA bekerjasama, nampaknya tidak lagi menjadi halangan. Jadi kedudukan BN yang kelihatan hampir dibubar itu kembali kukuh. Ianya dikukuhkan lagi dengan kerjasama Pas dengan BN tersebut. Dengan kerjasama ini memantapkan lagi Umno dalam menghadapi pilihanraya di Rantau.
Kalau dengan kemenangan Umno di Cameron Highlands dan Semenyih memperlihatkan bahawa `Arus Balik Politik`` sedang berlaku dalam politik tanahair`, maka dengan kerjasama antara Pas dan BN maka `Arus Balik Politik` kelihatan sedang pasang secara lebih laju dan cepat. Kecergasan kembali BN dan keaktifan Pas sebagai penyokong yang kuat dan berkesan akan menghangatkan lagi suasana politik tanahair. PH semakin tercabar dengan janji-janji yang tidak ditunaikan dan polisi-polisinya yang tidak menyenangkan.
Sekian.

March 8, 2019

PERTAHAN BENTENG UMAT ISLAM

PERKUKUH BENTENG UMAT  ISLAM PERKUKUH BENTENG UMAT  ISLAM
(Fikrah Bangi:  169),
BBB, 29 Jamadil-Akhir 1440H. = 06 Mac 2019M. (Rabu).
Dalam masa umat Islam menghadapi ancaman dari luar dan dalam, maka pendekatan yang paling baik ialah memperkukuhkan pegangan umat. Kini menjadi-jadi penghinaan terhadap Nabi dan terhadap Islam itu sendiri. Bentuk serangan yang lain ialah untuk merosakkan pegangan Islam melalui suntikan fahaman misalnya liberal yang melihat dan  menekankan  bahawa misalnya dikatakan ``Semua agama adalah sama.``Tidak ada agama yang menerima kejahatan, sebab itu tujuan agama adalah sama, bahkan betul.`` Demikian dengan pandangan yang bersifat pluralisme, misalnya kepelbagaian faham dan kepercayaan dapat disatukan dan tiada batas-batas pemisahan dan halangan.`` Sewajarnya tiada halangan di bawah satu bumbung dan dalam satu keluarga bebas menganut kepelbagaian agama dan boleh berlaku perkahwinan antara  agama dan kekal dengan kepercayaan masing-masing. Dan boleh pula tidak beragama, sebagai kehidupan pluralisme dan liberalisme. Pada akhirnya  berlaku kacau bilau dan kerosakan dari segi sistem pengibadatan, kekeluargaan dan hukum hakam.  Serangan yang dilakukan ialah dengan tujuan untuk melemahkan umat Islam. Kiranya kelemahan dapat dilakukan, maka mudahlah memecahbelah dan melemahkan umat Islam. Kalau boleh mereka bukan lagi dikenali sebagai umat Islam. Semuanya bebas dan tiada ikatan keagamaan. Pada masa itu, tiada lagi sistem kekeluargaan, tiada sistem nilai berasaskan agama, dan tiada nilai keakhlakan yang kukuh.
Menengkis serangan dari faham liberal, pluralisme  dan kebebesan beragama dan tidak beragama (etheis) tidak lain daripada mengukuhkan pegangan umat Islam terhadap Islam. Benteng yang paling utama ialah memperkukuhkan pegangan akidah dengan memahami rukun iman dan rukun Islam. Pengajian akidah hendaklah diajar terhadap anak-anak sejak dari sekolah. Pengajian ini dapat diikuti pada kebiasaannya diajar di masjid dan surau. Dalam pengajian hendaklah mengikut kaedah dan pengajian yang sama di dalam Ahlu al-Sunnah dan jama`ah. Misalnya akidah mengikut pendekatan Ash`ari atau Maturidi yang berasaskan Al-Qur`an dan Al-Hadith dan jangan dibiarkan, ianya dicampuradukkan dengan faham misalnya Shi`ah, Wahabi dan sebagainya  agar tidak berlaku kekeliruan dari segi pegangan akidah.
Penyelarasan juga dilakukan dari segi syari`at. Pegangan hendaklah menurut mazhab yang diikuti umum seperti pegangan terhadap pendekatan Imam Shafie yang menjadi panduan ibadat di kalangan umat Islam di negara ini. Ianya juga jangan dikeliru dengan mazhab yang lain seperti Shi`ah, Wahabi, bahkan dengan imam mazhab yang lain agar tidak berlaku kecelaruan di dalam amalan  ibadat sehingga tidak berlaku perbalahan amalan misalnya tentang  tidak membaca qunut  pada solat subuh di masjid. Tidak dipersoalkan dari kaedah bersolat diakhir dengan wirid, tahlil dan sebagainya. Ianya adalah merupakan  budaya beribadat yang telah diamalkan sejak  dulu. Ianya satu kebaikan yang diasaskan berdasarkan ayat Al-Qur`an dan Al-Hadith. Pendekatan ini sudah  diamalkan di kalangan masyarakat  Islam  di negara kini. Acara-acara keagamaan ini biarlah terus hidup dan merupakan pendekatan yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat Islam di negara ini, bahkan dirantau ini. Ianya adalah kemurnian yang  baik dan indah dan sesuai dari segi kerohanian.
Kelangsungan benteng akidah amalan ibadat di kalangan umat, adalah  berlaku  di masajid-masjid dan surau-surau yang dipimpin oleh imam-imam dan guru-guru yang berpengalaman.  Masjid-masjid dan surau-surau adalah institusi penting bagi umat Islam. Masjid dan surau  adalah tempat ibadat, tempat pengajian dan kegiatan kemasyarakatan.
Institusi ini hendaklah dipertingkatkan dari segi kegiatan,pengajian  akidah,  ibadat dan kegiatan kemasyarakatan, Ianya hendaklah diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terancang dan jangan dibiarkan  dimasuki unsur luar yang mengelirukan. Sebab itu institusi masjid dan surau perlu dikawal dan dipantau.
Masjid dan surau  hendaklah menjadi pusat memperkukuhkan benteng akidah, mempertingkat ibadat dan pengajian dan membentuk penyatuan dan menghendar dari perpecahan.
Sekian.

March 5, 2019

HENTI HINA ISLAM !


HENTI HINA ISLAM
(Fikrah Bangi: 168),
BBB, 28 Jamadil-Akhir 1440H. = 05 Mac 2019M. (Selasa):
Isu penghinaan terhadap Nabi yang bererti juga penghinaan terhadap Islam nampaknya berterusan yang membangkitkan kemarahan individu, NGO Islam, bahkan berlaku tunjuk perasaan dari kumpulan-kumpulan dan para jamaah masjid.
Perkara ini dianggap serius sehingga Ketua Pemuda Umno dan Pas bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan secara besar-beseran sebagaimana tunjuk perasaan membantah ICERD pada November 2018 lepas.
Persoalan menghina terhadap Islam, khususnya Nabi Muhammad oleh individu-individu dan tokoh tertentu sampai kepada peringkat serius, sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya menghentikan perbuatan menghina Nabi dan mencemarkan agama Islam, jika keharmonian dan keamanan mau dikekalkan. Kekesalan Baginda dan permintaan supaya dihentikan perbuatan yang boleh menggugatkan ketenteraman hidup rakyat ini disiarkan oleh hampir semua akhbar  utama terbitan hari ini.
DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam dan Adat Melayu di Negeri Selangor tidak senang melihat kebebasan menggunakan media letronik diguna sewenang-wenang tanpa memikirkan implikasi yang akan menimpa masyarakat jika mengenepikan pertimbangan yang wajar dan waras.
Selangor sebagai Negeri Termaju dan Terkehadapan di Malaysia di dalam bidang ekonomi dan pendidikn, seharusnya terkehadapan dari segi fikiran dan menjaga harmoni dan keamanan di negara ini.
Kemarahan rakyat hendaklah dibendung sebelum tindakan dilakukan oleh pihak-pihak berpengaruh terutama dari parti-parti politik yang dianggotai umat Islam. Jangkaan gabungan dari pemuda Umno dan Pas jika mereka bertindak  berdasarkan isu agama yang menyentuh dan menggugat kesabaran mereka boleh membawa implikasi yang serius.
Kini pihak yang utama dan berada pada barisan hadapan yang dapat mengawal isu menghina Nabi dan Kesucian Islam hendaklah ditangani dengan serius oleh PDRM. Kita percaya persoalan mengenai keamanan dan ancaman terhadapnya diambil serius oleh PDRM. Kes-kes individu-individu yang menghina Nabi dan mencemarkan Islam sedang diambil tindakan . Tetapi tiada diambil pengajaran dari hukuman dikenakan terhadap mereka yang diseretkan ke mahkamah.
Berbagai pihak yang berfungsi, khususnya  dari media  patut bersama bertanggungjawab menyedarkan masyarakat agar tidak membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan kemarahan masyarakat. Orang Islam mempunyai media yang berkesan di dalam mendidik masyarakat supaya menghormati dan patuh terhadap Islam melalui masjid dan surau, tetapi bagi masayarakat yang lain mereka mungkin tidak terdedah dengan didikan  yang menyedarkan mereka tentang bahaya mengeluarkan pendapat yang sensitif terhadap masyarakat dan pihak yang lain. Kesdedaran individu penting sehingga dapat menilai antara yang wajar dan tidak wajar diketengah dan diperkatakan. Ini adalah terjadi kepada individu yang melakukan penghinaan terhadap kepercayaan umat Islam. Sehingga kini, jika tindakan berlembut dan mendidik tidak berkesan, maka sewajarnya  diambil tindakan keras terhadap mereka yang tidak menghormati kepercayaan agama orang lain. Tindakan secara keras hendaklah diambil sebagai pengajaran terhadap orang lain, supaya kemarahan secara besar-besaran tidak berlaku dan sukar ditangani
Sekian.

March 4, 2019

TITAH SULTAN SELANGOR - NASIHAT KEPADA NAZIR & IMAM


TITAH SULTAN SELANGOR – NASIHAT KEPADA NAZIR & IMAM
(Fikrah Bang:  167).
BBB, 26 Jamadil-Akhir 1440H. = 03 Mac 2019M. (Ahad).
Pagi ini bertempat di Balai Rong Seri, Istana Kelang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mengurniakan wathikah kepada nazir-nazir dan Imam-imam masjid seluruh Selangor berjumlah 382 nazir dan  833 imam masjid. Majlis pengurniaan wathikah bermula dari jam  9.30 pagi itu dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin  Idris Shah Tengku Mahkota Selangor, Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor Y.A.B. Tuan Amirudin Shari dan pegawai-pegawai dari MAIS dan JAIS.
Istiadat pengurniaan diadakan selepas berlaku pemilihan  nazir dan imam oleh ahli kariah pada akhir tahun 2018. Mereka mula berkhidmat mulai awal 2019 hingga akhir 2021 – selama sepenggal (tiga tahun).
Sebelum istiadat pengurniaan wathikah Baginda Sultan menyampaikan titah menasihatkan para nazir dan imam. Baginda mau pegawai-pegawai masjid mentadbirkan masjid secara profesional dan melakukan tugas secara ikhlas dan tidak mementingkan diri. Baginda mau nazir dan imam menjalankan tugas berpandukan Anekmen Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau Negeri Selangor (2017). Beliau mau dijadikan masjid tempat perpaduan dan mengelak dari perpecahan. Pentadbir masjid perlu waspada dari diresapi ajaran salah yang setakat ini dikenal pasti  di Selangor sebanyak 45 golongan ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti, Kerajaan Negei Selangor.. Masjid juga diminta menyekat dari ajaran dan fikiran liberalisme dan LGBT. Bagi membasmi ajaran sesat dan pemikiran  bercanggah dengan Islam, maka pengajaran akidah menurut pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah hendaklah  dititikberatkan. Pihak nazir dinasihat supaya tidak menjemput orang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan berceramah. Penceramah-penceramah dari luar negara juga dilarang dijemput, kecuali untuk beberapa buah masjid tertentu (Masjid Salahuddin, Tengku Ampuan Jama`ah dan  Masjid Sultan Sulaiman Kelang) - itupun selepas mendapat kebenaran dengan tauliah sementara.
Antara larangan yang lain, bahawa khatib yang menyampaikan khutbah hendaklah mempunyai tauliah dan tidak membaca lain dari teks khutbah yang dikeluarkan oleh JAIS setiap minggu yang dapat diambil dari laman web atau portal JAIS. Masjid juga adalah  bebas politik. Tidak dibenarkan orang politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang berucap di masjid.
Pada akhirnya Baginda mau agar dengan penyampaian tauliah akan lebih memberi semangat dan  dedikasi bagi  menjadikan masjid pusat  kecemerlangan  di dunia dan di akhirat. Akhinya Baginda mengucapkan Selamat Berkhidmat Kepada Nazir dan Imam Masjid.
Di dalam  wathikah yang disampaikan antaranya mencatatkan:
a)      Tugas Nazir
·         Mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid.
·         Memastikan semua aktiviti masjid tidak bercanggah dengan pegangan Ahlu al- Sunnah wa al-Jama`ah.
·         Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa ahli kariah
·         Bertanggungjawab mengawal urusan kewangan
·         Menjadi Penasihat bagi surau-surau di bawah masjid

b)      Tugas Imam:
·         Mengimamkan sembahyang fardhu atau apa-apa sembahyang berjama`ah.
·         Membacakan teks-teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis.
·         Memberikan nasihat tentang perkara agama, pembangunan dan keluarga ahli kariah.
·         Mengajar ahli kariah ilmu fardhu `ain dan kifayah.
·         Menerima dan mematuhi aturan yang dikeluarkan oleh nazir
·         Dan beberapa yang lain.
Majlis berakhir jam 12.00 tengahari diikuti dengan jamuan yang turut dihadiri Tuanku Sultan.
Sekian.

March 3, 2019

SEMENYIH MENGULANGI KEJAYAAN MENGUKUHKAN KEYAKINAN


SEMENYIH MENGULANGI KEJAYAAN MENGUKUH KEYAKINAN
(Fikrah Bangi: 166),
BBB, 26 Jamail-Awwal 1440HG. = 03 Mac 2019M. (Ahad).
Semenyih menulangi kejayaan selepas memenangi pilihanraya Parlimen Cameron Highlands pada 25 Januari  2019 yang lepas. Ini selepas kekalahan BN kepada PH di dalam beberapa PRK di Selangor sebelumnya,  diikuti dengan kemenangan PH di Port Dickson. Lebih manis pada kali ini, kalau pada pilihanraya di Cameron Highlands adalah bersifat mempertahankan kemenangan sebelumnya kali ini adalah merampas kerusi Semenyih dari tangan PH dengan majoriti yang besar dengan Zakaria Hanafi dari UMNO (BN) mendapat               19.780
Manakala Muhammad Aiman PH   17,866
Majoriti                                                  1,914
Kemenangan di atas adalah kombinasi kerjasama antara Umno dan Pas yang Umno kuat pada kawasan-kawasan tradisional Melayu seperti diBeranang, Rinching, Tasik Kesuma dan Sasapan Kelubi, manakala Pas mempunyai pengaruh – berdasarkan Penulis menjadi ADUN Bangi 2008-2013, iaitu di  Seri Putera dan Bukit Mahkota adalah kawasan yang kuat dengan Pas pada masa kawasan berkenaan di bawah DUN Bangi..
Menurut The Star kawasan Semenyih yang mempunyai majoriti Melayu yang tinggi itu (69.256%) tidak sabar lagi dengan karinah pimpinan PH yang tidak dapat melunaskan janji-janji yang dibuat pada pilihanraya yang ke 14 lepas (9 Mei 2018).
Nampaknya usaha PH memburukkan Pas dan cuba dikaitkan dana IMDB dengan Pas  menjelang PRK Semenyih tidak berjaya, diikuti dengan pembekuan akaun beberapa pimpinan Pas dan rampasan kereta mewah beberap pimpinan Pas nampaknya tidak memberi kesan. Pengumuman tiada tol di 4 lebuhraya utama mulai dari jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi juga tidak berkesan.
Dengan kemenangan BN secara seturut ini memberi keyakinan terhadap UMNo (BN) dan Pas mendepani PH  pada pilihanraya-pilihanraya yang akan  datang. Rantau adalah kerusi yang akan dipertandingkan pada peringkat Negeri Sembilan yang dijangka PRK Rantau  ini ditandingi dan mempertahankan  kerusi oleh Tok Mat sendiri yang merupakan Timbalan Presiden Umno yang memangku tugas-tugas  Presiden UMNO.
Jika formula kerjasama antara Umno dan Pas dapat diteruskan dan kejayaan dapat dicapai pada pilihanraya akan datang, maka ianya merupaka `Arus Balik` yang mengancam PH yang baru memerintah sembilan bulan itu. Bagi mempertahankan kedudukan PH perlu berusaha menunaikan janji-janji yang dibuat – termasuk janji mau menyerahkan kepimpinan PH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang dibuat pada peringkat permulaan pillihanraya dan pada awal kemenangan PH. PH perlu juga memeriksa, mengapa orang Melayu mulai tidak menyenangi PH. Mereka mungkin merasa kehilangan dan tergugat dari polisi dan tindakan secara langsung atau tidak langsung  PH. Kemarahan mereka terhadap berbagai-bagai perkara perlu  ditangani sebaik mungkin. Bagi Umno dan Pas, kerjasama mereka mendatangkan kejayaan, tetapi bagi masa panjang  Umno dan Pas perlu bekerjasama dengan kaum-kaum lain bagi mendepani PH dan menarik sokongan berbagaibagai kaum pada masa akan datang.
Bagi tujuan di atas Umno dan Pas perlu mencari formula yang dapat menarik sokongan berbagai kaum. Jika kerjasama tidak dapat berjalan dengan MCA dan MIC, Umno dan Pas perlu mendapat rakan dari sebuah parti yang multi rasial bagi mengimbangi PH.  Kalau perlu menaja misalnya `Parti Perpaduan Malaysia (PPM)` yang menjadi komponan atau bertahap kerjaama yang dapat menarik sokongan berbaga-bagai kaum. Umno dan Pas hendaklah sama berusaha untuk memerintah.
Jika PH dan kerjasama Umno, Pas dan parti multirasial dapat diwujudkan, maka ianya akan dapat mengimbangi PH. Untuk masa depan PH dan UMNO-Pas dan parti multirasial dapat mengwujudkan sistem dua komponan parti yang dapat bergilir memerintah menurut pilihan rakyat.
Sekian.

March 2, 2019

JASA UTAMA PAS DI SEMENYIH


JASA UTAMA PAS DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 165),
BBB, 25 Jamadil-Akhir 1440H. = 02 Mac 2019M. (Sabtu).
Hari ini adalah hari mengundi PRK Semenyih (DUN 24). Pertandingan antara PH dari pihak kerajaan dan Umno yang dibantu Pas. Kita lihat antara kaedah klisye mencari isu utama peringkat akhir yang dapat membunuh character atau pengaruh lawan,. Kita lihat Juma`at semalam pihak PH menggunakan media yang dikuasainya pertama dituju kepada Ketua Umno bahagian Puchong Datuk Satim Diman dengan memberi katadua agar Datuk Satim memohon maaf  dalam tempoh dua hari akibat dari ucapannya yang dikatakan  menggores hati keluarga bekas empat Adun PH.
Kedua dituju kepada Pas yang membantu Umno, walaupun tidak ada bukti  di dalam akaun Pas tentang  penyaluran RM90 juta dana IMDB yang cuba dikaitkan dengannya, tetapi akaun pemimpin utama Pas dikatakan dibekukan dan kereta mewah mereka dirampas. Pagi hari mengundi ini dibawa persoalam penyelesaian kes Pas dengan Editor Sarawak Report di luar mahkamah. Semuanya ini untuk menjatuhkan reportasi Umno dan Pas yang bekerjasama menentang PH di Semenyih.  Ini semua memperlihatkan ketakutan PH terhadap kerjasama antara Umno dan Pas.
Kita harap rakyat semenyih dapat faham berkenaan tektik politik berkenaan. Lebih dari itu pihak PH mempromosikan wawasan calon PH yang konon  akan menjadikan Semenyih maju, selamat, lestari, sihat dan komunikatif. Ingatlah ini semua janji yang subjektif. Ia mungkin tidak mampu ditunaikan sebagaimana banyak janji yang dibuat PH tidak ditunai.
Berhubung dengan kemenangan Pas di Semenyih sebagai sebahagian daripada Dun Kajang pada 29.11.1999, maka selainm dari mengadakan majlis  kesyukuran dengan mengadakan jamuan rakyat dengan menyembelih 2 ekor lembu di Markas Mawaddah di Seksyen Dua, Bandar Barui Bangi, iaitu pada 4 Disember 1999 dengan dihadiri begitu ramai penyokong-penyokong.
Berikut dari kemenangan Pas di Kajang – termasuk sebahagian dari Semenyih, sebagai pembangkang kita mempunyai pendekatan sendiri secara kreatif. Satu pendekatan yang diambil ialah turun padang dengan membuka `Kaunter Aduan` ditempat-tempat strategik seperti di Pasar Kajang,  Pasar Kampung Baru Semenyih, di anjung kedai di Sungai Long dan di pasar-pasar malam seperti Bandar Baru Bangi, Pekan Bangi, Jalan Reko, Bukit Mewah dan beberapa tempat yang lain. Pada tempat-tempat berkenaan disediakan sebuah meja dan beberapa kerusi yang dibawa. Pada meja terdapat logo  ADUN Kajang, ``Anda Memberi Mandat, Kami Memberi Khidmat. Borang-norang aduan disediakan, juga disediakan bahan-bahan maklumat seperti Buletin Adun Kajang diedarkan. Setiap kali kaunter dibuka tenaga-tenaga parti dari Pas, Dap an PKR turun sama membantu dan mengedarkan bahan-bahan serta menolong membuat catatan aduan. Tenaga-tenaga dari Pas yang sering mengiring (biasanya pada pagi Sabtu atau Ahad & waktu pasar malam). Dari Pas seperti saudara Ahmad Sulaiman Setiausaha Pas Kajang/ Hlu Langat. Sdr. Shukur Atan  bahagian Penerangan, Azmi Ahmad Pembantu Adun, Jamil Saring, Abdullah Aceh, Abdullah Kecil dan ramai lagi Manakala  dari NGO seperti Cikgu Lee dan Kumpulannya, manakala dari Dap  ialah En. Lee dan kumpulannya. Jika di Semenyih kita mempunyai lebih kurang 10 orang veteran Dap antaranya En. Lee, En. Chee dan lain-lain. Pusat DAP Semenyih yang agak tua dan lama adalah menjadi pusat kegiatan Pas bila turun Ke Semenyih. Sudah menjadi tradisi yang dipelajari dari Cikgu Lee Kim Sin  (Jadi Adun Kajang selepas Penulis) kaedah membuat kenyataan akhbar. Setiap kali turun padang pihak Adun menjemput pemberita berbagai akhbar terutama dari Akhbar-akhbar Cina seperti  China Press (En. Chen – sdah meninggal), Nanyang Siang Pau (Cik,, lupa), Sin Chew Jit Poh  (Cik ..lupa) yang sering membuat laporan tentang kegiatan Adun Kajang dan aduan, turut melapor tetapi jarang ialah, The Star dan beberapa akhbar lain.
Kaunter  Aduan terawal di Semenyih, selepas dibuka pada tempat-tempat lain ialah dilakukan pada 8 Disember 1999 berdepan Pasar Kampung Baru Semenyih dan berdepan kedai . Pada hari Sabtu 23 Februari 2019 Penulis bersama saudara Azizi turun melawat kembali tempat yang sering Penulis datang pada masa menjadi ADUN Kajang dulu.. Aduan yang biasa diterima seperti pada 8 Disember  1999 tentang kekotoran kawasan di sekitar Pasar Kg. Baru Semenyih, rumput tepi longkang panjang dan tidak dipotong. Kekurangan tempat parkir, kawasan kiri tepi pasar perlu ditar bagi dijadikan tempat parkir. Pokok-pokok yang tidak dipotong  dahan dan perparitan yang tidak dibersihkan. Pada waktu lain adalah aduan tentang kandang lembu berhampiran kawasan kediaman yang merupakan pencemaran. Perkara-perkara ini dijadikan bahan bagi sidang akhbar yang dibuat secara spontan. Berita kegiatan ADUN Kajang pada tempoh sesinya lebih banyak diberi liputan dalam akhbar-akhbar Cina berbanding dengan akhbar lain. Aduan-aduan dipanjangkan kepada pihak berkenaan seperti MPKj, Pejabat Daerah dan lain-lain.
Satu isu penting yang aduan diterima dari penduduk Kampung Baharu Semenyih, bahawa tanah pajakan bagi kediaman mereka hampir tamat (tempoh 30 tahun selepas Kg. Baru dibuka) . Tapak kediaman pendudk Kampung Baru Semenyih ini dijadikan isu utama. Isu ini tidak saja dibawa keperingkat MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat, tetapi dibawa dan diucapkan dalam  Sidang  Dewan Undangan Negeri Selangor. Akhirnya permohonan penduduk disambung. Mereka dibenar memilih menyambung pajakan sama ada 30 atau 60 bahkan hingga 99 tahun, makin lama tempoh dipohon makin tinggfi bayaran. Penduduk Kampung Baru Semenyih hingga kini menikmati penambahan tempoh pajakan tanah yang mereka huni.
Sekian.

March 1, 2019

PAS MENANG DI KAJANG TERMASUK SEBAHAGIAN SEMENYIH


PAS MENANG DI KAJANG TERMASUK SEBAHAGIAN SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 164),
BBB,  24 Jamadil Akhir 1440H. = 01 Mac 2019M. (Juma`at):
Setelah bertungkus lumus berkempen selama 10 hari dan seharian melawat semua pusat mengundi di DUN Kajang bersama pengiring-pengiring , pada 29.11. 1999 dan berakhir dengan keletihan pada petang, tetapi tetap dengan semangat tinggi, maka pada malam Penulis dan penyokong-penyokong menghadiri tempat kiraan undi di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Situasi  perkiraan amat mendebarkan, kerana undi yang didapat oleh Wakil MCA Choong Tow Chong adalah sengit, maka perkiraan terpaksa dibuat beberapa kali untuk memuaskan hati.
Jumlah pengundi  DUN Kajang pada masa itu ialah:
Melayu  54.21 %  (Bukannya 49% sebagaimana disebut sebelum ini).
Cina       33.67%
India      12.02%
Lain-lain  0.11
Pada jam 1.30 pagi diumumkan keputusan. Daripada jumlah  29,360 pengundi yang keluar:
Dr. Shafie bin Abu Bakar (Pas)  10, 922
Choong Tow Chong (MCA)         10,885
Majority                                                37
Peratus keluar mengundi           75.6
Undi rosak                                    279
Jumlah keluar mengundi           21,807
Keputusan disambut dengan takbir beramai-ramai oleh penyokong-penyokong Pas  dan melahirkan kesyukuran kepada Allah Ta`ala. Kemenangan adalah di luar dugaan dan amat bermakna. Melalui kerjasama dengan parti-parti dalam Alternatif dan sokongan semua kaum Pas pertama kali menang di kawasan multi-rasial.
Walau bagaimana kerusi-kerusi yang lain yang ditandingi Pas di Hulu Langat, baik pada peringkat Parlimen yang calonnya Saudara Mohd Nor Nawawi, Dun Dusun Tua oleh Cikgu Fadhil dan Dun Beranang oleh Tuan Haji Zainuddin Lapos semuanya kalah.
Kerusi Dun pada peringkat negeri dimenangi Pas oleh Dr. Hassan Ali (Gombak) dan Ustaz Ismail Kamus (Ampang). Pada peringkat negeri Kelantan dan Terengganu dikuasai oleh Pas.
Di Dewan Undangan Negeri Selangor Pas adalah pada pihak Pembangkang bersama wakil-wakil DAP dan Keadilan. Pihak Kerajaan BN pada peringkat permulaan diketuai Menteri Besar Selangor yang pada masa itu ialah Dato` Abu Hassan Omar.
Sekian.