November 9, 2009

5 RESOLUSI SEMINAR KHAS



Pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Kedua: PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Ketiga: Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Kelima: adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

4 comments:

  1. SALAM YB,

    ana tak mau comment pasal resolusi tu..cuma ana, mau buat cadanagn, supaya..PAS or PR..percepatkan and permudahkan proses pecah lots tanah d perkampungan islam d selangor..

    seperti d HULU Langat (Darul Hidayah)
    Yayasan alJenderami dengkil.

    SEbab dgn pecah lots ..ni akan menaikan harga tanah..d sekitar perkampungan itu and bolih buat pimjam utk membangun rmh..sebab rata-rat pemilik tanah ni..adalah org islam and penyokong PAS and PR..so, create and tambahkan nilai harta org islam and penyokong PAS and PR.

    ReplyDelete
  2. Salam YB,

    Kalau saya ada cadangan di mana saya nak salurkan cadangan tu? kalau boleh melalui email lah..

    ReplyDelete
  3. Salam sebal,
    Saya tertarik dan menyokong keinginan saudara. Namun kita harus faham bahawa PAS adalah sebuah parti politik dan tidak ada hak atau kuasa untuk memproses pecah lot atau sebagainya.
    Urusan pecah lot tanah yang sudah dibangunkan oleh orang ramai akan melalui banyak proses dan prosedur kerajaan dan bukan parti politik.
    Pemilik tanah yang sudah dibangunkan hendaklah terlebih dahulu menggunakan khidmat juruukur tanah dan ini jadi sukar apabila pemilik yang sedia ada selalu rasa tidak puashati semasa proses pengukuran tanah. Inilah antara sebab ianya jadi lambat. Saya cadangkan saudara dapatkan persetujuan penduduk berkenaan untuk mendapatkan khidmat juruukur terlebih dahulu untuk pecah lot kemudian baru dapatkan kelulusan kerajaan negeri selangor.

    ReplyDelete
  4. to Hafiz ;

    Please leave your email here
    drshafien26@gmail.com

    ReplyDelete