November 18, 2009

Puncak sidang Dun selangor

DUN Selangor, 29 Zulkaedah = 17 November (Selasa):

Hari ini merupakan hari terakhir sidang DUN. Ada beberapa keputusan penting diambil. Sebagaimana biasa, permulaan sidang dimulai dengan menjawab soalan lisan.Hingga ke hari akhir ini nampaknya daripada 254 soalan lisan yang dihantar ADUN-ADUN, cuma sejumlah 98 soalan sahaja yang sempat dijawab. Daripada 98 soalan ini tiga daripadanya adalah soalan dari ADUN Bangi (Soalan lisan dihantar maksimum10). Soalan-soalan tersebut berkenaan:

1) Soalan No. (3) mengenai Penyampaian maklumat mengenai Kerajaan dan Pentadbiran kepada rakyat.

2) Soalan No. (30) mengenai Skim Pelajaran Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri

3) Soalan No. (71) mengenai Rumah Kebajikan di Negeri Selangor.

Berhubung dengan soalan tambahan setiap hari ADUN Bangi mengemukakan soalan yang kebiasaannya dua soalan tambahan sehari. Namun pada hari ini ADUN Bangi hanya mengemukakan satu saja soalan tambahan iaitu mengenai ma`had tahfiz al-Qur`an. Iaitu Mengenai, Adakah penyelarasan tahfiz dibuat di negeri Selangor dan dimanakah kemungkinan Ma`had Tahfiz dibuka dinegeri Selangor dalam tempoh terdekat.

Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali yang menjawab soalan penyelarasan dan bantuan diberi kepada yang berdaftar di negeri Selangor. Bagi soalan kedua beliau mengatakan bahawa harapan Bangi mahu tahfiz didirikan di Bangi akan dipertimbangkan dalam beberapa tahun akan datang.

Selepas sesi soal jawab beberapa usul dikemukakan kepada DUN, usul-usul iaitu:

Pemilihan Ahli Dewan Negara, iaitu Dr. Syed Husin Ali (73) dan En. Ramakrishnan (53).

Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)(p) oleh Y.A.B. Dato` Menteri Besar bahawa Dewan yang mulia memutuskan Y.B.Tuan Mohamed Satim bin Diman dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dikehendaki menyiasat kesahihan kenyataan beliau di dewan pada 11 November 2009 iaitu:

``Bajet 2010 dikemukakan adalah dalam keadaan rakyat keseluruhannya sangsi dengan kebolehan Y.A.B. Dato` Menteri Besar. Ini bertolak dengan kegagalan membayar kemudahan pinjaman Islam berjumlah RM66.6 juta atau USD18.5 juta yang dibuat pada tahun 1998 bagi tujuan pembelian saham Kumpulan Guthrie Berhad. Ini adalah pembelian opsyen 200 juta saham atau 20% daripada Kumpulan Guthrie. Ini membuktikan Y.A.B. Dato` Menteri Besar tidak hemat dan gagal menguruskan kewangan sendiri.``

Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1) oleh Yang Berhormat Tuan Ng Suee Lim Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sekinchan:

``Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak pihak Kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas untuk menyiasat punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock selaku mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor.``

Semua usul di atas mendapat sokongan majority dan ADUN Bangi turut berucap menyokong penyiasatan terhadap Yang Berhormat Tuan Mohamed Satim dan turut juga berucap menyokong agar ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock.

No comments:

Post a Comment