Semasa bercakap mengenai kemelut politik yang sedang dihadapi parti-parti sekarang, seorang sahabat menimbulkan persoalan,
``Eh sejak BN menang kerusi Bagan Pinang, mereka membesar-besarkan kemenangan, tetapi tidak diwirakan watak yang menang ! Mengapa ?``,
``Yalah ! Tentulah isu rasuah yang berkait dengan watak`` jawab sahabat.
``Jika dibesar-besarkan watak, membawa kontradiksi tidak menguntungkan parti``, tambahnya.
``Kalau begitu boleh dilagukan``, kata seorang sahabat lain bersama.
``Sayang Isa disayang, tapi tak berani ditayang, Jasanya di Bagan Pinang, ibarat sepah terpaksa di telan.``
Sahabat yang lain menambah, ``Kes Isa ini semacam ISA``.
``Bagaimana ?`` Tanya seorang yang lain ingin tau.
``Yalah ISA bagi kerajaan sesuatu yang disayangi``, ``Banyak faedah dapat digunakan di dalam keadaan kecemasan", ``Mungkin juga digunakan dalam setuasi yang tidak cemas !`` hujah kawan yang menyertai.
``Agaknya itulah sebab ISA disayangi.`` kata kawan.
``Masalah bagi mereka, ianya menggugat sokongan`` jawab seorang yang bersama.
``Bagaimanakah cadangan untuk dipinda konon bagi pembaikan ?`` Tanya yang lain.
``Tetapi ianya tetap sebagai alat dan alasan.!``, ``Tentu tidak dapat dielak dari berlaku kezaliman,`` tambah kawan.
``Nampaknya ISA sebagaimana Isa menjadi kesayangan, tapi memasalahkan sokongan.``.
Mari kita nyanyikan:
Isa dan ISA isu berlainan
Tetapi implikasinya bersamaan
Keduanya alat untuk kekuasaan
Kita rakyat mungkin kezaliman !
Sekian.
No comments:
Post a Comment