November 2, 2009

Di Masjid Madinah

Bersembahyang di awal malam
Di samping Rasulullah
----- di maqamnya

Setelah salam
Masing-masing tenggelam
Dalam wirid dan mohonan

Tiba-tiba suara memecah sunyi
Imam menyambung lidah Rasulullah
Dengan pengajaran Hadith

Seperti mendengar Junjungan
Tertarik aku ke sampingnya
Bersama di dalam halaqah

Kudapati kerusi itu
Selama ini tidak diduduki
Dialah sebenar pemiliknya
Dengan keilmuan

Aku di lantai
Menyambut dari mulutnya
Hikmat kata
Dengan keasyikan.

Pada puncak penghayatan
Tiba-tiba berkumandang azan
Suara guru itu terhenti
Tiba-tiba aku merasa dahaga
Dari kata-katanya lagi

Shafie Abu Bakar,

Masjid Nabawi,

Zulhijjah 1405
Ogos 1985.

No comments:

Post a Comment