November 17, 2009

Pelajar KUIS tunjuk perasaan kerana Yuran Tinggi ?

ADUN Bangi membangkitkan persoalan yang disampaikan kepada ADUN hujung minggu lepas, bahawa baru-baru ini pelajar-pelajar di KUIS menunjuk perasaan membantah tentang yuran pengajian yang tinggi. ADUN memaklumkan kepada pengadu tentang aduan yang agak lambat untuk dibawa ke dalam ucapan di DUN Selangor.

Kesempatan diambil ADUN dalam membuat soalan tambahan bagi tajuk Mahasiswa dan Kebebasan Akademik, iaitu soalan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad dari Seri Setia (No. 69). Menurut maklumat yang diberi bagi pelajar di UITM setiap kali pinjaman sampai, mereka diberi sejumlah RM600/= lebihan yuran untuk perbelanjaan, tetapi tidak demikian bagi pelajar KUIS. Mereka di dalam kesempitan di dalam menghadapi pengajian. (Walau bagaimanapun pelajar di UITM diberi subsidi makan oleh pihak Kerajaan. Ini menyebabkan mereka mempunyai lebihan selepas melunaskan bayaran pengajian).

Walau bagaimanapun Tuan Speaker menganggap soalan tambahan tidak berkaitan dengan topik perbincangan dan tidak diberi jawapan. Tetapi ADUN Bangi berterima kasih kerana berkesempatan menyampaikan aduan pelajar. Diharap pihak KUIS dapat memberi perhatian dan keihsanan terhadap masalah yang dihadapi pelajar.

No comments:

Post a Comment