DUN, Selangor, 28 Zulkaeda = 16 November (Isnin):
Sidang DUN Negeri Selangor masuk hari keenam. Sidang bermula dengan menjawab soalan lisan dari ADUN-ADUN. Soalan ADUN Bangi keluar pagi ini berkedudukan keenam (no. 77). Soalan ADUN ini bertanyakan jumlah rumah kebajikan Kerajaan dan swasta di negeri Selangor, jumlah penghuni dan apakah jenis bantuan yang diberi Kerajaan Negeri kepada rumah-rumah kebajikan tersebut.
Soalan ini sepatutnya dijawab oleh Y.B. Rodziah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kebudayaan. Oleh kerana beliau tidak hadir, maka soalan ini dijawab oleh Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor. Menurut Menteri Besar Rumah Kebajikan di bawah negeri ialah tujuh buah, manakala di bawah swasta 36. Jagaan harian 3 dan swasta 99. Lembaga Zakat pula mempunyai sebanyak 38 rumah kebajikan. Jumlah semua penghuni melebihi 1,000. Kerajaan menanggung kos kepada rumah kebajikannya dan memberi subsidi bagi yang lain.
ADUN Bangi membuat soalan tambahan, Wajarkah kerajaan mewujudkan tempat lindungan bagi warga masa dengan menempatkan mereka di tempat pengajian pondok seperti Pondok Pengajian Pasir Tumbuh di Kelantan atau di Jeram Selangor. Dengan menempatkan warga mas Islam, mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan lebih banyak dapat mengerjakan ibadat dan kehidupan mereka lebih tenteram.
Y.A.B. nampaknya lebih tertarik kepada konsep pengajian sepanjang hayat. Ini perlu diberi tumpuan, kerana jumlah warga mas sekarang menurutnya makin meningkat. Ini dialami di Jepun dan
No comments:
Post a Comment