November 9, 2009

Perwakilan Dari Selangor Membuat Tuntutan

Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar, 19 Zulkaedah = 7 November (Sabtu):

Masa 10 minit yang diberikan kepada perwakilan untuk menyampaikan pandangan dan cadangan pada sesi petang telah diambil peluang oleh Perwakilan Selangor – Ustaz Salihin Muhyi menyampaikan pandangan dan tuntutan. Beliau meminta pihak kepimpinan Pusat mengambil tindakan tegas membersihkan elemen-elemen yang tidak sihat di dalam Pas dan tidak teragak-agak menyingkirkan mereka yang memasalahkan Pas. Jika dibiarkan masalah berterusan akan menghalang kerja-kerja pemulihan dan memperkasakan Pas.

Berhubung dengan kepimpinan Pas pada peringakt negeri Selangor beliau mahukan kepastian tentang tidak mesranya hubungan pimpinan negeri Selangor dengan pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Beliau mahu tahu apakah rancangan konkrit Pas Selangor di dalam menghadapi Umno-BN dan mahu pernyataan pendirian Pas Negeri berhubung dengan kenyataan dan tindakan JAIS berhubung dengan beberapa isu kontroversi.

Sesungguhnya situasi Pas Selangor menghadapi cabaran. Adakah apa yang dikatakan oleh Prof. Dr. Abu Hassan berlaku di Selangor. Kita kira benar. Bagi mempastikan kebenaran ini satu usaha penyelidikan perlu dilakukan di Selangor mengenai persepsi pengundi, apakah berlaku perubahan. Sejauhmanakah kekalnya sokongan mereka atau sebaliknya. Apakah yang tidak menyenangkan mereka dan apakah yang diharapkan. Dulu kita berkeyakinan pada PRU 13 kita dapat menambahkan sokongan rakyat di Selangor dan menawan Malaysia. Apakah keyakinan seperti ini masih releven atau sebaliknya. Mengapa ? Sesuatu tindakan perlu dilakukan di Selangor bagi Pas dan juga Pakatan Rakyat, jika kita mau memperkasakan parti dan mengukuhkan pemerintahan.

No comments:

Post a Comment