November 5, 2009

Anekdot : Niat Tidak Ikhlas Makin Ketara Tembelang Kelantan Dipujuk Dengan Wang Ehsan ?


(16 Zulkaedah = 04 November)
Petang itu teman rapat berasal dari Kelantan yang biasa datang ke warung itu tiba dengan semangat dan bertanya,

``Tahukah berita penting dari Parlimen tadi ?`` sambil memandang wajah kawannya.

``Berita apa ?``, Tanya kawannya.

``Kerajaan Pusat nak beri duit ehsan pada Kelantan ?`` katanya.

``Mulai mengaku minyak dalam perairan Kelantan, tapi tak mau bayar royalti !`` jawab kawan dengan nada sedikit marah.

``Eh masih berhelah``, teman menekankan. ``Jarak jauhnya ditambah kepada 3 batu nautika. Kononnya Kelantan dan Terengganu di luar jarak, tak layak royalty !``.

``Habis mengapa nak beri wang ehsan dan tidak kepada negeri lain ?``, Tanya kawan.

``Dasar siakap senohong, gelama ikan duri …`` sindir teman.

``Mungkin kasar jika dikatakan bercakap bohong dan lama-lama ….``. tambahnya.

``Tapi ini terbalik, ambil (curi ?) dulu, kemudian baru bercakap berdolak dalik (bohong ?)`` hujah kawan.

``Nampaknya sejak Manik Urai mereka makin terdesak !``, ``Janji mahu beri wang ehsan pun mulai tahun depan`` jawab teman.

``Bukan saja terdesak, tapi bimbang`` , kata kawan.

``Kalau dikira dari awal pengeluaran berbilion kena bayar, dari mana nak ambil duit yang telah dihabiskan ?`` tambah kawan dengan hujah.

``Aku harap kerajaan dan rakyat tidak terima dalam bentuk wang ehsan yang disalurkan melalui kroni mereka dan sampai kepada rakyat sebahagian sahaja !``, kata teman.

``Mereka jangan anggap rakyat Kelantan begitu bodoh !``, kata kawan.

``Pengakuan permulaan itu hendaklah dijadikan tambahan landasan menuntut royalti``,kata teman.

``Mereka mengingkari Akta 144 Petroleum``, tambah kawan.

``Dan mengubah Perjanjian 1975 jarak layak 10 batu nautika`` kata teman.

``Juga mengingkari pengakuan yang Terengganu dan Kelantan sebagaimana Sabah dan Sarawak pengeluar petroleum.`` tambah kawan.

``Kalau mereka terus ingkar patut dibawa kes ke Mahkamah``, kata teman.

``Pohon perintah injunksi menahan pengeluaran jika ingkar berterusan`` tambahnya.

``Aku fikir Kerajaan PAS Negeri Kelantan sedang memikirkan tindakan terbaik bagi rakyat dan negeri Kelantan.`` kata kawan.
Masuk terowong, keluar ke lebuhraya o bercakap bohong orang tak percaya
Hujan lebat di musim tengkujuh o Jangan anggap semua rakyat bodoh.

Sekian.

No comments:

Post a Comment