November 2, 2009

Mesra Rakyat Di Kajang Utama Mendapat Sambutan

Kajang Utama , 13 Zulkaedah = 1 November (Ahad):



Mesra Rakyat yang diadakan di Kawasan Rukun Tetangga di Kajang Utama bagi membantu fakir miskin dari kalangan kaum India di sini sempena perayaan Deepavali mereka mendapat sambutan diluar dugaan. Hampir seribu masyarakat India kecil besar keluar ke majlis berkenaan. Majlis dianjur ADUN Bangi dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 22, Ustaz Shafie Ngah dan Rukun Tetangga Kajang Utama yang diketuai En Ibrahim Marsidi.


Dr. Shafie dalam ucapannya menekankan, bahawa pihak ADUN tidak mendiskriminasikan bantuan, ``ADUN menyampaikan kepada semua kaum, baik Melayu, India dan Cina.``, kita mengambil pendekatan ``Mesra dan kasih sayang, mendekati semua pihak dan membantu yang susah``, tambahnya. Beliau bergembira di atas kerjasama semua pihak dan kemesraan sedemikian diharap akan diteruskan.


Sebelum jamuan rakyat bermula ADUN menyampaikan bantuan kepada kalangan fakir miskin dan mereka yang daif dari masyarakat India yang jumlah hampir seratus orang. Pertunjukan kebudayaan yang merupakan tarian anak-anak sekolah dari tiga orang adik beradik juga diadakan.


Kemeriahan terpancar di wajah anak-anak yang berkumpul berbaris menerima duit raya yang diagih bersama oleh ADUN, Ustaz Shafie dan Encik Ibrahim.

No comments:

Post a Comment