Jihad Menegak Islam Sifatnya Berterusan, Tapi Allahlah Penilai Amalan
``Berjihad menegakkan Islam, terbuka ruangnya untuk pengisian``. Demikian kata seorang aktivis mujahid.
``Tapi kami kekurangan masa dikejar tugas sentiasa``, jawab seorang pendengar yang baru berjinak dengan jihad.``
``Sesudah saya pencen, saya akan beri tumpuan kepada jihad Islam.`` tambahnya.
Bila ditanya,`` Mengapa menunggu pencen ?``
``Kerana tiada lagi tekanan dari pihak majikan``, katanya.
``Jihad di dalam menghadapi ujian dan tekanan lebih manis dari segi perjuangan dan insya Allah lebih tinggi dari segi ganjaran,`` jawab sang aktivis dan menambah,
``Tapi memang ada yang di dalam perkhidmatan terus berjuang , tiada masalah bagi mereka! ``
``Mungkin itu kadar dan keberanian masing-masing !`` jawab seorang lagi teman bersama.
``Tapi ada yang berjuang semasa berkhidmat dan berhenti bersama pencen ?``
``Itu jua kadar kemampuan diri masing-masing.`` jawab kawan.
`Namun yang berjuang di bawah tekanan tentulah lebih dari yang berjuang bahagian awal dan terputus bahagian akhir,`` tambahnya.
``Insya Allah kedua-duanya mendapat ganjaran``, tambah sang aktivis.
``Tapi mungkin tahap istiqamah berterusan paling sukar dilakukan``.
``Bagaimana ?` Tanya teman.
Sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur`an`` katanya.
Maksud ? Tanyanya;
Bukankah ayat`` Engkau terus beriman dengan Allah dan Rasulnya(dengan lafaz mudari` - present tense), dan engkau terus berjihad pada jalan Allah (dengan lafaz mudari` - present tense) dengan harta dan jiwa kamu. Yang demikian lebih baik kepada kamu hendak mengetahui
(Saff: 11)
Bukankah berterusan merupakan ganjaran tertinggi dengan syarat syarat berkeimanan dengan Allah dan RasulNya.
Bukankah ayat menegaskan, ``Yang demikian itu lebih baik bagi kamu ?``, katanya.
Tapi jangan lupa pada keikhlasan, sama ada sebahagian awal atau akhir dan berterusan bergantung pada keikhlasan hati``, katanya.
``Kerancakan jihad selama ini adalah gabungan dari kepelbagaian``, tambah teman.
Sebab itu jangan berfikir pada ganjaran, berjuanglah dengan keikhlasan menurut kemampuan.
``Sesungguhnya Allahlah Penilai Terbaik dan Pemberi Ganjaran.``
No comments:
Post a Comment