November 10, 2009

Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang Hadir Sidang


DUN Selangor, 21 Zulkaedah = 9 November:

Selepas mengumumkan keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat, Badrul Hisham Abdullah hadir ke Sidang DUN Selangor.

Kehadirannya disambut dengan tunjuk perasaan lebih kurang 30 penyokong PKR di pintu masuk Pejabat Kerajaan negeri Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Badrul diberi kedudukan di bahagian paling belakang, di belakang kerusi pembangkang secara berseorangan.

Ketika ADUN bertembung dengan beliau semasa di luar dewan, ADUN bertanya sudahkah menghantar surat perletakan jawatan ?

Jawabnya ``Ya, sebab itu diletak berasingan di belakang``,
katanya. ADUN bertanya `` Sudah masuk UMNO ?``

Belum terfikir`` tambahnya.

ADUN berhasrat untuk mengemukakan banyak lagi soalan, tetapi beliau melolos diri kepada pengiring-pengiring di kerusi luar Dewan. Di dalam Dewan beliau diam berterusan.

Tiba masa rehat dan makan, ada hasrat ADUN untung sambung percakapan dengannya, tetapi diberitahu beliau pulang lebih awal.

No comments:

Post a Comment