DUN Selangor, 22 Zulkaedah = 10 November (Selasa):
Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentang Bajet 2010 bagi negeri Selangor berjumlah RM1,300,000,000.00 memakan masa tiga jam, iaitu dari jam 11.00 hingga jam 2.00 petang. Teks setebal 46 halaman dan pembentangan disiar langsung ke seluruh dunia melalui internet.
Peruntukan satu ribu tiga ratus juta ini ialah:
Hasil Cukai RM 460,020,000.00 merupakan 35%
Hasil Bukan Cukai RM422,679,000.00 ,, 33%
Terimaan Bukan Hasil RM417,301,000.00 ,, 32%
Daripada hasil RM1,300,000,000.00 digunakan untuk:
Bekalan RM674,850,731.00 merupakan 51.91%
Tanggungan RM 34,749,269.00 ,, 2.67%
Pembangunan RM590,400,000.00 ,, 45.42%
Dari peruntukan ini diagihkan kepada berbagai-bagai sektor dan jabatan di Negeri Selangor. Bajet menekankan `Merakyatkan Ekonomi` dan menjadikan Selangor `Negeri Maju Rakyat Sejahtera`.
Bajet di atas mulai dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri pada Rabu 11 November dan dijangka memakan masa lebih dari dua hari.
salam YB...
ReplyDeletesemoga bajet untuk rakyat digunakan sebaiknya dan bertanggungjawab...syabas.
tapi rakyat kami...bajet??