November 18, 2009

Simpati pada yang berduka; syukur pada yang berjaya

Kajang Utama, 28 Zulkaedah = 16 November (Isnin):

(ADUN bersalaman dengan Encik Redzuan Mat Top dan mengucapkan takziah)

Setelah berihat sekejap dari kepenatan seharian bersidang di DUN Selangor, selesai menunaikan fardu maghrib, ADUN bertolak ke Surau Kajang Utama menunaikan fardu Isyak di sana dalam rangka menghadiri dua majlis yang kontras dari segi emosi dan jiwa.

Pertama selesai sembahyang turun menziarah dan mengucap takziah kepada keluarga Encik Redzuan Mat Top yang kematian anak lelaki tunggalnya (12) kerana lemas di kolam tidak jauh dari perumahan Kajang Utama. Anaknya ke sana bersama kawan-kawannya pada petang Ahad 8 November 2009 mandi-mandi dan tergelincir ke bahagian lubuk dalam dan lemas tenggelam. Malam ini tahlil diadakan lagi bagi mendoakan agar rohnya dalam maghfirah dan rahmat Allah. Ramai jiran dan sahabat turut hadir, termasuk kawan-kawan sepermandian al-Marhum. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh al-Marhum.

Selepas tahlil ADUN bergegas bersama Saudara Azizi menyertai Majlis ihtifal Pasti al-Syakirin Taman Kajang Utama yang lokasinya tidak jauh dari Surau tadi. Ramai ibu bapa hadir meraikan kejayaan anak-anak mereka. Menurut Tuan Haji Razak Pengerusi Pasti, sambutan terhadap pendidikan di Pasti amat menggalakkan. Pasti kekurangan ruang, sebab itu penerimaan murid tidak melebihi 100 orang.ADUN dijemput berucap dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak-anak dan berterima kasi di atas sokongan ibu bapa. ADUN dijemput menyampaikan sijil dan hadiah.

No comments:

Post a Comment